New Post
Rss
Showing posts with label PPIM. Show all posts
Showing posts with label PPIM. Show all posts
CCTV PPIM Rakam Individu Mungkin Suspek Kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
CCTV di Pejabat PPIM Dapat Rakam Kelibat Individu Mencurigakan Jam 3 pagi berhampiran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Berkemungkinan Suspek Khianat Punca Kebakaran
Isu P1Wimax : Persatuan Pengguna Islam Malaysia akan bawa kes ke Mahkamah
Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM) telah membuat sidang media bagi menerangkan tindakan yang telah dan akan diambil terhadap syariat P1 yang menyediakan perkhidmatan talian internet jalur lebar P1 WIMAX. yang dikatakan telah menindas pelanggan.Blog GuaTv Dot Com sendiri pernah membuat liputan mengenai isu ini bulan lalu disini : http://goo.gl/KtBbPH dan ianya telah mendapat respon balas yang pantas dari pihak P1 dalam menegur laporan yang kami buat.
Pada sidang media tersebut PPIM yang dikatakan telah menerima beribu aduan daripada pelanggan P1 Wimax akan membawa kes ini ke mahkamah. Menurutnya lagi pihak PPIM telah beberapa kali cuba berhubung dengan pihak P1 bagi mendapatkan penjelasan lanjut namun usaha itu hanya menemui jalan buntu. Sehinggalah PPIM menyatakan hasrat untuk mengadakan sidang media ini baru mereka memberikan sedikit respon untuk menghantar wakil bagi melihat isu yang dibangkitkan.
PPIM juga dimaklumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) telah berhubung dan memberikan tempoh sehingga hari ini(2hb Januari 2014) supaya CEO P1 Wimax mengeluarkan kenyataan balas dan menerangkan kaedah serta sistem yang mereka gunakan dalam mentadbir urus pelanggan terutamanya dalam mengenakan tindakan senarai hitam(blacklisting) melalui CTOS.
Pada masa ini pihak PPIM mahu menunggu dahulu kenyataan dari pihak P1 sebelum memutuskan untuk berbuat tindakan seterusnya iaitu membawa kes ini ke mahkamah.
Tonton video sidang media PPIM kes P1 Wimax disini :
Subscribe to:
Posts (Atom)

