Sample Video Widget

Download google chrome

Sidang Media Terkini Kes Kehilangan Pesawat MAS MH370 Hari Ke-7 14/03/2014 17:35 GMT+8



Sidang Media terkini siasatan kes kehilangan pesawat MAS MH370 17:35 GMT+8 14/03/2014 di KLIA.

Antara intipati sidang media tebaru :-

- Hari ke-7. Kerja pencarian masih difokuskan kepada kerja pencarian dan kini semakin dierluas hingga kelautan Hindi.

- Jumlah aset turut serta dalam misi mencari dan menyelamat(SAR) hari ke-7 adalah 37 buah kapal laut dan 48 buat pesawat udara dari 13 buah negara semuanya.

- Menjawab spekulasi yang tersebar dari pihak berwajib tidak bernama dari Amerika Syarikat yang mengatakan kemungkinan pesawat MH370 meneruskan penerbangan(ke destinasi yang masih belum diketahui) sejurus terputus hubungan komunikasi, pihak Malaysia akan mengikut prosidur biasa yang telah ditetapkan iaitu menyiasat, mengumpul, menganalisis dan mengesahkan dahulu data yang didakwa dikalangan kumpulan penyiasat dan setelah disepakati barulah kenyataan rasmi akan dikeluarkan.

- Namun pada sidang media kelmarin sudah diberitahu pihak Malaysia sudah bertanyakan kepada pihak
Rolls-Royce dan Boeing mengenai laporan data yang terus diterima oleh sistem monitor enjin Boeing dari pesawat setelah terputus hubungan dan mereka mengesahkan ianya tidak benar.

- Sejak hari Ahad lagi Pihak Malaysia telah bekerjasama dengan wakil rasmi dari Amerika yang sehingga kini masih menjalankan siasatan bersama di Kuala Lumpur.

- Sejak hari Rabu pihak Malaysia sudah pun mula berkongsi maklumat yang ada secara lebih terpeinci kepada rakan siasatan.

- Rakan siasatan dari luar masih melakukan penelitian dan pengesan kepada maklumat terpeinci tersebut namun pada masa ini belum ada kata putus atau satu kesimpulan akhir yang boleh dibuat.

- Sehingga saat ini pesawat masih 'hilang' dan kawasan pencarian telah dipeluaskan ke Keperairan Andaman, timur Laut China Selatan dan Lautan Hindi.

- Melalui keputusan sampel, beberapa kesan tompokan minyak yang dijumpai diperairan Laut China Selatan juga setakat ini tidak menunjukkan ianya datang dari pesawat MH370.

- Pihak Malaysia masih menerima informasi dan data baru dari pelbagai sumber, dan pihak Malaysia sentiasa mengikut standet protokol yang telah ditetapkan iaitu
dengan membuat penegesahan dahulu dari mana data itu datang, setelah disahkan barulah ianya akan diambil tindakan yang sepatutnya.

- Kerjasama dari semua pihak termasuk rakan rasmi dari negara jiran masih terus berjalan dan pihak Malaysia masih terbuka kepada sebarang tawaran bantuan dan sokongan terutamanya dari pihak rasmi Antarabangsa dalam misi mencari pesawat MH370.

Ringkasan sidang media oleh GuaTv.com
Video kredit AstroAwani.

Tonton rakaman penuh sidang media terkini kes kehilangan pesawat MAS MH370 dibawah:



Insya'Allah pihak guatv.com akan terus menyalurkan dan memanjangkan laporan-laporan rasmi mengenai kes kehilangan pesawat MAS MH370 dari masa ke semasa.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here