Sample Video Widget

Download google chrome

Rahsia disebalik cerita The Silent Flute yang ditulis oleh Bruce Lee

Cuba anda tonton sebahagian daripada filem The Silent Flute yang ditulis oleh mendiang Bruce Lee sebelum beliau meninggal. Filem ini tidak sempat disiapkan oleh Bruce Lee yang kemudiannya diselesaikan oleh orang lain yang kemudiannya mengubah tajuk filem tersebut kepada Circle of Iron.



Jika anda seorang muslim tentu dengan mudah anda mengenalpasti kisah yang cuba dibawakan didalam video diatas.

Ya, ianya sangat mirip kepada kisah Nabi Musa as dan Khidir as. Malah kisah ini yang tersemat didalam Surah Al-Kahfi adalah menjadi tuntutan sunnah bagi Muslim membacanya setiap Hari Jumaat(Yaumul Jumuah).

Tidak dapat dipastikan samada penghasilan filem ini menggunakan sepenuhnya jalan cerita yang dibuat oleh Bruce Lee ataupun telah diubah oleh pengganti beliau.

Namun ada pendapat menyatakan Bruce Lee telah mendapat sumber menulis cerita ini hasil perkongsian pengetahuan Islam oleh seorang anak muridnya yang bernama Abdul Karim Jabbar.

Bruce Lee mengajar Abd Karim ilmu seni bela diri Jeet Kune Do dan pada masa yang sama Abd Karim mengajar ilmu pengetahuan Islam kepada Bruce Lee.

Sehingga kini kematian mengejut Bruce Lee masih lagi menjadi misteri. Ada pelbagai spekulasi yang dikaitkan dengan kematian beliau. Malah ada yang menceritakan Bruce Lee ada berjumpa dan beradu tenaga(sparring) dengan seorang Mahaguru Silat ditanah air dimana Bruce Lee telah tewas dan mengakui akan kehebatan seni silat. Ada yang mengaitkannya dengan beban kerja yang berat telah mengganggu kesihatannya.

Apakah motif sebenar Bruce Lee mengadaptasi kisah Nabi Musa as dan Khidir as didalam cerita ini? Wallahualam, hanya Allah yang maha mengetahui.

1 comments:

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here