Sample Video Widget

Download google chrome

Kes kematian 3 beradik di Alor Setar bukan tragedi biasa


Misteri kehilangan 3 beradik terjawab apabil operasi pencarian telah menemukan dua baki 2 beradik yang hilang hari ini.

Noor Syafikah Nadia, 14 tahun dilaporkan ditemui oleh orang awam dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang berhampiran kawasan bendang di Kampung Alor Senibong, Langgar, semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim ketika membuat kenyataan menyifatkan kejadian berkenaan bukanlah tragedi biasa.

Beliau turut menambah, bedah siasat terhadap mayat Noor Syafikah mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan lemas dan pihaknya tidak menemui kesan-kesan lain pada badan mangsa.

Tiada sebarang kesan kecederaan seksual termasuk rogol melainkan kesan calar pada bahagian belakang mangsa dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Admin lihat ada sesetengah blog melaporkan Adik Noor Syafikah telah dirogol, namun laporan bedah siasat membuktikan sebaliknya.

Dua lagi mayat yang ditemui di Terusan Mada Kampung Padang Petani masih menunggu laporan bedah siasat.

Datuk Ahmad menyifatkan kejadian ini bukan tragedi biasa disebabkan ketiga-tiga mangsa ditemui di lokasi berasingan dan pihaknya akan memberi keutamaan untuk menyiasat kes terbabit.

Takziah kepada keluarga mangsa.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here