Sample Video Widget

Download google chrome

(Tarik Duit) Wah banyaknya duit, juta-juta rupiah ni



Dalam Islam yang diketahui ramai, hanya Allah swt sahaja yang mampu mewujudkan sesuatu dengan sendirinya : "Kun Faya Kun".

Makanya aksi tarik duit ini sudah semestinya bukan aksi membuat duit daripada tangan kosong. Biasanya ada dua jenis yang diketahui, satunya dikeluarkan duit dari tempat simpanan nyata(trick/silap mata), keduanya memang ditarik dari alam ghaib@menggunakan khidmat khadam/jin.






Guna khidmat jin ni ada risikonya. Selain boleh mengundang syirik jika tidak kene gaya, biasanya akan ada syarat dan kontrak tertentu.

Dalam hukum menggunakan khidmad khadam/jin ni ulama ada khilaf. Ada yang tidak membenarkan langsung, dan ada yang dibenarkan dengan syarat guna ayat-ayat Al-Quran dengan jelas, jin Islam, dan hendaklah dengan tujuan yang baik seperti ikhtiar perubatan dll. Admin secara peribadi lebih cenderung kepada pendapat pertama.

Walaupun perkara diluar adat ini wujud, boleh dipelajari dan boleh mendapat keizinanNYA, namun yang lebih penting adalah RedhoNYA. Allah swt telah lengkapkan agama yang benar dengan Islam, agama yang diredhoiNYA, yang dijanjikan keselamatan dunia akhirat melalui panduannya iaitu Al-Quran Al-Karim. Wallahualam.

2 comments:

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here