Sample Video Widget

Download google chrome

Melaka Sudah ada Sultan Baharu yang diiktiraf oleh mahkamah antarabangsa?


Isu Sultan Melaka ni dah lama sebenarnya namun isu ini kembali panas apabila perkembangan terbaru mendapati Sultan ini telah mendapatkan pengiktirafan dari Mahkamah Antarabangsa (ICJ).

Terkini Sultan Melaka ini yang menggelarkan dirinya sebagai Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah telah membuat kenyataan dilaman facebooknya seperti berikut :

”Adalah dengan ini, Beta DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah Shah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya beta telah berjaya mendapat pengiktirafan dari Mahkamah Agong Antarabangsa tentang tuntutan Beta sebagai Sultan Melaka,”

Menurutnya, beliau akan mengadakan sidang media khas untuk memaklumkan perkara itu kepada umum tidak lama lagi. Salinan surat daripada mahkamah antarabangsa (gambar bawah) itu diterima pada 25 Disember lalu. Beberapa tahun lepas, Raja Noor Jan telah menggemparkan negara apabila menuntut untuk menjadi Sultan Melaka kerana mendakwa beliau merupakan keturunan sultan di negeri itu yang sah berdasarkan salasilah yang dimilikinya.

Secara tradisinya Sultan itu punya rakyat dalam erti kata diiktiraf oleh rakyatnya sendiri, adakah Sultan yang diiktiraf ICJ ini punya rakyat? Atau sekadar punya pengikut dikalangan keluarganya sendiri sahaja?

Gambar disebelah kiri menampakkan Sultan Sulu dan Borneo Utara yang bharu, Rajah Mohamad Ghamar Mamay Hasan Abdurajak dan isterunya Baginda Helen FatimaNasaria Abdurajak, yang juga dikatakan telah mendapat pengiktirafan ICJ yang mengiktiraf kawasan jajahan dari kepulauan Sulu diselatan Filipina dan Utara Borneo.

Jajahan ini diberinama MAPHILINDO, mengambil nama 3 buah negara iaitu MAlaysia, PHILipina dan INDOnesia.

Ramai pemerhati politik bebas menyatakan laporan berkenaan adalah tidak benar. Jikalau benar pun kedua-dua Sultan diatas tidak mendapat sebarang pengiktirafan daripada Kerajaan Negara-negara terlibat yang sememangnya sudah diakui oleh rakyat dan pihak antarabangsa.

*Sumber : http://goo.gl/5KKcKo

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here