Sample Video Widget

Download google chrome

Jawapan kepada video binatang pelik ditemui di Vietnam

Semenjak kelmarin bermacam spekulasi ditimbulkan susulan daripada tersebarnya video yang bertajauk "Binatang pelik ditemui di Vietnam". Ada yang mengatakan tempat kejadian bukanlah di Vietnam tetapi di Kemboja berdasarkan dari bahasa yang ditururkan didalam video.



Ada yang mengatakan ianya adalah belut gergasi, ada juga yang mengatakan ianya sejenis raksasa yang keluar dari bawah tanah seterusnya mencetuskan persoalan mengenai salah satu daripada 10 tanda akhir zaman iaitu keluarnya binatang buas dari bawah tanah atau dalam bumi. Tidak kurang juga ada yang mengatakan ianya adalah bangkai ikan paus yang mana admin juga punya pendapan yang sama disaat pertama melihat video tersebut.

Seperti yang sudah diketahui umum, ikan paus ini sememangnya akan cenderung terdampat dipersisiran pantai atau muara sungai yang masih wujud air masin sebelum ianya mati dan menjadi bangkai disitu.

Sebab apa paus-paus ini berbuat begitu masih belum diketahui secara mutlak. Ada yang membuat andaian kemungkinan ikan paus ini sesat akibat daripada gangguan penggunaan teknologi sonar yang digunakan oleh bot nelayan besar mahupun pihak tentera. Ada juga yang mengatakan ianya disebabkan oleh perncemaran laut, dan perubahan ekosistem laut yang menyebabkan ianya hilang punca.

Admin telah membuat carian pantas dan mendapati wujud satu penempatan nelayan di Vietnam yang menyembah ruh dan tuhan ikan paus sejak turun temurun. Sejak sekian lama mereka telah membina tanah perkuburan dan kuil khas bagi menempatkan ikan paus yang sudah mati.

Dahulu kuil-kuil ini dibina berdekatan dengan laut namun akibat masalah hakisan ianya kini dibina sejauh 1km dari laut dan berada dikawasan bandar.

Akibat jarak yang agak jauh, kerja mengangkut ikan paus ke kuil dan tanah perkuburan sudah menjadi semakin sukar. Kini mereka terpaksa menggunakan trailer bagi mengangkut ikan paus tersebut ke kuil.

Mereka ini menyembah ruh/tuhan ikan paus bagi mendapat berkat dan perlindungan. Ikan paus ini akan ditanam untuk satu jangka waktu tertentu kemudian ianya digali semula dan tulangnya diarak bersama tarian naga dan singa sebelum disimpan dan dipamirkan dikuil.
Sumber :-
1. www.cnn.it/HPBsp5
2. www.bit.ly/1dXQFiG


Video ikan binatang yang ditemui di Vietnam :


Gambar berkaitan dari perkampungan nelayan di Vietnam yang membina kuil dan tanah perkuburan untuk ikan paus yang telah mati :



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here