Sample Video Widget

Download google chrome

New Post

Rss

Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts
Dr Zakir Naik - Saya lebih Kristian dari Orang Kristian

Dr Zakir Naik - Saya lebih Kristian dari Orang Kristian

Seorang wanita kristian mempersoal kenyataan Dr Zakir Naik ketika di Uitm tempohari dan mahukan lebih penjelasan kenapa Dr Zakir Naik boleh kata dia kristian sedangkan seseorang tidak boleh jadi kristian kalau dia tidak dibabtis atau mengaku Nabi Isa as sebagai "penyelamat".

Dr Zakir naik menjawab wanita ini tidak mengambil ayat penuh kepada kenyataannya, dimana Dr Zakir ada menyebut satu syarat sebelum memberikan kenyataan dia lebih kristian dari orang kristian.
Tonton video bagi mendengar penjelasan lebih lanjut berkenaan definasi kristian mengikut pemahaman Dr Zakir Naik.
Pandangan & Nasihat Baik & Benar dari Bekas Kapten Boeing 777 MAS

Pandangan & Nasihat Baik & Benar dari Bekas Kapten Boeing 777 MAS

Kapten Norudin Abd Majid - Bekas Ketua Juruterbang Boeing 777 Fleet MAS mengulas kes kehilangan pesawat MAS MH370 sebagai sesuatu yang diluar daripada kebiasaan dan segala yang berlaku itu adalah dibawah kekuasaan Allah.

Doa dari Orang Soleh dan Ahli keluarga adalah antara jalan atau kunci kepada penyelesaian masalah ini, bertepatan dengan jalan yang ditunjukkan didalam Islam.

Tonton rakaman videonya dibawah ini :-

Kisah Robert Davila oleh Nouman Ali Khan

Kisah Robert Davila oleh Nouman Ali Khan


Robert Davila adalah seorang petani yang tinggal dikawasan desa di Amerika berkomuniti Kristian.
Lewat umur 20an beliau telah diserang oleh satu penyakit genetik yang membuatkan badannya lumpuh dari leher kebawah. Sejak itu beliau ditempatkan disatu pusat jagaan/rawatan.

Disana beliau diberikan sebuah komputer dan internet oleh keluarganya supaya tidak bosan dan masih boleh berhubung dan berinteraksi dengan dunia luar. Komputer yang dapat menerima arahan daripada suara.

Satu hari seorang rakan beliau yang sama duduk dipusat jagaan tersebut menjalani pembedahan permindahan organ namun gagal dan mati. Keluarganya kemudian menghadiahkan amulet bersimbol salib milik rakan Robert kepadanya tanda peringatan persahabatan dan Robert menggantungkannya bersebelahan katilnya.

Sampai satu masa Robert telah didatangi oleh seseorang didalam mimpinya dan mengaku dia adalah 'Muhammad' dan sambil menunjuk jarinya kearah tanda salib 'Muhammad' memberitahu 'Tuhan' tidak menghantar utusan(Nabi) untuk menyembah utusannya, sebaliknya Tuhan menghantar utusan memberi peringatan kepada manusia agar menyembahNYA.

Selepas kejadian tersebut Robert terus mencari siapa dia "Muhammad" diinternet lalu menemui Islam. 

Robert mengambil 'dua kalimah syahadah' memeluk Islam. Kemudian beliau mula mempelajari Al-Quran.
Beliau mula dengan mempelajari huruf hijaiyah, belajar menyebut bacaan Al-Quran.
Kemudian beliau mula menghafal surah. 

Setelah dapat membaca Al-Quran beliau kini mahu mempelajari maksud ayat Al-Quran agar beliau dapat memahami apa yang disampaikan oleh Al-Quran. Daripada situlah Robert jumpa kuliah dan syarah Nouman Ali Khan.

Dipendekkan cerita, ditempat jagaan Robert ditempatkan terdapat seorang pemuda Mesir yang menolong dan membuat kerja-kerja pembungkusan. Satu hari pemuda ini mendegar seseorang membacakan ayat Al-Quran. Dia yang merasa hairan mengikut arah datangnya suara tersebut sehinggalah tiba ke bilik Robert. Dia bertanya kepada Robert bunyi apa tadi. Lalu Robert membalas ianya adalah suaranya dan memberitahu kepadanya yang beliau adalah seorang Muslim.

