Kisah Robert Davila oleh Nouman Ali Khan
Robert Davila adalah seorang petani yang tinggal dikawasan desa di Amerika berkomuniti Kristian.
Lewat umur 20an beliau telah diserang oleh satu penyakit genetik yang membuatkan badannya lumpuh dari leher kebawah. Sejak itu beliau ditempatkan disatu pusat jagaan/rawatan.
Disana beliau diberikan sebuah komputer dan internet oleh keluarganya supaya tidak bosan dan masih boleh berhubung dan berinteraksi dengan dunia luar. Komputer yang dapat menerima arahan daripada suara.
Satu hari seorang rakan beliau yang sama duduk dipusat jagaan tersebut menjalani pembedahan permindahan organ namun gagal dan mati. Keluarganya kemudian menghadiahkan amulet bersimbol salib milik rakan Robert kepadanya tanda peringatan persahabatan dan Robert menggantungkannya bersebelahan katilnya.
Sampai satu masa Robert telah didatangi oleh seseorang didalam mimpinya dan mengaku dia adalah 'Muhammad' dan sambil menunjuk jarinya kearah tanda salib 'Muhammad' memberitahu 'Tuhan' tidak menghantar utusan(Nabi) untuk menyembah utusannya, sebaliknya Tuhan menghantar utusan memberi peringatan kepada manusia agar menyembahNYA.
Selepas kejadian tersebut Robert terus mencari siapa dia "Muhammad" diinternet lalu menemui Islam.
Robert mengambil 'dua kalimah syahadah' memeluk Islam. Kemudian beliau mula mempelajari Al-Quran.
Beliau mula dengan mempelajari huruf hijaiyah, belajar menyebut bacaan Al-Quran.
Kemudian beliau mula menghafal surah.
Setelah dapat membaca Al-Quran beliau kini mahu mempelajari maksud ayat Al-Quran agar beliau dapat memahami apa yang disampaikan oleh Al-Quran. Daripada situlah Robert jumpa kuliah dan syarah Nouman Ali Khan.
Dipendekkan cerita, ditempat jagaan Robert ditempatkan terdapat seorang pemuda Mesir yang menolong dan membuat kerja-kerja pembungkusan. Satu hari pemuda ini mendegar seseorang membacakan ayat Al-Quran. Dia yang merasa hairan mengikut arah datangnya suara tersebut sehinggalah tiba ke bilik Robert. Dia bertanya kepada Robert bunyi apa tadi. Lalu Robert membalas ianya adalah suaranya dan memberitahu kepadanya yang beliau adalah seorang Muslim.
Robert berbuah bersama pemuda Mesir dan berkongsi kisahnya mempelajari Al-Quran yang mana ustaz Nouman Ali Khan sebagai inspirsinya. Lalu pemuda Mesir itu pun berdoa agar Robert bertemu dengan Nouman Ali Khan.
5 tahun berlalu dan Nouman Ali Khan tiba didaerah tempat pemuda Mesir ini duduk untuk memberikan khutbah. Khutbah yang menyentuh bab 'doa'.
Selesai khutbah pemuda Mesir ini menghampiri Nouman Ali Khan dan berkata, 'hari ini Allah swt memakbulkan doa saya'.
Nouman Ali Khan membalas dengan bertanya 'baik, apa doa kamu?'. Saya berdoa agar 'Nouman Ali Khan bertemu dengan Robert Davila', jawab pemuda tadi.
Nouman Ali Khan kemudian bertanya 'jadi kamu Robert Davila?'.
Pemuda mesir; 'bukan, Robert Davila adalah kawan saya'...
Masya'Allah, satu kisah yang penuh dengan inspirasi serta berkat doa dari hati yang ikhlas, ikhlas dalam pencarian ilmu yang benar.
Wallahualam.
Semoga mendapat manfaat dihari yang berkah, hari penghulu segala hari. Yaumul Jumuah.
*Sipnosis Bahasa Melayu oleh GuaTv.com
Tonton videonya dibawah :
0 comments:
Post a Comment