Sample Video Widget

Download google chrome

New Post

Rss

Showing posts with label Tragedi MH17. Show all posts
Showing posts with label Tragedi MH17. Show all posts
Tragedi MH17 dalam kerangka Politik dan Hubungan Luar Antarabangsa

Tragedi MH17 dalam kerangka Politik dan Hubungan Luar Antarabangsa


GuaTv Dot Com ingin berkongsi satu lagi huraian yang baik berkenaan situasi dan senario politik anarabangsa yang sememangnya ada kaitan dengan tragedi MH17. Artikel dibawah ini sedikit berat tetapi berbaloi untuk dibaca dengan teliti dalam cubaan kita memahami konflik di Timur Ukraine yang sebenarnya melibatkan kuasa-kuasa besar dunia. Malah ianya tidak terhenti disitu, kerana krisis di Timur Ukraine ini sebenarnya boleh sahaja menjadi pencetus atau penggerak 'roadmap' order baharu dunia. Tidak ini bukan lagi satu teori konspirasi, apatah lagi ianya telah membawa nama Malaysia ke tengah-tengah jalan cerita pergerakan sejarah dunia. Sama-sama kita baca dengan perlahan-lahan disamping memohon diberikan kefahaman serta kekuatan untuk kita respon dengan jalan terbaik.
Malaysia-Russia : Ukraine-Israel 
(sekadar yang terlintas di fikiran, juga sambungan berkaitan MH370)

dalam beberap jam lepas, pelbagai teori dan analisa ternukil oleh pelbagai pihak, dari dalam dan luar negara.. bagi saya, 'depa dah main kasaq', 'depa' merujuk kepada pihak zionist dan sekutunya, dah dua kali dalam masa terdekat Malaysia kena 'atoq' (percaturan), kalo depa main serangan macam ini pun kita masih dok lena lagi, sikit masa lagi, depa mai dengan cara yang lebih berani dan kejam tanpa hiraukan apa kesan terhadap kita, asalkan matlamat mereka tercapai!

"Kitab yang Kami (Allah) turunkan kepada engkau penuh dengan berkat, supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat peringatan bagi “ulul-albab” (orang yang berfikiran dalam)" (Surah Sad: 28)

imbas kembali konflik antara Russia dan Ukraine meletus sejak tahun 2011 lalu, akibat dari jarum NATO+Mossad+European Union, ia berkaitan perjanjian kontrak pengkalan tentera yang disambung oleh pemerintah sebelumnya bersama (Putin) Russia, dalam masa yang sama rakyat Ukraine menderita dalam sektor ekonomi dan kewangan yang amat meleset sejak tahun 2008-09, apabila perjanjian ini dilaksanakan (Russia menawarkan $15 billion+kemudahan ketenteraan), kesannya Ukraine tak boleh menyertai EU (manakala EU+IMF menawarkan €500 billion suntikan jana ekonomi), ia menjadi 'kuota' (sekatan/embargo) antara dua blok tersebut (EU -Ukraine-Russia), dan juga NATO tak dapat masuk (pengkalan tentera).. 

pihak parti pembangkang politik Ukraine yang kini menjadi PM (Arseniy Yatsenyuk) adalah pro Israel, dia beragama Yahudi berketurunan bani Khazar yang anti Russia dan Orthodox Nasrani, akibat peralihan kuasa dari anti-zionist ke pro zionist (John McCain sambut kemenangan ini, turun ke Ukraine, sama seperti dia ke Libya, Mesir, Syria dll..), Ukraine telah menandatangai perjanjian dgn EU bulan lalu, kemudian PM Arseniy Yatsenyuk melaksanakan beberapa perubahan dalam 'perlembagaan', ia memberi lebih ruang dan hak kepada puak khazar dan yahudi di Ukraine dari pihak lain dengan alasan selama ini mereka hidup dengan anti-semitic. kesannya berlakulah krisis di Crimea, krisis melibatkan hak pengkalan tentera Russia dan hak umat Islam Tatar, percaturan zionist kali ini gagal, Crimea yang majoritinya Islam Tatar, memilih bernaung di bawah Russia..

