Sample Video Widget

Download google chrome

Subhan'Allah - Hukuman Rejam Sampai Mati [Amaran Visual]

Tatkala Negeri Brunei mahu menguatkuasakan semula undang-undang syariah, komuniti muslim di daerah Afrika ini sudah pun melaksanakan tuntutan hukuman rejam keatas pesalah zina yang sudah berkahwin.
Ini bukan perkara baru, cuma kebetulan ada rakan share videonya maka admin panjangkan ke page guatv ini supaya mereka yang belum tahu kini tahu wujudnya hukum Allah s.w.t. ini ditempat yang jauh dari pengetahuan kita. Mereka ini tidak perlu tunggu keputusan daripada mahkamah negara, mereka sendiri sebagai satu komuniti melaksanakan tanggungjawab ini ditempat mereka bilamana ianya dikehendaki (cukup saksi/ada pengakuan).

Seperti yang dituntut hukuman ini dijalankan secara publik untuk orang awam melihat agar dijadikan teladan. Ianya tidak boleh dianggap mengaibkan pesalah kerana selain Islam menuntut hak awam mengatasi hak individu(dikuatiri mengaibkan @ ambil hati waris), ianya juga mempunyai hikmah yang hanya Allah s.w.t. yang mengetahuinya.

Hukuman ini mungkin akan dilabel sebagai barbarik atau ganas atau tidak bertamadun bagi sesetengah orang terutamanya orang yang bukan Islam, malah dikalangan orang Islam sendiri juga akan ada yang berpendapat sedemikian. Namun bagi orang Islam yang kuat imannya, mahu melaksanakan tuntutan Islam secara kaffah maka ianya perlu diterima dan dilakukan dengan niat semata-mata kerana Allah s.w.t.

Wallahualam.

Tonton video dibawah atau klik pada link 'comments' pada video post dibawa untuk melihat ataupun menyertai perbincangan mengenai topik ini difacebook GuaTv Dot Com :-



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here