Sample Video Widget

Download google chrome

Industri Tanaman Pokok Kurma di Thailand sudah jauh maju

Video rombongan rakyat Malaysia ke ladang pokok kurma terbesar di Thailand. Lebih 60 ekar waktu video ini diupload. Pemilik ladang menanam beberapa variety Pokok Kurma betina benih tisu kultur yang mampu berbuah seawal 3 tahun. Benih jantan hanya taham beberapa pokok atau debunganya boleh dibeli dari luar bila tiba musim pendebungaan.



Perbezaan anak pokok kurma dari benih tisu kultur dan anak benih dari semaian biji ialah benih tisu kultur kita boleh terus tahu jantina jantan atau betina bebeza dengan anak kurma semai dari biji kita tidak tahu jantan betina melainkan bila sudah keluar bunga. Cara lama orang tanam pokok kurma komersial tanam anak pokok semaian biji kene tunggu beberapa tahun baru sehingga pokok berbunga baru boleh kenal pokok jantan atau betina, kalau pokok jantan pokok tu akan dikorek dan digantikan dengan pokok betina. Bila kita sudah tahu awal-awal pokok betina maka adalah lebih produktif dan efisyen dimana kita tanam terus pokok betina diladang kerana hanya pokok betina yang akan menghasilkan buah. Cukup hanya tanam beberapa batang pokok jantan atau tak perlu tanam pun sebab bekalan debunga jantan sudah boleh dibeli dari luar.

Menurut jurucakap Prawput Pat tahun ini sudah masuk musim pembuahan kali yang ke-3. Pembenihan dilakukan pada bulan Februari dan penuaian dilakukan pada bulan Julai dan Ogos. Jadi sesiapa yang berhajat nak melawat, beli dan merasa kurma fresh dari ladang boleh datang bulan Julai hingga Ogos setiap tahun.


Kredit video FB Malik Yusof.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here