Sidang Media Terkini Kes Kehilangan Pesawat MAS MH370 Hari ke-6 13-03-2014 17:32 GMT+8 KLIA
Sidang Media terkini siasatan kes kehilangan pesawat MAS MH370 pada 13hb Mac 2014 jam 17:132 GMT+8 di KLIA.Antara intipati sidang media tebaru :-
1. Hari ke-6, aset sebanyak 43 buah kapal dan 40 buah pesawat udara digerakkan dalam kerja mencari dan menyelamat.
2. Kenyataan sebelum ini yang mengatakan pesawat MH370 dikesan meneruskan penerbangan sejurus terputus hubungan buat
kali terakhir, ianya adalah tidak tepat. Perkara ini baru sahaja disahkan oleh pihak Penerbangan Malaysia.
3. Pihak Rolls-Royce dan Boeing sudah bersama MAS dan pasukan penyasat sejak hari Ahad dan tidak pernah timbul isu
berkenaan adanya data yang diterima selepas terputusnya komunikasi MH370.
4. Gambar satelit yang diambil dan didakwa oleh pihak China itu bukan gambar serpihan MH370 dan pihak China sudah meminta
maaf mengenai perkara ini. Aset juga dikerahkan ketempat didakwa dan nyata tiada serpihan ditemui.
5. Pesawat MH370 diselenggara dengan sempurna dan berjadual. Selenggara terakhir adalah pada 23hb Feb 2013 dan akan datang
pada 19hb Jun 2014.
6. Kerja pencarian dikawasan Selat Melaka dipertingkat, penambahan aset sertai operasi mencari & menyelamat. Namun keutamaan misi pencarian masih
ditumpukan pada Laut China Selatan.
7. Data Mentah (Raw Data) dari radar ketenteraan selalunya tidak akan diberikan kepada pihak luar, namun dalam situasi sekarang keutamaan
lebih telah diberikan kepada misi mencari maka data ini telah dikongsi bersama rakan pasukan penyiasat termasuklah dari Amerika dan China.
8. Berita yang tersebar mengatakan pihak polis mengadakan siasatan keatas kediaman dan waris petugas dan krew pesawat MH370 adalah tidak benar.
9. Respon dari pihak Malaysia sehingga kini masih mengutamakan misi mencari dan menyelamat. Mengetuai misi dengan memberikan arahan kepada lebih 80 buah aset dari pelbagai negara. Tiada apa yang ingin disembunyikan dari pihak Malaysia. Data-data dalaman seperti data komunikasi MH370 akan diberikan kepada umum namun pada masa ini ianya terhad kepada rakan dan agensi penyiasat sehinggalah mereka selesai tugas menganalis data tersebut.
Pihak Malaysia juga amat mengambil berat akan sensitiviti dan kebajikan keluarga penumpang MH370. Pihak Malaysia tidak akan sekali-kali merosakkan misi pencarian ini dan tidak akan sekali-kali menyerah kalah.
Ringkasan sidang media oleh GuaTv.com
Video kredit AstroAwani.
Tonton rakaman penuh sidang media terkini kes kehilangan pesawat MAS MH370 dibawah:
Insya'Allah pihak guatv.com akan terus menyalurkan dan memanjangkan laporan-laporan rasmi mengenai kes kehilangan pesawat MAS MH370 dari masa ke semasa.
0 comments:
Post a Comment