Sample Video Widget

Download google chrome

Noah - Filem hollywood terbaru papar Kisah Nabi Nuh as


Ini bukanlah kali pertama filem barat yang memaparkan Kisah Nabi Nuh a.s. Sebelum ini pun sudah beberapa kali mereka buat. Ianya lebih kepada kisah Nabi Nuh as versi Bible@Injil(Kitab Kristian) yang sudah tentu ada perbezaan dengan Nabi Nuh as yang dihadirkan didalam Islam.

Walaupun asalnya agama samawi itu adalah sama, namun sumber dan tulisan didalam kitab terdahulu (Taurat, zabur dan injil) sudah banyak diubah dengan tangan-tangan manusia.

Islam memelihara dan memulihara kesucian kisah-kisah para Nabi dan Rasul.

Bercerita tentang kesucian kisah para Nabi ini admin teringat kisah seorang kristian di Amerika yang memeluk Islam kerana hatinya terpaut dengan kisah pada Nabi yang diceritakan didalam Al-Quran. Berbeza dengan kisah Nabi didalam kitab agama nya yang dulu, Al-Quran memelihara dan memulihara akhlak para Nabi ketempat yang sepatutnya. 


Jika didalam kitab bible ada Nabi yang dikatakan pada asalnya seorang yang kuat minum arak dan pemabuk sebelum diturukan wahyu, Al-Quran menafikan akan hal tersebut dan setiap Nabi itu terpelihara akhlaknya sejak kecil sehingga akhir hayat. Subhanallah, sesugguhnya hidayah itu milik Allah Azza Wa Jalla.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here