Robert berbuah bersama pemuda Mesir dan berkongsi kisahnya mempelajari Al-Quran yang mana ustaz Nouman Ali Khan sebagai inspirsinya. Lalu pemuda Mesir itu pun berdoa agar Robert bertemu dengan Nouman Ali Khan.

5 tahun berlalu dan Nouman Ali Khan tiba didaerah tempat pemuda Mesir ini duduk untuk memberikan khutbah. Khutbah yang menyentuh bab 'doa'.

Selesai khutbah pemuda Mesir ini menghampiri Nouman Ali Khan dan berkata, 'hari ini Allah swt memakbulkan doa saya'.
Nouman Ali Khan membalas dengan bertanya 'baik, apa doa kamu?'. Saya berdoa agar 'Nouman Ali Khan bertemu dengan Robert Davila', jawab pemuda tadi.
Nouman Ali Khan kemudian bertanya 'jadi kamu Robert Davila?'.
Pemuda mesir; 'bukan, Robert Davila adalah kawan saya'... 

Masya'Allah, satu kisah yang penuh dengan inspirasi serta berkat doa dari hati yang ikhlas, ikhlas dalam pencarian ilmu yang benar. 
Wallahualam. 
Semoga mendapat manfaat dihari yang berkah, hari penghulu segala hari. Yaumul Jumuah.

*Sipnosis Bahasa Melayu oleh GuaTv.com

Tonton videonya dibawah :



Kisah Tamim Ad Dari bertemu Dajjal Al-Masih Part1

Kisah Tamim Ad Dari bertemu Dajjal Al-Masih Part1





Tamim Ad Dari r.a. adalah salah seorang sahabat Rasulullah saw.


Sebelum beliau memeluk Islam beliau adalah seorang penganut agama Nasrani @ Kristian.

Beliau memeluk Islam setelah mengalami satu pengalaman yang sangat besar buat dirinya iaitu bertemu dengan Dajjal Al Masih disebuah pulau.

Pulau dimana beliau dan sahabatnya telah terdampar setelah sebulan kapalnya dibawa oleh ribut.

Sekembalinya mereka ke tanah Arab, seraya mereka bertemu dengan Rasulullah saw mengenai pengalaman mereka.

Lalu Rasulullah saw mengesahkan apa yang mereka alami itu adalah satu kebenaran. Saat itu Tamim Ad Dari pun memeluk Islam.

Tonton videonya dibawah :


>
*Kredit video dan visual asal oleh channel IslamHDTube.
*Terjemahan www.GuaTv.com ♥


Ikuti sambungannya bahagian dua nanti di www.GuaTv.com
Kahwin Bawah Umur Mengikut Syariat Islam?

Kahwin Bawah Umur Mengikut Syariat Islam?

Admin tertarik dengan topik yang dibawakan oleh program Khidmat Syariah iaitu 'Perkahwinan Bawah Umur' yang keudara kelmarin.

Dalam video 14minit ni sahaja kita boleh dapat lihat dua buah sudut pandang. Satu daripadanya lebih memihak kepada pandangan popular masa kini, mengikut arus pemodenan, mengikut apa yang dikatakan hak asasi manusia. Satu pandangan lagi dilihat lebih konservatif mengikut syariat Islam. Alhamdulillah kedua-dua panel jemputan lebih menjurus pada pandangan kedua.

Admin sendiri pernah mengikuti sesi pencerahan yang agak intensif dan berat dalam bab ini dan ianya menguatkan lagi keyakinan diri yang sebelum ini lebih terdedah dan percaya bahawa arus pemodenan yang progressif sekarang dan akan datang inilah yang terbaik. Namun setelah pencerahan demi pencerahan admin sendiri yakin gaya hidup melalui syariat yang datang pada Islam 1400 tahun dahulu itulah sebenarnya yang terbaik dan ideal untuk ummah, jauh lebih baik daripada apa yang ditawarkan oleh zaman moden sekarang ini :-)

Apabila kita faham mudah kita nak hadam apa yang dikatakan oleh salah sorang panel diakhir-akhir program iaitu kita sebagai muslim harus tahu bahawa hak agama, hak Allah swt itu lebih utama daripada hak asasi manusia yang kononnya menjaga hak manusia. Insya'Allah bila kita dahulukan yang utama hidup kita lebih diberkati dan diredhoi. Wallahualam.

