Sample Video Widget

Download google chrome

Jadual Kenaikan Kadar Baru Tol Bagi Tahun 2014

Tatkala kenaikan kadar tol bagi tahun 2014 masih dalam semakan, admin dapati jadual kenaikan harga bagi tol yang terlibat sudah pun beredar dimedia sosial dan laman-laman blog tempatan.


Berikut adalah jadual kadar baru tol yang dijangkakan akan berkuat kuasa pada tahun hadapan :-

LEBUHRAYA SUNGAI BESI BESRAYA RM1.30 kepada RM2.00

LEBUHRAYA BARU PANTAI (NPE) RM1.60 kepada RM2.00

LEBUHRAYA DAMASARA/PUCHONG (LDP) RM1.60 kepada RM2.10

LEBUHRAYA BERTINGKAT AMPANG (AKLEH) RM1.50 kepada RM2.50

LEBUHRAYA KAJANG (SILK) RM1.00 kepada RM1.30

LEBUHRAYA KL-PUTRAJAYA (MEX) RM2.50 kepada RM3.50

LEBUHRAYA KAJANG-SEREMBAN (LEKAS) RMRM1.90 kepada RM2.30

LEBUHRAYA TRAFIK KL BARAT (SPRINT) RM1.50 kepada RM2.50

PANTAI RM1.50 kepada RM2.50

DAMASARA RM1.00 kepada RM1.50

KIARA RM2.00 kepada RM3.00

LEBUHRAYA LEBAH KLANG SELATAN (SKVE) RM14.96c/KM kepada 16.46c/KM

LEBUHRAYA KORIDOR GUTHRIE (GCE) RM1.40 kepada RM1.90

LEBUHRAYA SMART RM2.00 kepada RM3.00

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dalam kenyataannya menyifatkan kenaikan kadar tol ini tidak dapat dielakkan kerana perkara tersebut sudah terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan persekutuan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Namun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataannya hari ini berkata kenaikan kadar tol adalah akibat Kerajaan Pusat silap meterai perjanjian dengan syarikat konsesi lebuhraya tanpa menyatakan jumlah keuntungan maksimum yang boleh dikutip konsesi mengakibatkan rakyat terpaksa membayar lebih daripada sepatutnya.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here