Pencerahan Ustaz Nazmi berkenaan hadis Ummati, ummati, ummati dan Ar-Rafiqul 'Alaa
Pencerahan Ustaz Nazmi berkenaan hadis Ummati, ummati, ummati dan Ar-Rafiqul 'Alaa disaat wafatnya Rasulullah saw.Dalam sesi pencerahan ini turut dihadirkan rujukan-rujukan kitab sirah serta kitab hadis soheh bukhari & muslim. Sila tonton video sehingga habis sebelum membuat sebarang komen balas.
Seperti dalam video yang lepas, isu ini bukanlah isu baru yang mana ulama terdahulu sudah pun membincangkannya dan jumhur ulama sepakat mengatakan hadis Ar-Rafiqul 'Alaa adalah soheh dan lebih kuat.
Malah didalam video ini Ustaz Nazmi hadirkan beberapa kitab yang dengan jelas menyatakan hadis ummati, ummati, ummati sebagai perkataan terakhir diikuti dengan wafatnya Nabi saw diatas riba Saidina Ali ra mempunyai ramainya perawi Syiah berbanding hadis Ar-Rafiqul 'Alaa sebagai perkataan terakhir dan wafatnya Nabi saw diatas riba Aisyah ra yang soheh lebih diakui oleh para ulama ASWJ.
Wallahualam.
Tonton videonya disini :-
Bagi sesiapa yang ingin mengikuti perbincangan topik ini difacebook boleh klik pada link "comments" pada dua post yang admin pernah buat diFB page GuaTv Dot Com berikut :-
Nabi memang tak sebut Ummati , Ummati . Sebab ada seorang ustaz yang Hafiz Al-Quran datang ceramah dekat surau say adan dia ceritakan benda yang sama : )
ReplyDeleteA.AZFAR, perkara tersebut sudah disentuh dan dibincangkan didalam ruang komen fb post yang lepas. Admin sudah letak kedua-dua topik fb didalam artikel diatas. Boleh klik pada link "comments" bagi melihat juga berpatisipasi dalam topik=topik berkenaan. Jazakallahu khair.
Delete