Sample Video Widget

Download google chrome

Jabatan Pelajaran Selangor arah 131 Sekolah Daerah Klang ditutup serta merta mulai hari ini.


Jabatan Pelajaran Selangor telah mengeluarkan arahan kepada semua 131 buah Sekolah Daerah Klang untuk ditutup serta merta mulai hari ini berikutan keadaan jerebu yang semakin membimbangkan.

Menurut laman sesawang Jabatan Pelajaran Selangor(JPS), indeks pencemaran udara(IPU) Khamis malam Jumaat menunjukkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu lebih 325.

Pengarah Pelajaran Negeri Datuk Mahmud Karim berkata arahan telah dikeluarkan oleh pihaknya kepada Pejabat Pendidikan Daerah Klang berdasarkan pemantauan paras jerebu dikawasan terlibat.

Beliau menambah tempoh penutupan sekolah bergantung pada tahap bacaan IPU dikawasan terlibat dan ianya akan diumumkan kelak.


Tonton video laporan berita berkenaan dibawah ini :-

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here