Sample Video Widget

Download google chrome

Sidang Media Terkini Kes Kehilangan Pesawat MAS MH370 09-03-2014 20:20 GMT+8 KLIA



*GuaTv.com hanya memaparkan maklumat rasmi dari laporan sidang media rasmi sahaja.

Sidang Media terkini siasatan kes kehilangan pesawat MAS MH370 20:20 GMT +8 09hb Mac 2014 di KLIA.

Antara intipati sidang media terbaru :

1. Laporan terkini kerja-kerja mencari melibatkan aset 34 buah pesawat udara dan 40 buah kapal laut. Kesemua pesawat udara menangguhkan pencarian pada 7petang, namun kapal-kapal laut masih melakukan pencarian memandangkan kemampuannya dalam kerja-kerja pencarian pada waktu malam.
2. Pencarian diluaskan ke kawasan selat Melaka berikutan kemungkinan
MH370 berpatah balik.

3. Isu Paspot palsu masih dijalankan, namun tumpuan utama masih
ditumpukan pada kerja mencari pesawat MH370. Antara maklumat yang terbaru ialah dua penumpang itu membeli tiket pada masa yang hampir sama, punya turutan siri tiket yang berurutan, dibeli dari sumber yang sama menggunakan matawang yang sama iaitu matawang bhat (Thai Bhat).

4. Pihak berkuasa China masih belum memberikan sebarang laporan
rasmi kepada pihak Malaysia berkenaan berita mereka menjumpai
serpihan binaan yang disyaki bangkai pesawat.

5. Video CCTV penumpang terlibat kes pemalsuan pasport masih
dalam siasatan agen yang dilantik.

6. Pihak berkuasa masih menunggu hasil ujian sampel minyak
dari pihak berkuasa Vietnam yang diambil dari lokasi penemuan tumpahan minyak diperairannya samada sampel minyak tersebut datang dari pesawat MH370 atau sebaliknya.

7. Menjelaskan isu kapal selam yang ditimbulkan oleh orang awam

8. Sidang media ditangguh pagi esok, namun jika ada maklumat penting baharu
pihak media boleh dipanggil segera bila-bila masa.

Ringkasan sidang media oleh GuaTv.com
Video kredit AstroAwani.

Tonton rakaman sidang media terkini kes kehilangan pesawat MAS MH370 dibawah:



Insya'Allah pihak guatv.com akan terus menyalurkan dan memanjangkan laporan-laporan rasmi mengenai kes kehilangan pesawat MAS MH370 dari masa ke semasa.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here