hakikat Russia yang kini cenderung kepada agama samawi dan mereka (Russia) telah meninggalkan agenda communism/atheism akibat racun Bolsheviks Zionist oleh Vladimir Lenin dan Alexander Bogdanov (ejen yahudi zionist dari Birobidzhan yang membonekakan Stalin).. pihak Mossad menggunakan pengaruh NATO di Eropah untuk memasuki Ukraine bagi menyekat wilayah hak kebebasan ketenteraan Russia di sekitar wilayah Eropah, setelah mereka berjaya menyekat di Turki (Turki negara dibawah naungan Israel+Mossad+Nato sebab bersama blok EU, kedutaan zionist Israel megah berdiri di Artatuk Blv, lakonan yang menarik oleh PM Turki apabila timbul isu Palestin, sedangkan Turki pembuka laluan Nato+Mossad masuk Syria sejak 2009) dan sekatan di Tartus, Syria (perang Syria, satu-satunya pengkalan tentera Russia (dulu dikenali sebagai USSR) di luar kawasan hasil perjanjian daripada tamatnya perang Dingin ke-3, iaitu perjanjian pada tahun 1971 USSR-Parti Sosialisi Arab Ba'ath), memandangkan Russia tidak sehaluan dengan NATO yang dibawah naungan Zionist, dan dianggap sebagai ketua (geopolitical strategy) halulan kiri dalam kuasa besar (veto) di PBB.. selain itu dari sudut kewangan, Russia, Brazil, India, China dan South Africa (BRICS) menjadi saingan IMF dan sekutu, sebab BRICS mengutamakan emas dan selain matawang US Dollar dalam setiap perdagangan/transaksi/pinjaman..

terbaca analisa dan bukti melalui video, perbualan, catatan dan gambar yang menyatakan bahawa penembak #malaysiaairlines #mas #MH17#flight adalah puak Donetsk di Ukraine (Igor Strelkov), namun ada pembuktian yang sebaliknya berkaitan suara, masa dan waktu perbualan tersebut diciptakan..ia menggunakan kaedah yang sama dimana rakaman manipulasi Osama bin Laden, al Qaeda, Taliban dan lain-lain sewaktu kempen anti-terrorist.. bagi saya amat mudah untuk melihat siapa yang merancang, perhatikan sahaja tindak balas Washington (Obama dan sekutu) terhadap kejadian ini..kemudian kaji hujah Vladamir Putin akan situasi ini, itulah jawapannya.! ada kenyataan dikemukakan bahawa mereka tersalah target pesawat, sedangkan ia hanyalah konspirasi mengelirukan antara haqq dan batil.. musuh tak silap buat operasi (kantoi la), kita ja yang kalut tak tau kepala..ekor.. 

kuasa 'veto' zionist Israel dalam melakukan apa sahaja yang dirancangkan dapat dilaksanakan, ada yang menyatakan kejadian MH17 adalah 'penutup' kepada serangan Israel terhadap Gaza, namun sebaliknya bagi saya, ia 'pembuka' langkah secara drastik oleh zionist melaksanakan agendanya, kemampuan zionist menjalankan sesuatu bagai memukau pihak lain, termasuk Russia.. motif utama adalah bagi menyemarakkan lagi api yang sedang terbakar (situasi di Syria, kemudian di Turki, kemudian di China, kemudian di Ukraine, dan terkini isu MH17 dengan puak Donetsk), seterusnya membawa kepada perang dunia (al malhamah al kubro)..

jika dilihat dari aspek islamic eschatology, Russia yang kini secara terang bersama Orthodox Nasrani, yang mana menurut hujah dan kajian Maulana Sheikh Imran, mereka adalah puak Rum yang dinyatakan di dalam al Quran (surah ke-30), Rum adalah sahabat umat Islam ketika di penghujung akhir zaman, Rum dahulunya berpusat di Constantinople (Istanbul), Rum adalah musuh Byzantium Barat (kini berpusat di Vatican City yang bernaung dibawah Catholic, aliran Catholic adalah aliran yang paling tak logik dalam 72 pecahan Nasrani (Elloh (yakni Allah Taa'la) berjalan seperti king kong - Genesis 3:8), dan catholic antara aliran yg paling aggresive melancarkan sesuatu kempen/dakwah) dan juga golongan Yahudi (Rum pengikut setia Nabi Isa a.s., permusuhan antara Yahudi dan Nasrani bermula apabila Rabbi Pharisees menfitnah al-Masih Nabi Isa a.s. kemudian menghukum ('menyalib') Baginda a.s., disini lah bermulanya aliran Nasrani, yang berpecah dari Yahudi, dan apabila mereka yang mendakwa sebagai Yahudi dan Nasrani, bersatu/bergabung, sepertimana pergerakkan Christians United for Israel, ia bukanlah pembawa ajaran yang didakwa oleh mereka, rujuk (QS, 5:51)), kesatuan Islam dan Rum dinyatakan dalam banyak hadith al Fitan, termasuk nukilan al Quran akan kemenangan Rum suatu saat nanti (QS,30:3) antaranya riwayat Sunan Abu Dawud, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.."Mafhum Hadith: "Telah hampir kamu akan membuat perjanjian damai dengan Byzantium (Rum-Nasrani) dan kamu bersama mereka akan berperang melawan satu musuh di belakang kamu. Kamu kemudiannya akan mendapat kemenangan, harta rampasan dan selamat..."