Semoga mendapat manfaat.


Tonton videonya dibawah ini:



Aku Ada Wali - Drama Adaptasi Novel

Aku Ada Wali - Drama Adaptasi Novel

 
Tonton  Aku Ada Wali Episod 1 Full video Online di www.GuaTv.com

Sebuah drama adaptasi novel bergenre romantik komedi yang juga bercirikan Islamik yang mementingkan syariat Islam dan menekankan cinta agung kepada Allah swt.

Tonton videonya dibawah :
Tyrese Gibson cari ketenangan di Timur Tengah bersama rakan Muslim

Tyrese Gibson cari ketenangan di Timur Tengah bersama rakan Muslim


Tyrese Gibson, salah seorang pelakon Filem Fast and Furious masih bersedih atas kehilangan sahabat baiknya Paul Walker yang terlibat dalam kemalangan maut beberapa minggu lalu.

Bagi menghilangkan perasaan sedih dan duka tersebut Tyrese Gibson cuba mencari ketenangan jauh dari tempat tinggalnya di LA. Tyrese Gibson mengambil peluang menyambut tahun baru dan ulang tahun kelahirannya di Dubai. Disana Tyrese Gibson dilihat mesra dengan rakan-rakannya yang lain termasuklah yang Muslim.

Tyrese Gibson dilihat berpakaian tradisi masyarakat disana iaitu berjubah selain mengucapkan perkataan salam dan syukur dalam tradisi orang Muslim disana, didalam video diatas Tyrese Gibson dilihat masih berpakaian jubah setelah kembali ke kediamannya di LA.

Pemergian Paul Walker membuatkannya menilai semula erti kehidupan, semoga Tyrese Gibson diberikan hidayah.

*Bebas share ♥ www.GuaTv.com (y) GuaTv Dot Com ♥

Tonton videonya dibawah :
Isu Kalimah Allah oleh Ustaz Robby Bekas Mubaligh Kristian

Isu Kalimah Allah oleh Ustaz Robby Bekas Mubaligh Kristian


Admin kira ramai yang dah tengok, admin pun sudah tonton minggu lalu namun tidak berkesempatan berkongsi dengan likers page GuaTv Dot Com sehingga lah hari ini. Admin share video ini disini untuk diri dan mereka yang belum berkesempatan tonton kerana ada beberapa perkara yang dikongsikan oleh Ustaz Robby boleh dijadikan input baharu bagi penilaian masing-masing.

p/s : Minta jaga bahasa dalam komen kerana isu ini agak berat dan sensetif.

Tonton videonya dibawah :
Respon kepada video Benz Ali dan Surat Terbuka Fdaus Ahmad

Respon kepada video Benz Ali dan Surat Terbuka Fdaus Ahmad


Belum terlewat kiranya admin bawakan topik dan isu yang agak berat ini disini memandangkan dua tiga hari lepas admin tak dapat nak update page ini atas kekangan tertentu, namun admin tak banyak sedikit ada mengikuti isu yang telah dibawa oleh Benz Ali.

Admin tak dapat nak up video full sebab facebook hadkan panjang video kepada 15minit sahaja maka admin upkan 15minit terakhir videonya. Kepada siapa yang nak tonton full boleh tengok disini :-



Benz Ali telah mengundang kontrolvesi kerana telah mengeluarkan hujahnya yang sangat keras terhadap kefahaman agama Islam yang tradisional.

Hakikatnya hujah sebegini bukanlah sesuatu yang baharu. Sebelum ini pun telah banyak suara serupa berkumandang merentas zaman. Tinggal ianya tidak sebegitu menonjol dan terdedah seperti hari ini kerana adanya media sosial seperi youtube, facebook, twitter, dan lain-lain membolehkan ianya mendapat perhatian yang sangat besar dan pantas.

Adakah persoalan-persoalan yang diajukan oleh Benz Ali ini pernah mendapat respon dan dijawab oleh mereka yang ahli? Pemikir dan Ulama Islam?

