Sample Video Widget

Download google chrome

New Post

Rss

Showing posts with label kuala lumpur - beijing. Show all posts
Showing posts with label kuala lumpur - beijing. Show all posts
Sidang Media Terkini Kes Kehilangan Pesawat MAS MH370 10-03-2014 20:11 GMT+8 KLIA

Sidang Media Terkini Kes Kehilangan Pesawat MAS MH370 10-03-2014 20:11 GMT+8 KLIA



Sidang Media terkini siasatan kes kehilangan pesawat MAS MH370 pada 10hb Mac 2014 jam 20:11 GMT +8 di KLIA.

Antara intipati sidang media terbaru :

1. Kesan tompokan minyak yang dijumpai diperairan Kelantan disahkan bukan bahan bakar dari pesawat MH370 tetapi ianya sejenis bahan bakar yang biasa digunakan oleh kapal atau bot nelayan.

2. Lokasi pencarian dan menyelamat diperluaskan.

3. Dua individu yang menggunakan passport palsu dikenalpasi tidak mempunyai wajah orang asia.

Ringkasan sidang media oleh GuaTv.com
Video kredit AstroAwani.

Tonton rakaman sidang media terkini kes kehilangan pesawat MAS MH370 dibawah:



Insya'Allah pihak guatv.com akan terus menyalurkan dan memanjangkan laporan-laporan rasmi mengenai kes kehilangan pesawat MAS MH370 dari masa ke semasa.
Sidang Media Terkini Kes Kehilangan Pesawat MAS MH370 09-03-2014 20:20 GMT+8 KLIA

Sidang Media Terkini Kes Kehilangan Pesawat MAS MH370 09-03-2014 20:20 GMT+8 KLIA



*GuaTv.com hanya memaparkan maklumat rasmi dari laporan sidang media rasmi sahaja.

Sidang Media terkini siasatan kes kehilangan pesawat MAS MH370 20:20 GMT +8 09hb Mac 2014 di KLIA.

Antara intipati sidang media terbaru :

1. Laporan terkini kerja-kerja mencari melibatkan aset 34 buah pesawat udara dan 40 buah kapal laut. Kesemua pesawat udara menangguhkan pencarian pada 7petang, namun kapal-kapal laut masih melakukan pencarian memandangkan kemampuannya dalam kerja-kerja pencarian pada waktu malam.
2. Pencarian diluaskan ke kawasan selat Melaka berikutan kemungkinan
MH370 berpatah balik.

3. Isu Paspot palsu masih dijalankan, namun tumpuan utama masih
ditumpukan pada kerja mencari pesawat MH370. Antara maklumat yang terbaru ialah dua penumpang itu membeli tiket pada masa yang hampir sama, punya turutan siri tiket yang berurutan, dibeli dari sumber yang sama menggunakan matawang yang sama iaitu matawang bhat (Thai Bhat).

4. Pihak berkuasa China masih belum memberikan sebarang laporan
rasmi kepada pihak Malaysia berkenaan berita mereka menjumpai
serpihan binaan yang disyaki bangkai pesawat.

5. Video CCTV penumpang terlibat kes pemalsuan pasport masih
dalam siasatan agen yang dilantik.

6. Pihak berkuasa masih menunggu hasil ujian sampel minyak
dari pihak berkuasa Vietnam yang diambil dari lokasi penemuan tumpahan minyak diperairannya samada sampel minyak tersebut datang dari pesawat MH370 atau sebaliknya.

7. Menjelaskan isu kapal selam yang ditimbulkan oleh orang awam

8. Sidang media ditangguh pagi esok, namun jika ada maklumat penting baharu
pihak media boleh dipanggil segera bila-bila masa.

Ringkasan sidang media oleh GuaTv.com
Video kredit AstroAwani.

Tonton rakaman sidang media terkini kes kehilangan pesawat MAS MH370 dibawah:



Insya'Allah pihak guatv.com akan terus menyalurkan dan memanjangkan laporan-laporan rasmi mengenai kes kehilangan pesawat MAS MH370 dari masa ke semasa.
Sidang Media Kes Kehilangan Pesawat MAS MH370 09-03-2014 1300 GMT+8 KLIA

Sidang Media Kes Kehilangan Pesawat MAS MH370 09-03-2014 1300 GMT+8 KLIA


*GuaTv.com hanya memaparkan maklumat rasmi dari laporan sidang media rasmi sahaja.

Sidang Media terkini siasatan kes kehilangan pesawat MAS MH370 1300 GMT +8 09 Mac 2014 di KLIA.

Antara intipati sidang media terbaru :
1. menyatakan penggunakan aset negara dan negara luar dalam kerja pencarian dan menyelamat yang kini telah diperluaskan.
2. menyatakan hanya dua penumpang yang telah disyaki menggunakan paspot palsu memperbetulkan kenyataan sebelum ini yang mengatakan ada 4 penumpang semuanya.
3. penjelasan maklumat atau data cctv yang mengaitkan 2 penumpang tersebut.
4. menjelaskan klu dan persoalan mengenai adanya kemungkinan pesawat MH370 melakukan 'turning-back' berpatah balik menuju ke KLIA.
5. sedikit penjelasan mengenai kerja baikpulih yang pernah dibuat terhadap pesawat MH370 dalam rutin penyelenggaraan berkalanya.

Ringkasan sidang media oleh GuaTv.com
Video kredit AstroAwani.

Tonton rakaman sidang media terkini kes kehilangan pesawat MAS MH370 dibawah:



Insya'Allah pihak guatv.com akan terus menyalurkan dan memanjangkan laporan-laporan rasmi mengenai kes kehilangan pesawat MAS MH370 dari masa ke semasa.
Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here