apabila dilihat dalam alam Nusantara, bangsa Melayu satu bangsa yang paling ramai mewarisi darah Ahlul Bayt Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, dari aspek populasi dan keagamaan, bangsa Melayu paling ramai memeluk Islam, namun yang paling penting adalah Nusantara adalah wilayah Islam paling ufuk di timur yang berdaulat berpayungkan Islam, ditambah dengan para Raja dan Sultan Nusantara adalah paling berdaulat memayungi rahmat Allah Taa'la, 'khazanah' dari wali-wali Allah Taa'la dan alim ulama sebagai bukti, dan lain-lain fakta yang menunjukkan wilayah Nusantara dan bangsa Melayu adalah kunci atau tulang belakang yang akan membawa sinar Islam pada hari esok, malah hanya Malaysia (satu-satunya dalam dunia kini) wilayah Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang paling stabil dan harmoni..

uishh..panjang pulak taip nii..

jadi kesimpulannya serangan-serangan (provokasi) ini mahu melumpuhkan kebangkitan Islam dari ufuk timur, menimbulkan kebencian antara Islam dan Nasrani Orthodox agar tak terjadi penyatuan (penyatuan Islam dan nasrani orthodox bukan atas dasar tauhid, tapi atas dasar musuh yang sama), mengelirukan pamahaman dan haluan umat Islam di akhir zaman, memusnahkan kekayaan ekonomi, kesejahteraan dan kesatuan sejagat umat Islam amnya di Nusantara, khususnya di Malaysia..

musuh datang dengan berani, sesama kita saling membenci, 
musuh serang tanpa disedari, sesama kita tetap memusuhi

bersama kita amalkan surah al Kahf dalam kehidupan..
bersama kita hadiahkan surah al Fatihah kepada korban MH17..
bersama kita amalkan doa ini didalam tasyahud akhir setiap solat sebelum memberi salam.. 

اَللَّهُـمَّ إِنيِّ أَعوُذُ بِكَ مِنْ عَذاَبِ جَهَنَّمَ،وَمِنْ عَذاَبِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْـنَةِ الْمَحْياَ وَالْمَماَتِ وَمِنْ فِتْـنَةِ الْمَسيِحِ الدَّجاَّلِ 
(Allahumma inni a’udhu bika min ‘adhabi jahannam, wa min ‘adhabil-qabr, wa min fitnatil-mahya wal-mamat, wa min fitnatil-masihid-Dajjal)

Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada seksa neraka Jahannam, dan dari seksa kubur, dan dari fitnah dalam kehidupan dunia dan fitnah setelah mati, juga aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan fitnah Al Masih Dajjal.
(Shahih al Bukhari & Muslim)

*gambar dari #flightradar24 menunjukkan #MH17 (beberapa saat sebelum ditembak jatuh) bersama #flight #SingaporeAirlines (QS351) dan#AirIndia (AI113) dalam lingkungan jarak 25km..

segalanya Allahu a'lam..
*Kredit FB Matsumas (www.matsumas.org)
Tragedi MH17 : Bagaimana ia boleh berlaku atau Kenapa ia harus berlaku?

Tragedi MH17 : Bagaimana ia boleh berlaku atau Kenapa ia harus berlaku?


Alhamdulillah, satu huraian dan perkongsian yang baik sebagai santapan ramadhan ini. Utamakan yang utama kerana disebaliknya punya hikmah dan rahmat. 