Jawapannya memang ada. Ada beberapa tokoh ulama Islam malah ada diantaranya yang masih hidup telah pun menjawab persoalan serupa dengan baik. Persoalan dari golongan quranist, socialis, reformis, plural, liberal, kaum muda yang progressif dan pelbagai fahaman falsafah juga dari sudut teologi serta cabang-cabang ilmu lain.

Cumanya ulama yang sebegini kerap kali dipandang sebelah mata dan pendapatnya menjadi pilihan yang kurang popular.

Admin tidak pasti samada Benz Ali pernah atau belum menyingkap sejarah dan perjalanan hidup Dr Burhanuddin Al Helmi. Jika belum mungkin saudara Benz boleh cuba membaca dan menyelami kisah dan tauladan perjalanan hidup Dr Burhanuddin. Bukanlah satu kisah yang terbaik namun jika saudara Benz boleh mengerti dan nampak apa yang Dr Burhanuddin nampak, insya'Allah sedikit sebanyak ianya boleh membantu dalam memantapkan lagi jalan dan hala tuju perjuangan saudara Benz.

Admin sendiri pernah terlibat dalam hujah balas dengan golongan quranis dalam satu topik berkaitan rejam beberapa bulan lepas. Admin tetap dengan pendirian admin dan dia tetap dengan pendiriannya. Namun admin ada menjemputnya untuk teruskan mencari ilmu yang haq dengan mendekatkan diri dengan ahlinya iaitu para ulama yang mujtahid dan guru yang murshid.

Bagitu jugalah teguran dan pilihan yang dibuat oleh saudara Fdaus Ahmad disini : http://goo.gl/mm5FSV.

Admin juga perasan pagi tadi Matlutfi update facebooknya dengan gambar dia berdiskusi bersama Benz secara berdepan yang mana ianya juga satu pendekatan yang dituntut.

Dibawah ini Admin quote sedikit kandungan surat terbuka dari saudara Fdaus  :-

-----------------------------------------
SURAT TERBUKA KEPADA BENZ ALI
-----------------------------------------
Assalamualaikum Benz Ali,

Semoga kau sejahtera dalam perlindungan Allah Azza Wajalla.

Aku menulis surat fesbuk ni lepas aku tengok video ceramah kau, lepas aku baca debat "AGAMA: Perlu atau Tidak?" yang kau anjurkan, lepas aku baca "surat terbuka kau ke Prof Muhaya", lepas aku baca status status kau dan komen komen.

Walaupun ini semua pastinya belum cukup untuk aku kenal kau, namun cukup untuk aku faham apa yang kau fikirkan, terutama dalam hal melibatkan hidup beragama yang kau perjuangkan.

Ya aku stalker kau.Sebab aku nampak ada potensi dalam diri kau, cuma potensi tu perlu diperkemas,diperhalusi dan didorong oleh ilmu dan tatacara akhlak yang betul, selari dengan ajaran moral dan adab adab kemanusiaan.

Di sini, aku bertutur dan menulis bukan mewakili islamis, bukan mewakili sunni, bukan mewakili atheis, bukan mewakili syiah, bukan mewakili wahabi, bukan juga mewakili mana mana idelogi sosialis, kapitalis atau komunis. Aku tidak mewakili sekolah pemikiran yang semua ini, kerana aku tahu ianya tidak terpakai ke atas kau. Jadi aku sedaya upaya meletakkan surat ini atas perspektif 'manusia mencari tuhan', hubungan yang sering kau kait. Terlalu sayang, konteks 'manusia mencari tuhan' yang aku dapati dari skirp dan tulisan kau, selalu meleraikan kepentingan isi agama, yang menjadi 'vehicle' kepada pencarian tulus dan maha bermakna itu.

Benz Ali,
Aku yakin pada masa ini, kau sudah habis telaah teks teks Immanual Kant, kau dah habis telaah Tom Hicks, kau dah habis telaah Ibnu Taimiyyah, kau dah habis telaah Ali Shariati, kau dah habis telaah Wilayatul Faqeh, juga karya Taha Husin, Rashid Redho, aku bersangka kau juga sudah menggauli Sunnan Hadith, Najhul Balaghoh, dan terpaling utama, aku yakin kau tak lekang mengulit karya Tuhan, Al-Quran AL Karim, mungkin juga kau sudah menghafal seluruhnya isi Al-Quran itu.

