Sample Video Widget

Download google chrome

Video Penggodam Touch n' Go Guna Telefon Pintar Tersebar


Video inilah yang menjadi viral sehingga menjadi tajuk akbar tempatan hari ini. Video yang dikatakan telah menggodam sistem Touch n' Go ditol gate menggunakan telefon pintar (smartphone)

Admin buat carian pantas dan jumpa video ini dilaman maya. Ternyata ianya benar-benar berlaku dan penggodam (hacker atau crackers) tersebut menggunakan telefon pintarnya bagi melepasi sistem kredit touch n go dan seterusnya mengawal sistem gate(palang penghadang) ditol yang membolehkan gate itu dibuka.

Tonton video Godam(Hack) Touch n' Go guna telefon pintar (smartphone) disini :




Penggodam itu menyatakan dia buat video tersebut bertujuan sebagai pembelajaran dan sains sahaja(educational purposes & science). Namun admin fikir dia sedia maklum yang perbuatan tersebut tetap salah disini undang-undang. Cuma ianya normal buat hackers mahu pun crackers bilamana mahu menguji skil dan keupayaan diri kerap melakukannya pada sistem sebenar. Sama lah juga dengan kisah pencipta laman sosial ni. Mereka tahu ianya bukanah perbuatan yang beretika namun mereka nekad mengambil risikonya.

Sisipan berita dari akhbar mStar Online hari ini :
----------

PETALING JAYA: Rakaman video yang memaparkan aksi seorang individu menggunakan telefon bimbitnya untuk menggodam mesin pengimbas Touch n' Go di sini, tersebar meluas di laman sosial Facebook, sejak awal minggu ini.

Pada Isnin, seorang pengguna Facebook memuat naik rakaman video berdurasi 45 saat menunjukkan aksi yang berlaku dalam sebuah kereta di lebuh raya yang tidak diketahui.

Posting berkenaan menerangkan bagaimana tindakan seorang penggodam menggunakan telefon pintarnya untuk melangkaui sistem debit sekaligus menyebabkan palang pagar di plaza tol terus terbuka.

Klip video berkenaan memaparkan aksi pemandu kereta itu menggunakan telefon pintarnya sebagai aplikasi di kaunter Touch n' Go sebaik sahaja dia tiba di plaza tol.

Individu berkenaan dilihat menggunakan telefon pintarnya sebagai alat untuk menggodam mesin pengimbas Touch n' Go di plaza tol tersebut.

Sebaik sahaja keretanya menghampiri, plaza tol, pemandu berkenaan melekapkan telefonnya di kaunter pengimbas Touch n' Go.

Pegimbas berkenaan kemudiannya mengeluarkan bunyi bip, dan pemandu berkenaan kemudiannya berlalu pergi sebaik sahaja palang tol berkenaan dinaikkan.

Dalam respon segera, wakil Touch n' Go berkata syarikatnya telah menyedari kewujudan video berkenaan sejak 18 Disember lalu.

"Buat masa ini, Touch n' Go sedang menjalankan siasatan menyeluruh dalam isu berkenaan," kata wakil tersebut. ~ mStar Online

2 comments:

  1. Rakaman tu bole di pertikaikan...
    Saya leh wat rakaman yg sama...
    Dgn menyimpan kat touch n go di dlm bhgian batteri...btol tak.. Just nk wat jadik viral... Mungkin kn.

    ReplyDelete

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here