Sample Video Widget

Download google chrome

New Post

Rss

Showing posts with label Sultan Selangor Bertitah. Show all posts
Showing posts with label Sultan Selangor Bertitah. Show all posts
Sultan Selangor titah henti guna Kalimah Allah dalam The Herald BM

Sultan Selangor titah henti guna Kalimah Allah dalam The Herald BM

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah penggunaan kalimah Allah dalam Bible dan juga penerbitannya dalam akhbar mingguan The Herald versi Bahasa Melayu, perlu dihentikan serta merta.



Baginda bertitah, ia bertujuan mengelakkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam di negeri itu khususnya, dengan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain.
"Ini kerana kalimah Allah bagi umat Islam adalah merujuk kepada Tuhan Yang Satu seperti yang terdapat di dalam Surah Al-Ikhlas.

"Semua rakyat di Selangor khasnya perlu menghormati dan mematuhi keputusan yang dibuat oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, undang-undang serta keputusan secara sebulat suara oleh Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober lalu," titah baginda dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Baginda juga menasihatkan mana-mana pihak tidak mengambil kesempatan menjadikan isu kalimah Allah sebagai agenda politik mereka kerana kalimah Allah ialah satu kalimah suci dan membabitkan akidah umat Islam.

p/s : Sultan Selangor dah bersuara, harap Sultan-sultan lain akan ikut sama pertahankan hak agama Islam bilamana adanya kuasa.
Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here