Sample Video Widget

Download google chrome

8 Gunung berapi di 7 buah negara berasingan meletup kurang seminggu

 Subhan'Allah, dalam seminggu ini sebanyak lapan buah gunung berapi ditujuh buah negara berasingan telah meletup dan memuntahkan lava serta debu panas keudara.

1) Kelmarin sebuah pulau muncul dilautan Pasifik akibat letusan lava dari bawah laut berhampiran pulau Nishino-Shima di Jepun. Ini adalah pulau baru yang ke-2 terbentuk dalam masa 2 bulan. Dua bulan lalu sebuah pulau telah muncul di perairan Pakistan setelah berlakunya satu gempa bumi yang agak kuat.

2) 7000 batu dari situ di Mexico, gunung berapi Colima pula meletuskan debu dan haba panas sejauh dua batu keudara.

3) & 4) Di Guatemala pula letusan gunung berapi Fuego dan Pacaya memuntahkan lava dan debu panas memberikan kejutan kepada penduduk yang tinggal dalam lingkungan
6 batu sekitarnya.

5) Di Vanuatu, gunung berapi Yasur memberikan yang hapir sama. Walaupun letusannya sedikit lemah, debu daripada gunung berapi sudah sampai kekawasan pertanian disekitarnya.

6) Gunung berapi Klyuchevskoy di Timur Russia memuntahkan debu panas sejauh 6km keudara pada Ahad lalu memberi kesan kepada penduduk sekitar sejauh 50-80km.

7) Di Itali, gunung berapi Etna telah mula meletuskan lava dan debu jauh keudara sejak beberapa hari lalu, dan ianya semakin kuat meletus hari demi hari.

8.) Sinabung yang berada dekat dengan kita iaitu di Sumatra, Indonesia telah mula meletuskan asap dan debu panas setinggi 9km keudara beberapa jam yang lalu.

Berikutan daripada rentetan gempa dan letusan gunung berapi ini, pelbagai spekulasi telah mula timbul.
Ada yang mengaitkannya dengan kehadiran komet ISON, ada juga yang mengatakan bumi sedang mengalami perubahan iklan cuaca klimaks yang bakal menyaksikan perubahan drastik pada bentuk muka bumi. Wallahualam.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here