Sample Video Widget

Download google chrome

Video disaat penjelajah angkasa membawa Chang'e 3 mendarat dibulan

China's Chang'e 3 Rover
Semalam adalah hari bersejarah bagi negara China apabila buat pertama kalinya negara berkenaan berjaya menghantar dan mendaratkan kenderaan peninjaunya dibulan. Peristiwa bersejarah itu disaksikan sendiri oleh Presiden China yang berada distesyen kawalan utama dibumi dan juga jutaan penonton seluruh dunia.



Hari ini video pendaratan pesawat jelajah(Space probe) keatas permukaan bulan mula ditayangkan distesyen televisyen China. Daripada video ini dapat dilihat pesawat jelajah angkasa bergerak mengorbit diatas permukaan bulan sebelum ianya membuat pendaratan.

Kemudian kenderaan peninjau(rover) Chang'e 3 keluar daripada pesawat tersebut menjejak permukaan bulan. Menjadikan Negara China sebagai negara ke-3 yang berjaya menghantar pesawat/kenderaan peninjau mendarat dibulan. Negara Amerika dan Soviet(sekarang Russia) adalah dua negara didunia yang pernah menjalankan misi yang sama lebih 30 tahun yang lalu.

Pelbagai andaian dan spekulasi dibuat oleh pemerhati bebas berkenaan tujuan utama China menghantar kenderaan peninjau ke bulan.

Pendapat yang paling menarik ialah kerajaan China ingin mencari peluang dalam aktiviti carigali dan melombong sumber tenaga baru dibulan. Ada yang membuat andaian menerrokaan bahan Helium-3 adalah salah satu antara sasaran misi China dibulan.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here