Sample Video Widget

Download google chrome

Sejarah dan Penindasan terhadap Bangsa Melayu(Bani Jawi)

Terima kasih Cik Min's ingatkan admin untuk share video pencerahan dari Ustaz Don ni. Admin dah tengok video ni sekali lalu minggu lepas dan admin pikir ramai yang dah tonton cuma admin share di GuaTv Dot Com kot ada lagi yang belum tengok boleh tonton.



Dalam video ni Ustaz Don memberikan pencerahan mengenai sejarah dan penindasan yang dihadapi oleh Orang Melayu di Nusantara atau Bani Jawi.

Awal minggu lalu admin ada share satu video perbentangan intensif mengenai sejarah lama Melayu yang dibuat oleh Puan Zaharah Sulaiman dari Ikatan Arkeologi Malaysia beberapa bulan lalu disini :-
http://www.guatv.com/2013/12/sejarah-asal-usul-bangsa-melayu.html

Terdapat beberapa point yang Ustaz Don sebut dalam video ni sama dengan point yang dibentangkan oleh Puan Zaharah, antaranya ialah penindasan dan propaganda yang dibuat oleh pihak Muzium Singapura yang sehingga hari ini masih melabel bangsa Melayu sebagai Lanun, pendatang dan tidak mempunyai asal-usul.

Mengenai Bani Tamim = Tanah Melayu itu juga admin sudah sedia maklum kerana maklumat dan kajian ini sudah lama disebarkan dilaman-laman maya. Kita semua sedia maklum akan kebangkitan akhir zaman yang haq, cumanya kita masih perlu berhati-hati dalam menerima sesuatu riwayat.

Ada yang menyatakan hadis mengenai kebangkitan akhir zaman dari Timur merujuk kepada kebangkitan dari Timur Jauh. Wallahualam. Apa yang nyata ketika ini, bukti hidup yang nyata, 'on the ground' menampakkan bumi Afganistan adalah satu-satunya bumi yang berjaya menyekat atau masih memberikan penentangan kuat atas kemasukan pengaruh tamadun barat moden sehingga ianya kekal dengan gelaran "The Graveyard of Empires". Berbanding Malaysia dan negara-negara lain semuanya sudah jatuh dalam erti kata tewas dalam memberi tentangan kepada suburnya pengaruh pemerintahan anjuran Tamaduin Barat Moden.

Afganistan adalah jantung kepada Khurasan dan Khurasan disebutkan didalam Hadis bahawa dari arah situlah panji hitam itu nanti akan hadir. Maka jika ada yang mahu mengatakan Bani Tamim itu adalah orang Melayu di Nusantara, seharusnya orang Melayu ini hadir dulu di Khurasan barulah ianya selari dengan hadis-hadis akhir zaman kebangkitan dari Timur.

Wallahualam.

9 comments:

  1. Assalamualaikum en admin video nya tiada suara atau pc saya ada masalah saya tidak pasti.tapi saya sudah test speaker saya dan ianya berfungsi..mohon En Admin cek..Jazzakallah khairan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam,
      admin baru periksa video diatas ada jelas suaranya.

      Delete
  2. peperangan pertama kumpulan panji2 hitam adalah di sempadan Iran/Afghanistan/Pakistan (Khurasan). kemunculan panji2 hitam dari Khurasan (di sebut dalam Hadis), akan mengejutkan ramai. ini kumpulan yang akan datang dari Timur melalui daratan. kumpulan2 kecil pelbagai bangsa bersatu di sepanjang perjalanan. ini peperangan menentang Imam Mahdi palsu, dan musuh dalam selimut yang sangat bahaya, iaitu puak SYIAH ! ingat tentang hadis berkenaan tentera Dajjal berbangsa Yahudi akan datang dari Isfahan dengan memakai Al-Tayalisah. kedua2 Hadis ini (Khurasan & Isfahan) ada kaitan.

    ReplyDelete
  3. hati2...bimbang kita didalam golongn hamba allah yg telah terpedaya dgn fitnah akhir zaman

    ReplyDelete
  4. keturunan bani tamim berjuta2 berselerak kat semenanjung tanah arab sampai ke afrika utara,,takde la plak dorang nak sibuk2 dok ngaku jadi pemuda bani tamim..ada yg jadi bangsawan dan ada yg jadi rakyat biasa..ada yang jadi sahabat Rasul saw seperti khabab alarat r.a dan beberapa org lagi..yg terkenal antaranya adalah muhammad bin abd wahab (reformis saudi)..takda related langsung ngan bangsa melayu..kalau nak perasan tu berpada2 la skiit ustaz biar ada dalil dan hujjah bukan tafsir tamim tu jadi huruf yang berpecah..iaitu ta dan mim...maksud tamim adalah kekuatan ..dan ia tak dapat dipecahkan menjadi huruf ta dan mim pastu buat penfsiran sendiri..hancur...susur galur bani tamim bermula pada abad pertama masehi..iaitu tamim bin mour..dia ni pernah jumpa dgn pengikut nabi Isa as dan menjadi pengikut mereka. ..hairan ..macamana seorang ustaz boleh berpikir macam orang tak sekolah je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dok bubuh kt cni wtpa..g depan ustaz la ckp...de bran..dok gebang kt cni ak pn boleh..ustaz tu da byk kitab dy tadah..tinggi sgt ke ilmu ko..ak pntang tol org dok perlekeh ahli ulama..

      Delete
    2. x payah nak bergaduh la pasal benda ni. Yg x betul kita betulkan bukankah bersatu adalah simbol utama dalam dakwah Islam... Encik Pedang75 kalau benar apa kata anda tu... boleh x tunjuk cara penyampaian yang betul seperti perkataan "dia" dalam penyampaian Encik tu seolah-olah Encik pernah berdepan dengan mereka je? betul kata Encik Harith Abdollah lebih bagus kalau Encik sendiri berikan penjelasan serta faham yg Encik ada bersama Ust Don, bukan kah Islam itu memberikan penyelesaian sesuatu keraguan tentang agama dalam bermusyawarah? tiada penyelesaian dalam menegakkan kebenaran agama dalam pertengkaran. maafkan saya, saya hanya menjalankan tgjwab saya sebagai Umat Islam dari segi teguran, apa yg kurang dtgnya dari saya, yg baik dtgnya Dari Allah S.W.T

      Delete
  5. kalau indonesia tu bani apa ?
    saya ini orang INDONESIA

    ReplyDelete

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here