Kami masyarakat marhein, belum habis baca karya tokoh tokoh hebat seperti yang kau dah baca, Al-Quran pun khatam 3-4 tahun sekali, ada juga antara kami yang khatam 5-7 tahun sekali, yang tak pernah khatam lagi pun ada. Maafkan kami yang tidak membaca dan tidak mahu ambil tahu ini, maafkan kami yang mendokong satu fahaman, lalu menolak fahaman yang lain.

Benz Ali,
Perjalanan kau mencari tuhan dan mencari hakikat kebenaran itu tidak aku pertikaikan. Yang aku hendak tegur adalah proses dan kaedahnya, sangat tidak kena. Tuhan hidupkan api persoalan dalam jiwa dan fikiran kau, persoalan persoalan atas segala hal ketuhanan dan kebenaran yang kau tidak jumpa dalam diri Islamist (kata gelar kau beri pada segolongan orang), lalu melalui pembacaan pembacaan, kau buat penakkulan seolah seolah jawapan itu kau telah jumpa, dan paling perit dan sukar untuk aku terima...jawapan yang kau jumpa itu lah yang maha benar, maka jawapan jawapan lain yang datang terkemudian susah untuk kau terimapakai.

Hasilnya;
Persoalan --> jawapan ---> sebarkan!

Gopoh gapah selalu membawa manusia ke jurang kebinasaan. Terlalu gopoh hendakkan dunia bangkit ke jalan benar (yang kau jumpa sendiri tu), sampai kau lupa etika kemasyaratakatn (aku tak nak sentuh etika keilmuan) dan etika akhlak kemanusiaan seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad (mewakili islam), Jesus (mewakili Kristian), Siddartha Gautama (mewakili Buddha) dan tokoh tokoh dari agama lain. Kau sering laungkan "semua agama membawa ke jalan kebaikan", dalam masa yang sama kau laungkan cabaran berdebat dan berhujah, terang terang untuk tontonan setiap lapis manusia yang mereka ini tidak lagi sampai ke tahap hakikat makrifat (kerana tidak membaca macam kau membaca),
lalu sudahnya apa?

Apa hasil yang kau harapkan ke atas masyarakat yang kau cuba bela dan sedarkan?

Apa hasil yang kau harapkan ke atas masyarakat yang kau tikam dengan hujah kesamarataan dan memperkecilkan peranan sekolah pemikiran mazhab sebagai contoh?

Apa hasil yang kau harapkan ke atas masyarakat yang kau cabar tradisi kepercayaan mereka dengan kekuatan akal kau, hingga mereka rasakan tauhid dan iman tiada tempat dalam hujah yang kau taburkan?

Apa hasil yang kau harapkan ke atas masyarakat yang tokoh tokoh selama ini mereka sanjung kau perlekehkan?

Aku beritahu pada kau benz ali, hasilnya mutlak :

Yang kau hasilkan, tidak lain KEKELIRUAN DAN KEBENCIAN. Bukan KESEDARAN DAN KEBENARAN.

Tidakkah kau ambil iktibar atas kerja dakwah kristian yang menggauli masyarakat yang mereka hendak dakwah dengan kasih sayang dan menerima tradisi masyarakat itu seterusnya diasimilasi tradisi ini ke dalam ajaran kristian, lalu tersebarlah agama kristian itu?

Tidakkah kau ambil iktibar dari Siddartha Gautma yang membawa akhlak, budi pekerti yang dipamer kepada pengikut dalam menunjuk ajar erti kehidupan dan ketuhanan?

Dan tidakkah kau mengambil iktibar dari ajaran Nabi Muhammad yang tidak membalas musuhnya dengan caci maki, sindiran, dan kebencian?

Habis, jawabkan kepada aku dalam susunan ayat yang lengkap;

"Apa yang kau perjuangkan sebenarnya dan dari inspirasi tokoh yang mana satu?"

Erti mencari tuhan itu sendiri sudah terpeseong bila nilai moral, akhlak dan kaedah sosial kau abaikan. Kau merendahkan akal fikir masyarakat seolah olah mereka ini semua telah mengikut jalan yang salah.

