Sample Video Widget

Download google chrome

Berpukung - Cara orang Banjar menidurkan anak didalam buaian

Hari ni saya nak share satu benda yang mana tak semua orang tau melainkan orang Banjar. Cara orang banjar menidurkan anak..Saya sendiri dahulu dibesarkan dengan cara macam ni.... (mak saya kata lah...hehe..)..... orang banjar panggil "berpukung". mari kite bace serba sedikit mengenai berpukung ni.

 

Apa perasaan dan apa yang korang fikirkan lepas je tengok gambar ni? Terkejut? Marah? Saya tau ramai yang akan cakap ni kes penderaan bayi ye tak? Ok kalau nak tau ni adalah cara orang Banjar tidurkan anak mereka dengan lena. Nama kaedah ni ber’pukung’. Ni antara kelebihan berpukung :

1. Tidur dengan lebih lena seolah-olah berada dalam dakapan ibu

2. Tidak mudah tersedak ketika menyusu (susu botol)

3. Tidak mudah ada ruam kerana air kencing turun ke bawah

4. Tidur dengan kedudukan selesa seperti kedudukan dalam kandungan rahim ibu

5. Mudah untuk ibu menimang dan mendodoikan bayi

6. Orang Banjar bila tua jarang yang bongkok, kaedah ini dapat menguatkan tulang belakang sejak dari bayi lagi

7. Jika bayi selsema ia akan lebih lena tidur dan dapat membuka saluran pernafasan dengan baik

8. Jarang berlaku bayi jatuh dari buaian dan si ibu dapat berkerja dengan selesa tanpa rasa risau

itu lah antara kelebihan berpukung ni...tapi zaman sekarang da x ramai yg mengikut kaedah ni... mayb sebab takut kot.. saya sendiri pun x buat jugak (sbb anak saya x tidur buai.. hehehe...) tp itu lah yg di buat oleh nenek moyang kami jika mahu menidurkan anak....apa yg ingin saya bgtau dan kongsikan ialah kaedah ni bukan lah satu penderaan bagi bayi.


via  FB Hashbalnor Hassan

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here