Sample Video Widget

Download google chrome

Doa buat mangsa banjir di Kuantan, Kemaman dan Mersing

Alhamdulillah langit disini cerah selepas 3 hari berturut-turut mendung dan hujan. Jumlah mangsa dipusat-pusat banjir turut menampakkan pengurangan namun di Pahang jumlahnya masih tinggi. Sempena kedatangan malam penghulu segala hari malam ini, mari kita berdoa agar cuaca akan kekal baik, sungai dan air banjir surut dan mangsa banjir dapat pulang kerumah semula dengan selamat. Amin ya Rabb.



<blockquote>KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Pahang mula menunjukkan sedikit pengurangan kepada 29,270 orang berbanding 38,323 orang pagi tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata jumlah itu terdiri daripada 7,207 keluarga yang masih di tempatkan di 92 pusat pemindahan dalam tujuh daerah sehingga 3 petang.

"Daerah Kuantan masih mencatat jumlah pemindahan tertinggi iaitu seramai 21,222 orang daripada 5,249 keluarga yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan," katanya.

Di Rompin, sejumlah 4,180 orang ditempatkan di 14 pusat pemindahan, di Pekan 3,124 orang di 16 pusat pemindahan dan di Maran 637 orang ditempatkan di enam pusat pemindahan.

Di Jerantut, 79 orang mangsa masih berada di satu pusat pemindahan, di Lipis melibatkan 21 orang di dua pusat pemindahan dan di Temerloh tujuh orang berada di satu pusat pemindahan.

Jurucakap itu berkata enam jalan utama ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Km 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, Km 51 Jalan Kuantan-Kemaman, Batu 3 Jalan Kuantan-Gambang, Km 72 Jalan Kuantan-Segamat, Km 62 Jalan Kuantan-Rompin dan Jalan Utama Jerantut-Kuala Lipis. - Bernama</blockquote>

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here