Benz Ali,
Pergilah berjumpa faqeh faqeh dan bermuzakarahlah secara tertutup, jangan didendangkan persoalan-jawapan-penyelesaian yang kau jumpa kebenak masyarakat sewenang wenang tanpa arah tuju yang jelas. Melepaskan geraam dan menunjuk pandai secara terbuka ni selalunya akan mendatangkan padah dan mara bahaya.
Berendah dirilah, dan fikirlah sedalam dalam sebelum kau cakap atau tulis apa apa perkara.
Ya aku tahu, kau tidak kisah semua padah dan mara bahaya. Namun sekurangnya fikirkanlah keluarga kau yang sayangkan kau, sahabat sahabat kau yang suka dengan kau dan orang sekeliling yang masih memberi harapan pada kau.

Cubalah tunduk dengan ilmu yang kau ada, bukan mendongak bangun mencabar manusia. Tiada agama yang ajarkan sikap sebegini.

Terima Kasih
Pidomat
Tonton sebahagian video Benz Ali difacebook dibawah :


Laungan azan yang buat berduyun orang datang solat ke masjid di Saudi

Laungan azan yang buat berduyun orang datang solat ke masjid di Saudi


Masya'Allah, laungan azan yang telah menarik berduyun orang datang ke masjid di Saudi

Inilah rupa brader Filipina yang menjadi perbualan hangat awal minggu lalu di Saudi.

Brader ni mula melaungkan azan awal minggu lalu setelah diberi kebenaran oleh Imam masjid Hamza bin Muttalib di wilayah Al-Uraija, barat kota Riyadh di Arab Saudi.
Kisah Jamie bekas model Amerika yang memeluk Islam

Kisah Jamie bekas model Amerika yang memeluk Islam


Adakah kisah Jamie ini ada kaitan dengan Felixia Yeap yang kini berhijap dan mahu lebih dekat kepada Islam? Wallahualam.

Kisah Jamie memeluk Islam ini pernah admin hadirkan dalam facebook page GuaTv Dot Com beberapa bulan yang lalu. Namun dalam video ini admin sudah sertakan sarikata bahasa Melayu
supaya lebih ramai yang boleh faham akan luahan hati serta mesej yang ingin disampaikan oleh saudari baru kita Jamie.

Seperti Felixia, Jamie juga seorang bekas model playboy yang sering dilihat ramai sebagai kerjaya idaman yang penuh glamor.

Namun disebalik kerjaya tersebut Jamie sebenarnya tidak pernah mendapat ketenangan dirinya, malah kerjaya tersebut telah mendesaknya untuk terlibat dengan cara hidup yang tidak sihat seperti meminum arak dan mengambil dadah.

Sehinggalah beliau bertekad untuk berhenti dan mencari kehidupan baru yang lebih bermakna. Kehadiran anak lelakinya menambahkan lagi kekuatannya dalam mengejar kehidupan yang lebih bermakna.

Sehinggalah belau mengkaji dan akhirnya memeluk Islam. Sejak itu Jamie sudah tidak toleh kebelakang malah berbangga berpakaian muslimah, berhijab dan menyebarkan syiar Islam.

Beliau merasa kagum dengan Islam yang memelihara kehormatan kaum wanita. Kerjayanya sebelum ini telah membuka mata kepalanya sendiri bahawa kehidupan glamor yang palsu diluar hanya melihat wanita itu tidak lebih daripada satu simbol dan alat sahaja.

Keunikan agama Islam yang memelihara dan mengangkat mertabat wanita telah membuatkannya jatuh cinta lantas membawanya mengucap dua kalimah syahadah.

Sepanjang hidup beliau tidak pernah sekali pun terlintas untuknya memeluk Islam. Semuanya kerana percayanya beliau kepada media yang banyaknya menggambarkan Islam itu agama yang jahat. Ramai kenalannya juga menyatakan rasa tidak percaya bahawa beliau sanggup melepaskan kehidupan mewah dan glamor semata-mata kerana mahu menjadi seorang Muslim.

Kini Jamie bangga berhijab, beliau tidak merasa sedikit pun malu atau takut akan cemuhan orang malah beliau bangga dan mahu orang lain tahu yang dia kini seorang Muslim. Beliau mahu memberitahu kepada semua orang bahawa Allah swt itu wujud dan Islam itulah agama yang benar.

