Kahwin Bawah Umur Mengikut Syariat Islam?
Admin tertarik dengan topik yang dibawakan oleh program Khidmat Syariah iaitu 'Perkahwinan Bawah Umur' yang keudara kelmarin.Dalam video 14minit ni sahaja kita boleh dapat lihat dua buah sudut pandang. Satu daripadanya lebih memihak kepada pandangan popular masa kini, mengikut arus pemodenan, mengikut apa yang dikatakan hak asasi manusia. Satu pandangan lagi dilihat lebih konservatif mengikut syariat Islam. Alhamdulillah kedua-dua panel jemputan lebih menjurus pada pandangan kedua.
Admin sendiri pernah mengikuti sesi pencerahan yang agak intensif dan berat dalam bab ini dan ianya menguatkan lagi keyakinan diri yang sebelum ini lebih terdedah dan percaya bahawa arus pemodenan yang progressif sekarang dan akan datang inilah yang terbaik. Namun setelah pencerahan demi pencerahan admin sendiri yakin gaya hidup melalui syariat yang datang pada Islam 1400 tahun dahulu itulah sebenarnya yang terbaik dan ideal untuk ummah, jauh lebih baik daripada apa yang ditawarkan oleh zaman moden sekarang ini :-)
Apabila kita faham mudah kita nak hadam apa yang dikatakan oleh salah sorang panel diakhir-akhir program iaitu kita sebagai muslim harus tahu bahawa hak agama, hak Allah swt itu lebih utama daripada hak asasi manusia yang kononnya menjaga hak manusia. Insya'Allah bila kita dahulukan yang utama hidup kita lebih diberkati dan diredhoi. Wallahualam.
Semoga mendapat manfaat.
Tonton videonya dibawah ini:
0 comments:
Post a Comment