Sample Video Widget

Download google chrome

Google Dog - Robot Anjing Paling Canggih


Beginilah kelibat robot anjing yang menjadi milik Google setelah Google membuat keputusan untuk membeli syarikat Boston Dynamics hari ini.

Nama kod prototaip dalam video ni = WildCat, bunyi nama kucing tapi yang nyata daripada rupanya diorang bukan nak buat kucing.
Tapi ni bukan calang-calang anjing, sebab ianya mempunyai gred dan kemampuan dalam ketenteraan, prototaip robot anjing paling kompleks, canggih dan termoden saat ini.

Robot anjing ini boleh berdiri dan mengimbangi badannya sendiri, dan boleh diprogramkan untuk berlari sendiri.

Berita mengenainya robot anjing ciptaan Boston Dynamics bukanlah sesuatu yang baru. Kisah Boston Dynamics mencipta BigDog sudah beberapa kali keluar dalam majalah dan akhbar internet serta media sosial di Amerika.

Namun tidak dapat dipastikan apa yang difikirkan oleh Google setelah membeli teknologi dan syarikat ini, tapi robot anjing ini sudah lama menjadi buah mulut para aktivis bebas di Amerika Syarikat yang melihat kewujudan teknologi ini hanya akan lebih membahayakan dan membawa risiko kepada survival dan kehidupan manusia sejagat.

Mereka bimbang sesiapa yang dapat mengawal dan menguasai teknologi robot ini kelak menggunakannya bagi tujuan yang tidak baik yang merugikan dan menindas majoriti masyarakat. Bersangka baik, namun kebimbangan mereka itu juga bersebab memandangkan robot ini sememangnya diakui dan disahkan mempunyai kemampuan ketenteraan.

Video WildCat, salah satu prototaip terkini robot anjing ciptaan Boston Dynamics :

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here