Sample Video Widget

Download google chrome

(Video) Siri Letupan Bom di Selatan Thailand - 2 rakyat Malaysia dilaporkan cedera

3 Letupan Bom yang berlaku ditempat yang berasingan di Selatan Thailand mengakibatkan sekurang-kurangnya 27 orang tercedera. Letupan berlaku dihadapan Balai Polis Padang Besar Thailand, didalam Balai Polis Sadao, dan dihadapan Hotel Oliver di pekan Danok. Setakat ini 2 daripadanya dikenalpasti seabgai rakyat Malaysia.


Tiga letupan bom buatan sendiri dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.30 pagi dan 1.45 petang 22/12/2013 masing-masing di hadapan Balai Polis Padang Besar (Thailand), di dalam Balai Polis Sadao dan di hadapan Hotel Oliver di pekan Danok.

Dalam kejadian letupan pertama, sebuah motosikal diletupkan di hadapan Balai Polis Padang Besar, Thailand di sini kira-kira jam 11.30 pagi tadi sebelum disusuli letupan yang sama di dalam kawasan Balai Polis Sadao yang terletak 10 kilometer daripada lokasi pertama.

Dalam dua kejadian berkenaan, letupan berpunca daripada motosikal yang diletakkan bahan letupan sebelum diletupkan menggunakan telefon bimbit.

Kira-kira jam 1.45 waktu Malaysia, satu lagi letupan berlaku di hadapan Hotel Oliver di sini yang berpunca daripada sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan hotel tiga bintang berkenaan.

Tinjauan di ketiga-tiga lokasi berkenaan mendapati kerosakan teruk hanya didapati di Balai Polis Sadao dengan merosakkan beberapa motosikal di situ manakala bahagian bawah Hotel Oliver di sini musnah teruk dengan cermin berselerakan termasuk kereta yang dieltakkan di kawasan berdekatan.

Governor Songkhla Grisada Boonrach mengesahkan perkara berkenaan dan tiada kematian dilaporkan sehingga tengah hari ini.

Pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci ekoran tiga kejadian yang mengecewakan itu, katanya.

“Kami percaya ia dilakukan mereka yang tidak berpuas hati dengan beberapa perkara dan menyelar tindakan mereka yang mencederakan sekurang-kurangnya sembilan orang dalam kejadian berkenaan.

“Pihak kami menerima laporan bahawa tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan masih menunggu laporan penuh kejadian dan pihak yang bertanggungjawab dengan kejadian ini,” katanya

Sementara itu, dua rakyat Malaysia antara 24 individu yang tercedera dalam kejadian letupan terbaru di Hotel Oliver, Danok.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Faizal Razali ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan dan berkata kedua mereka yang cedera terdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan itu sedang dirawat di klinik kesihatan di sini. - HMetro,

Tonton video CCTV letupan bom di selatan Thailand disini:

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here