Masya'Allah, semoga Jamie terus istiqamah dan semoga amalan dan usaha dakwah beliau mendapat keredhoaan dan keberkatan-NYA didunia dan diakhirat. Insya'Allah.

*Bebas Share.

Tonton video kisah Jamie memeluk Islam disini :-

Felixia Yeap bekas model playboy rasa lebih selamat dan dihormati berpakaian muslimah

Felixia Yeap bekas model playboy rasa lebih selamat dan dihormati berpakaian muslimah

Felixia Yeap, seorang wanita chinese non-muslim yang telah jatuh cinta dengan pakaian muslimah.
Beliau adalah seorang bekas duta dan model iklan pakaian dalam, bekas playboy bunny dan juga model bagi majalah playboy.



Namun setelah pergi jauh dalam kareer model dia merasakan ada sesuatu yang kurang dalam hidupnya.
Sehinggalah beliau membuat keputusan untuk berhenti dari menjadi model seksi dan mula bertutup aurat dengan pakaian muslimah.

Felixia Yeap menjelaskan dirinya terasa lebih selesa, selamat(terlindung) dan dihormati apabila mengenakan pakaian muslimah.

Keputusan beliau ini mendapat reaksi dari pelbagai pihak, terutamanya kenalan dan fans dimedia sosialnya seperti di facebook dan twitter.

Felixia kini giat mempromosikan baju muslimah. Ada yang menyokongnya dan ada juga yang merasa sangsi dengan tindakannya memakai pakaian muslimah memandangkan Felixia masih belum memeluk Islam.
Walaupun non-muslim, Felixia lemah lembut dalam berbicara dan suka menyebut Alhamdulillah dan Insya'Allah.

Sudah tentunya Islam adalah agama fitrah yang benar. Setiap hati yang ikhlas mencari kebenaran akan mudah menemuinya didalam Islam.

Semoga Felixia Yeap diberikan hidayah oleh Allah swt.

Tonton video temubual Tv Al-Hijrah bersama Felixia dibawah :-


Awas Mesej Juzuk 26 dikatikan dengan bencana yang berlaku pada tarikh 26hb

Awas Mesej Juzuk 26 dikatikan dengan bencana yang berlaku pada tarikh 26hb


Pernah anda terima mesej begini melalui email atau whatsapp atau facebook?
----mula whatsapp---
Satu fakta nombor yg menarik untuk kita ffikir-ikirkan:
Adakah Anda sedari…???
Tsunami di Aceh berlaku pada 26 Desember 2004,
Pencerahan Ustaz Nazmi berkenaan hadis Ummati, ummati, ummati dan Ar-Rafiqul 'Alaa

Pencerahan Ustaz Nazmi berkenaan hadis Ummati, ummati, ummati dan Ar-Rafiqul 'Alaa

Pencerahan Ustaz Nazmi berkenaan hadis Ummati, ummati, ummati dan Ar-Rafiqul 'Alaa disaat wafatnya Rasulullah saw.

Dalam sesi pencerahan ini turut dihadirkan rujukan-rujukan kitab sirah serta kitab hadis soheh bukhari & muslim. Sila tonton video sehingga habis sebelum membuat sebarang komen balas.

Seperti dalam video yang lepas, isu ini bukanlah isu baru yang mana ulama terdahulu sudah pun membincangkannya dan jumhur ulama sepakat mengatakan hadis Ar-Rafiqul 'Alaa adalah soheh dan lebih kuat.

Malah didalam video ini Ustaz Nazmi hadirkan beberapa kitab yang dengan jelas menyatakan hadis ummati, ummati, ummati sebagai perkataan terakhir diikuti dengan wafatnya Nabi saw diatas riba Saidina Ali ra mempunyai ramainya perawi Syiah berbanding hadis Ar-Rafiqul 'Alaa sebagai perkataan terakhir dan wafatnya Nabi saw diatas riba Aisyah ra yang soheh lebih diakui oleh para ulama ASWJ.
 

Wallahualam.

 Tonton videonya disini :-



Bagi sesiapa yang ingin mengikuti perbincangan topik ini difacebook boleh klik pada link "comments" pada dua post yang admin pernah buat diFB page GuaTv Dot Com berikut :-




Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here