Sample Video Widget

Download google chrome

(Video) Insiden kekecohan di 'Little India' Singapura


Anda mungkin sudah dengar banyak cerita dari media sosial dan arus perdana tetapi saya baru terima berita ni terus dari sorang saksi ditempat kejadian.
Kekecohan meletus bukan disebabkan sebuah bas melanggar seorang berbangsa india(suspek pekerja luar/bangladesh) yang menyebabkan kepalanya digilis.




Kemalangan ini terjadi dikawasan india yang ramainya mereka itu 'minum' dan mereka bergegas ketempat kejadian untuk melihat apa yang berlaku. Ambulan datang lewat dan anggota polis terlebih dulu hadir ketempat kejadian.

Difahamkan anggota polis tersebut adalah anggota polis yang biasa bertugas membuat rondaan dan diketahui oleh penduduk disana dengan layanan yang agak kasar terhadap pekerja luar.

Daripada saksi sendiri menyatakan kemalangan bas bukan sebab utama kekecohan berlaku,
tetapi kemungkinan besar anggota polis yang mula-mula sampai untuk mengawal keadaan telah melakukan sedikit kekasaran terhadap saksi disitu yang diantara mereka mabuk minum ditambah dengan kemarahan mereka terhadap layanan polis selama ini telah menyebabkan mereka naik angin dan membakar kereta polis peronda terbabit.

Setakat ini media tempatan belum memberikan penjelasan ini, dan sekurang-kurangnya kita sudah ada cerita dari rakan india kita ditempat kejadian. Dan biasanya akan ada dua versi cerita dan kerajaan/pihak bertanggungjawab perlu memberitahu apa yang sebenarnya yang telah berlaku.

*Penafian: cerita ini diberikan oleh saksi kejadian sendiri dan bukan datang dari penulis.
*Sumber: Blog Thydowager dialihbahasa @ www.Guatv.com

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here