Youtube video Embed:



Sedang ramai daripada kita baru hendak membuka buku apa yang berlaku di Ukraine, sudah pun ada ulama atau ilmuan Islam sendiri yang menyusuri naratif konflik yang berlaku disana dan menghubungkannya dengan petunjuk akhir zaman melalui Al-Quran dan hadis, lalu menasihati umat hari ini agar bagun dari tidur, tatkala ramainya ulama dan ilmuan lain masih selera makan roti canai dan minum teh tarik tanpa menyedari bahawa mereka sedang berada diambang Al-Malhamah.

Susulan daripada peristiwa MH17 yang sememangnya kita simpati, sedih, dan kesali, banyak persoalan telah ditimbulkan. Banyak daripadanya menjurus kepada persoalan teknikal yang menghala kepada pencarian bukti dilapangan bagi menjawab persoalan bagaimana ianya boleh berlaku dengan harapan daripada bukti tersebut pihak bertanggungjawab dapat dikenalpasi seterusnya dipersalahkan dan dihukum. 

Itu adalah kaedah dan 'standard' prosidur biasa dalam usaha kita mencari jawapan, namun kaedah dan standard ini sebenarnya satu bentuk 'lagging' indikator, lambat dan mudah dimanipulasikan jika kita bergantung hanya kepada petunjuk ini sahaja.

Wujudkah indikator lain yang lebih benar dan baik? Sudah tentunya ada, kita boleh saja lihat pada data sejarah lampau yang berkaitan dengan subjek, siapakah pihak yang berkemungkinan mendapat kelebihan dan faedah daripada peristiwa tersebut dan yang paling utama sudah tentunya dengan merujuk kepada sumber yang benar dan tulin yang mana bagi kita umat Islam Al-Quran itulah petunjuk utama kita dan hadis sebagai petunjuk sokongan utama.

Al-Quran adalah 'leading' indikator, petunjuk yang paling utama dalam menerangkan dan memberi jawapan keatas apa yang telah, sedang dan akan berlaku diakhir zaman, zaman yang sedang kita susuri hari ini. 'Lagging' indikator yang bersifat teknikal dan saintifik hanya sebagai sokongan tambahan yang seharusnya kita dengan bijak menapisnya bersama 'leading' indikator tadi.

Apabila kita susun aturan ini dengan betul maka soalan terpokok bukan lagi bagaimana perkara ini boleh berlaku tetapi kenapa ianya harus berlaku?

Kenapa ianya harus berlaku di Ukraine? Apa keperluan mendesak yang mengharuskan ianya berlaku disana saat ini? Ada tak jangkaan awal yang pernah dilepaskan mengenai kemungkinan perkara besar seperti ini berlaku disana?
perlu diingat kesemua soalan-soalan seperti ini haruslah dijawab menggunakan sumber petunjuk utama dahulu kemudian barulah disusuli dengan petunjuk sokongan yang lain.

Jika kaedahnya betul, kita bukan sahaja beroleh penerangan dan jawapan kepada persoalan kita, malah ianya juga dapat memberikan petunjuk kepada respon yang sepatutnya, jalan yang diredhoiNYA dunia akhirat, insyaaAllah.

Wallahualam.
*Kredit FB KhairulazmiMohamed dan para komentar.

Boleh juga tonton video penuh dibawah:-

Tragedi MH17 : Russia Bentang Bukti Data dan Imej Satelit Hari Kejadian

Tragedi MH17 : Russia Bentang Bukti Data dan Imej Satelit Hari Kejadian


Pihak Russia hari ini telah hadir membuat satu pembentangan intensif berkenaan tragedi pesawat MAS MH17 respon kepada tuduhan yang dilemparkan oleh banyak pihak terutamanya pihak barat dan sekutunya termasuk pihak berkuasa Ukraine sendiri.

Ikuti video dan sipnosis(kredit Cz Fab) pembentangan tersebut dibawah :-



Masak lah Ukraine dan sekutunya US! Russia dah sangkal dan keluarkan bbrp bukti. Bagi yang tak tgk video, boleh tgk ulasan yang saya buat menerusi gambar video. Habis telanjang Ukraine. Jadi benarlah laporan dari twitter "spainbuca" yg telah di delete oleh pihak twitter bahawa mmg terdapat jet fighter yg mengekori MH17. Maruah Malaysia skrg dah jadi kambing, kita semua kambing, sbb negara telah dikambinghitam utk kepentingan kuasa2 besar.

