Sample Video Widget

Download google chrome

Pesta Harta Karun di Acheh





Sejak admin baca cerita penemuan pedang bersalut emas peninggalan harta lama di Acheh minggu lalu memang dah boleh agak tempat tu akan kene serbu.

Sekarang ni memang dah ramai yang jumpa barang-barang yang berharga disana antaranya ialah syiling-syiling emas lama.

Syiling emas ni bukan sahaja berharga kerana kandungan emasnya tetapi nilai sejarah, nilai estatika  dan nilai numismatik yang akan membuatkannya lebih berharga. Rezeki orang yang menjumpainya.

Berita penuh :-

Tinjauan Tribunnews.com di lokasi penemuan mendapati, ramai penduduk menggunakan jaring penangkap ikan dan dulang untuk mencari syiling emas terbabit yang bermata wang dirham.
Seorang penduduk yang ditemui, Siti Hajar berkata, dia baru mendapat sekeping syiling emas selepas beberapa jam menghabiskan masa di muara terbabit.
"Sejak awal pagi saya mencari, akhirnya berjaya mendapatkan sekeping syiling emas dan menjadikan jumlah yang ditemukan setakat ini 16 keping," katanya.
Menurut Siti, sekeping syiling emas bersaiz butang baju bernilai antara 350,000 rupiah (RM96) sehingga 400,000 rupiah (RM110).
Jelasnya, ukuran syiling emas bersaiz syiling biasa pula boleh mencapai nilai 800,000 rupiah (RM220) sekeping.
"Hasil jualan 15 syiling emas yang saya perolehi sebelum ini bernilai 3 juta rupiah (RM827)," katanya.
Pesta memburu harta karun itu melibatkan ramai orang termasuk kanak-kanak yang sanggup berendam di dalam air dan lumpur semata-mata mahu mencari syiling emas itu.
Penemuan awal dilaporkan berlaku pada 11 November lalu di Kuala Krueng Doy, Gampong Merduati, Banda Aceh, sekali gus mendorong penduduk tempatan mencari emas di sepanjang aliran Krueng Doy itu.
Dalam pada itu, pakar sejarah Aceh, Dr. Husaini Ibrahim berkata, beliau tidak hairan dengan penemuan emas di kawasan berkenaan.
"Dulu kawasan itu merupakan satu daripada pusat kerajaan Aceh sebelum zaman pemerintahan Kerajaan Aceh Darussalam," katanya. - AGENSI

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here