Sample Video Widget

Download google chrome

Majma'ul Bahrain - Tempat pertemuan dua lautan


Menurut Ibnu Abbas, Ubay bin Ka'ab menceritakan bahawa beliau mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya pada suatu hari, Musa a.s. berdiri di khalayak Bani Israil lalu beliau ditanya, “Siapakah orang yang paling berilmu?” Jawab Nabi Musa (a.s.), “Aku” Lalu Allah menegur Nabi Musa a.s. dengan firman-Nya, “Sesungguhnya di sisi-Ku ada seorang hamba yang berada di pertemuan dua lautan dan dia lebih berilmu daripada kamu.”
*petikan dari sebahagian HR Bukhari(102) & Muslim (1116).






Tempat pertemuan dua lautan inilah tempat dimana Nabi Musa as bertemu dengan Khidir as.
Sambungan kisah ini turut diceritakan didalam Al-Quran Surah Al-Kahfi ayat 60-82.

Selain kisah tersebut, fenomena pertemuan dua lautan juga ada disebut didalam surah Ar-Rahman *ayat 19-20 dan Al-Furqaan ayat 53.

Didunia ini terdapat beberapa tempat pertemuan antara dua lautan yang diketahui, antaranya ialah di Selat Gibraltar, selat yang memisahkan benua Afrika dan Eropah. Tempat pertemuan antara Laut Merah dengan Samudra Hindia. Tempat pertemuan antara Laut Mediterranean dengan Lautan Atlantik. Tempat pertemuan antara Lautan Atlantik dengan Laut Hindi. Tempat yang bernama Ras Muhammad yaitu antara Teluk Suez dengan Teluk Aqabah di Laut Merah.

Diantara tempat-tempat pertemuan dua lautan ini yang mana satukah "Majma'ul Bahrain" yang dimaksudkan sebagai tempat pertemuan antara Nabi Musa as dengan Khidir as itu? Wallahualam, hanya Allah s.w.t. yang lebih mengetahuinya.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here