Sample Video Widget

Download google chrome

Kisah sebuah puisi indah Maharaja China kepada Nabi Muhammad saw

Maharaja Hong-Wu yang juga digelar dengan gelaran Zhu Yuanzhang adalah pengasas Dinasti Ming. Beliau telah memerintah China dari tahun 1368 hingga 1398. Dinasti Ming telah mendominasi Tanah Besar China selama 276 tahun.




Sejarah menceritakan hubungan baik beliau terhadap dunia Islam dan orang Muslim sehinggakan beliau telah mencipta sebuah puisi yang indah memuji nabi junjungan Muhammad saw.

Puisi yang diberi tajuk '100 kata-kata sanjungan' adalah seperti berikut :


"Sejak terciptanya alam ini,

Tuhan telah melantik seseorang,

seorang Rasul yang hebat,

dari barat telah dilahirkan,

Baginda menerima wahyu agung,

Kitab mengandungi 30 zujuk,

bagi membimbing seluruh makhluk,

ketua kepada seluruh pemerintah,

pemimpin yang paling suci,

dengan sokongan dari Syurga,

bagi melindungi negara naungannya,

dengan solat 5 waktu,

dengan hikmah mencari ketenangan,

hatinya ikhlas kerana Allah swt,

memberi kekuatan kepada yang miskin,

menyelamatkan mereka dari sengsara,

melihat apa yang tidak nampak,

menarik jiwa dan roh,

menjauhi perkara yang dilarang,

rahmat kepada sekalian alam,

menyusuri kemegahan jalan silam,

memadam jauh segala kejahatan,

agamanya suci dan benar,

Muhammad(saw) terpuji dan teragung.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here