Sample Video Widget

Download google chrome

CCTV PPIM Rakam Individu Mungkin Suspek Kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

CCTV di Pejabat PPIM Dapat Rakam Kelibat Individu Mencurigakan Jam 3 pagi berhampiran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Berkemungkinan Suspek Khianat Punca Kebakaran





KUALA LUMPUR: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menunjukkan kelibat seorang lelaki yang memanjat pagar sebelum menceroboh masuk ke dalam kawasan premis bersebelahan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata kelibat lelaki berkenaan dirakam sekitar jam 3.10 pagi oleh sebahagian daripada 16 CCTV di pejabat PPIM.
Katanya, suspek lelaki itu dikesan masuk melalui pintu pagar kiri sebelum melalui pekarangan pejabat PPIM dan menuju ke bahagian kanan yang juga bersebelahan dengan pusat tahfiz berkenaan.
"Kita tidak menolak kemungkinan kejadian ini ada kaitan dengan pencerobohan ke pusat tahfiz berkenaan.
"Kita sudah menyerahkan semua rakaman berkenaan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut malah mereka meneliti semua rakaman sejak pagi tadi.
"Kita tidak tahu motif sebenar pencerobohan lelaki terbabit namun tidak menafikan kemungkinan turut menyasarkan pejabat PPIM," katanya dalam sidang media sebentar tadi ~ Berita Harian
 Tonton video dibawah :-

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here