Sample Video Widget

Download google chrome

Sejak bila peta dunia jadi terbalik? Barat dari kanan jadi Kiri?



Sebelum datangnya peta zaman moden yang kita guna sekaran ni yang
lebih dikenali sebagai peta dominasi Utara.





Dominasi Utara bermaksud Utara berada disebelah atas bahagian peta.

Namun beramai daripada kita menyedari peta sebelum itu adalah dominasi Selatan?
Maksudnya sebelum wujudnya peta dunia zaman moden, peta waktu dulu Selatannya
adalah disebelah atas dan Utara dibahagian bawah.

Admin ada buat sedikit kajian, peta dominasi Selatan ini telah digunakan sejak zaman berzaman
sehinggalah keluarnya peta dunia pertama yang boleh dikatakan hampir lengkap mengandungi
sebahagian besar Eropah, Afrika dan Asia juga dominasi selatan.

Peta tersebut telah lahir dari dunia Islam yang dibuat oleh Muhammad Al-Idrisi dari Morocco pada sekitar Tahun 1100+.

Peta dominasi selatan ini terus berkembang sehingga tahun 1459 bilamana
Peta Dunia Fra Mauro dikeluarkan.

Namun pada akhir 1480an hingga awal 1490an, Peta Dominasi Utara mula muncul.

Peta dunia Martellus adalah antara peta dunia dominasi utara yang pertama dikeluarkan.

Dan semenjak itu orang Eropah yang juga pelopor kepada kuasa kolonial barat telah mempopularkan
peta versi mereka iaitu peta dominasi Utara. Antara teori yang menyebabkan mereka memilih
peta dunia dominasi utara adalah kerana mereka(Orang Eropah) berada dibahagian Utara peta
dan mereka mahukan tempat mereka berada dibahagian atas peta, sinonim dengan perpepsi materialistik manusia yang melihat kedudukan atas itu adalah lebih tinggi, lebih baik, dan lebih mula.

Sehinggakan foto bumi yang diambil oleh angkasawan Nasa juga diterbalikkan kerana tidak menepati citarasa mereka.

Apakah implikasi apabila peta dunia ini diterbalikkan? Yang pasti ianya tidak mengubah ketetapan Allah swt yang antaranya matahari tetap naik dari timur, tidak mengubah kejadian malam dan siang, tidak mengubah bagaimana bintang-bintang bergerak diatas jalannya.

Namun apabila kita tindihkan peta Moden dominasi utara keatas peta dominasi selatan apa yang boleh kita nampak? Utara dari bawah sudah diatas, Timur dari kiri menjadi kanan? Cuba fikir diluar kotak dan gunakan pandangan dari mata dalaman, kerana ianya tidak berlaku secara kebetulan.

*Video ini adalah kompilasi sebahagian daripada beberapa video seperti dibawah :-
1. Hamza Yusuf - The world map, oleh Sheikh Hamza Yusuf.

2. Maps are upside down Europe Africa - Video ni kelalar pun ada hehe. 1st time dia jumpa peta terbalik, dan agak kagum dengan banyaknya istana di Afrika yang mana pada masa sekarang ni dah tak wujud.

3. What Does Earth Look Like - lebih kepada sikologi bagaimana kita melihat dunia material dengan mata kita yang punya julat spektrum yang sedikit, dan bagaimana kita mendefinasikan sesuatu aturan itu mengikut persepsi yang sudah diatur diminda separa sedar.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here