Sample Video Widget

Download google chrome

JPJ Pertimbang Undang-undang Lupus Kereta Lebih 12 Tahun


SIBU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu membuat pertimbangan teliti sebelum menetapkan had jangka hayat kenderaan di negara ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Beliau bagaimanapun berkata keputusan itu mungkin perlu dibuat dengan segera demi kepentingan rakyat. Pada Jumaat, Dr Wong memberitahu media di Melaka bahawa kereta berusia lebih 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya.

“Jabatan Pengangkutan Jalan sedang melaksanakannya di seluruh negara. Melalui penyediaan profil ini, kami akan dapat mengenal pasti dan bertindak terhadap pemandu yang mempunyai saman tertunggak atau mempunyai laporan polis untuk memastikan mereka tidak lagi memandu di jalan raya.

“Kami mahu melindungi orang ramai. Kami tak mahu pemandu bermasalah ini mengancam keselamatan penumpang mereka atau pengguna jalan raya lain,” katanya.

*Sumber berita BERNAMA.


p/s : Sedikit persoalan, adakah perkara ini membawa lebih kebaikan kepada majoriti rakyat atau sebaliknya?
Adakah masih ada syarat atau budi bicara untuk kereta yang lebih 12 tahun tetapi mempunyai kondisi yang baik?

Admin tahu perkara ini ada pro dan kontranya, namun janganlah kita asik memandang kepada solusi yang dihidangkan oleh negara lain terutamanya barat dan sekutunya yang berjiran dengan kita itu, kerana kebanyakan solusi yang dihadirkan oleh mereka ini seringkali lebih menguntungkan golongan koperat dan elite, yang mana mereka mempunyai kepentingan didalam saham dan perniagaan sektor tertentu yang berkaitan.

Harapnya tidaklah begitu kerana jika benar maka perbuatan seperti itu jelas menindas golongan awam yang ramainya kurang berkemampuan adalah satu perbuatan orang-orang yang zalim dan orang seperti ini tidak akan mendapat petunjuk dari yang Maha Kuasa. Nauzubillah Min Zalik.

Admin secara peribadi sendiri pun tidak hairan dengan solusi-solusi serupa kerana apabila kita sudah terikat dengan sistem yang dipromosikan oleh Barat maka kita akan cenderung untuk terpenjara didalam ruang lingkup solusi-solusi yang ditawarkan oleh mereka. Wallahualam.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here