Sample Video Widget

Download google chrome

Laporan kematian anggota Tentera Laut lemas disangkal, mangsa disyaki dibuli

Laporan asal siasatan yang diberikan kepada keluarga mangsa berkaitan kes kematian seorang anggota navy(tentera laut) Asruf Raidin atau sebenarnya LK I PAP ASRUP BIN RAIDIN, yang berpengkalan di Stesen Uniform, Sprantly Island, Sabah disebabkan kematian akibat lemas ketika latihan.

Namun laporan kematian anggota Navy ini disangkal akibat lemas, kerana terdapatnya dakwaan mangsa dibuli hingga mati oleh dua orang anggota navy dipercayai seorang pegawai dan seorang LLP- Anggota Lain-Lain Pangkat.

Blog ADC mendedahkan perkara ini setelah menerima email dari seorang anggota navy yang menyeru agar anggota yang dianiaya sehingga mati ini mendapat pembelaan seadilnya dan diberi hebahan kerana cerita kematian ini seakan ditutup begitu sahaja.

Dakwa pengirim email itu lagi, "Apa yang menjadi keraguan dan tandatanya ialah keadaan jenazah yang berlumuran darah,bekas tapak kaki dibadan dipercayai seakan ditendang berulang kali malah terdapat kesan cucuhan api rokok. Orang lemas tidak mungkin berlumuran darah".


Perdana Menteri, Menteri Pertahanan Malaysia dan Ketua Menteri Sabah diseru bertindak agar mendapatkan laporan rasmi berkaitan perkara ini. Difahamkan kejadian ini bukan kali pertama melibatkan askar berasal dari kepulauan Borneo.

Jika benar ia melibatkan kegiatan buli yang melampau, tertuduh harus dibicarakan dengan seadil-adilnya dan hukuman yang setimpal harus diekenakan.

Gambar tertuduh yang didakwa terlibat dalam kes kematian anggota Navy yang diperolehi dari blog ADC melalui kiriman email : -


Sumber : Blog ADC

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here