Himpunan TURUN di Dataran Merdeka 31 Disember 2013
Nampaknya sambutan tahun baru 2014 di Dataran Merdeka KL tahun ini tidak akan serupa seperti tahun-tahun sebelumnya, kerana terdapatnya usaha NGO mengadakan kempen "TURUN".
Kempen TURUN ini bertujuan mendesak kerajaan supaya tidak meneruskan/meneruskan rancangan bagi menaikkan harga dan ta'arif barangan dan perkhidmatan yang membebankan rakyat.
Jika kempen ini diteruskan admin pasti KL akan lebih sesak malam tersebut memandangkan kempen ini bukan saja melibatkan orang KL dan sekitarnya, malah ianya boleh menarik peserta dari negeri-negeri lain untuk turun berhimpun menyertai HIMPUN.
Sudah pasti pihak berkuasa terutamanya polis trafik akan mengadakan sekatan roadblock pada hari tersebut, maka sudah pasti akan berlaku kesesakan melampau dijalan-jalan masuk ke KL pada hari tersebut.
Pengerusi TURUN, Azan Safar bagaimana pun menafikan kumpulannya terlibat dengan satu lagi kempen yang heboh diperkatakan dimedia sosial iaitu 'Himpunan Guling Kerajaan'.
Azan berkata TURUN tidak terlibat dengan promosi tersebut dan TURUN bukan bertujuan untuk menggulingkan kerajaan tetapi mendesak supaya tidak diluluskan sebarang kenaikan harga barang/perkhidmatan.
Laporan MK :
---------------
Penganjur perhimpunan membantah kenaikan kos sara hidup, Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) memutuskan untuk mengadakan perhimpunan ketika sambutan ambang tahun baru 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.Ikuti perbincangan ini difacebook Guatv Dot Com disini : http://goo.gl/z3X76e
NONEPengerusi TURUN, Azan Safar berkata keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat bersama NGO terlibat - Solidariti Anak Muda Malaysia dan Solidariti Mahasiswa Malaysia.
Aktivis berkenaan bagaimanapun menjelaskan, acara tersebut tiada kena mengena dengan satu lagi perhimpunan yang dipromosi sebagai Himpunan Guling Kerajaan, juga di Dataran Merdeka.
Tegasnya, TURUN tidak akan menyertai apa-apa usaha untuk menggulingkan kerajaan seperti yang dipromosikan oleh Himpunan Guling Kerajaan itu.
“Kalau ada pun gerakan sebegitu, kami tidak akan bersama. Tujuan kita bangun nak bangkitkan amarah rakyat, bukan nak gulingkan kerajaan.
NONE“(Ia) sebagai suatu kuasa pendesak agar kerajaan dengar amaran rakyat dan fikir tentang kos sara hidup rakyat yang makin meningkat dan struktur semula kebajikan rakyat,” katanya melalui sistem pesanan WhatsApp.
Azan berkata demikian ketika ditanya mengenai bahan publisiti mengenai Himpunan Guling Kerajaan yang diterima oleh Malaysiakini semalam.
Imej berkenaan antara lainnya menunjukkan slogan "Gulingkan Kerajaan Umno-BN", "Dataran Merdeka/ Seluruh Pelusuk Malaysia", dan "31 Disember 2013 (Sejarah Bakal Tercipta)".
Tulisan itu terpapar pada latar belakang gambar yang menunjukkan seorang lelaki berbaju kuning dan berlilit kepala kuning dan juga kumpulan peserta perhimpunan di satu kawasan dipercayai pusat bandar Kuala Lumpur.
Bahan publisiti tersebut dikesan tersebar di kalangan satu kumpulan pengguna WhatsApp semalam.
Kumpulan pengguna WhatsApp itu antara lainnya dianggotai para wartawan bagi memudahkan penyaluran kenyataan dan maklumat program.
Bagaimanapun sumber dan penyebar imej berkenan tidak dapat dipastikan. Poster itu juga beredar di media sosial seperti Facebook dan Twitter.
Azan dalam laporan Malaysiakini semalam berkata, perhimpunan bertemakan ‘2014 Tahun Sengsara Rakyat’ anjuran TURUN yang akan bermula pada jam 8 malam itu dijangka menarik kehadiran 10,000 orang.
Ia bagi menzahirkan kemarahan dan amaran rakyat kepada kerajan yang menurutnya "memeras dan mencuri harta rakyat" melalui kenaikan kos, termasuk tarif elektif, harga petrol, dan barangan keperluan, katanya.
~ Malaysia Kini.
0 comments:
Post a Comment