Semua aset yg ditunjukkan dlm gambar2 ni adalah milik Ukraine.

Gambar 1:
1. Menunjukkan MH17 membuat lencongan sebelum hilang dari radar Russia.
2. Russia tidak pasti arahan dari siapa samada dari Ukrainian traffic controller atau pihak lain.
3. Pada tarikh tersebut, Russia mengesan bbrp buah BUK M-1 kepunyaan Ukraine berdekatan tempat kejadian.
4. BUK M-1 boleh menembak sejauh 35km (> 110,000 kaki) dan sehingga altitud 25 km (> 82,000 kaki).
5. Russia mempertikai kenapa Ukraine meletakkan sejumlah BUK M-1 di kawasan berdekatan Donetsk walhal di sana memang tidak ada sebarang aktiviti penerbangan dari mana2 pihak tentera.
6. Dari gambar 1 boleh dilihat route yg asal MH17 dan lencongannya.
7. Dari gambar boleh dilihat 3 buah anti aircraft missile (BUK M-1) kepunyaan Ukraine di sekitar laluan MH17.

Gambar 2, 3 dan 4:
1. Gambar satelit diambil pada 14 julai sebaik shj kes kapal kargo AN-26 terhempas.
2. Terdapat self propelled launching system dan 2 system utk loading (Gambar 2).
3. Di kwsn berdekatan terdapat sistem radio iaitu 5km dari kawasan BUK-M1 (Gambar 3).
4. Di utara Donetsk terdapat 4-5 buah air missile system. Anda boleh lihat dgn jelas 60 jenis pelbagai peralatan2 yg ada (Gambar 3).
5. Gambar kwsn sama tapi diambil pada 16 julai, anda boleh lihat sistem launching tidak ada di situ (Gambar 4).
6. Pihak Russia tertanya kenapa Ukraine memiliki BUK-M1?
7. Pihak Russia menegaskan bhw pihak pro-Russian separatist (PRS) tidak memiliki sebarang anti aircraft missile termasuk BUK-M1.

Gambar 5 dan 6:
1. Terletak 5 km dari timur Donetsk.
2. Anda boleh lihat sistem anti aircraft missile.
3. Pihak Russia tertanya kenapa terdapat anti aircraft missile yang terlalu berdekatan dengan kwsn tragedi MH17.
4. Pada 18 Julai kawasan sama, sistem anti aircraft missile hilang dari peta (Gambar 6).

Gambar 7:
1. Radar Ukraine pada 17 Julai beroperasi tahap maksima iaitu 9 buah.
2. Pada 15 Julai, 7 radar beroperasi, 16 Julai pula 8 radar beroperasi dan pada 17 Julai iaitu hari tragedi, sebanyak 9 buah radar beroperasi.
3. Tiba2 pada 18 Julai, radar beroperasi turun hingga 4 buah hingga minima 2 buah radar dan pihak Russia mahu jawapan kenapa ini berlaku.

Gambar 8:
1. Gambar pada 17 Julai.
2. Ada 4 buah kapal iaitu 3 buah kapal komersil dan 1 buah (jumlah tidak diketahui) jet fighter Ukraine.
3. Empat buah kapal komersil adalah MH17, sebuah kapal terbang (Copenhagen-Singapore) dan sebuah lagi Paris ke Taipei.
4. Jet fighter Ukraine tiba2 naik ke ketinggian 10km (33,000 kaki) bersamaan dgn MH17 dan masuk ke laluan yg sama. Jarak jet fighter dgn MH17 adalah 3-4km.
5. Kemungkinan, selain BUK-M1, pihak Russia berkata mungkin misil udara ke udara dari jet fighter Ukraine terlibat. Keupayaan misil tersebut boleh menjangkau 12km dgn jarak jaminan misil sampai pada target iaitu 5km.
6. Russia pertikai kenapa jet fighter Ukraine terbang sama laluan dgn MH17.

Gambar 9:
1. Presentation dari Ketua Panglima Tentera Udara Russia (pangkat depa den tak tau, sori)
2. Gambar menunjukkan dari radar tentera udara Russia.
3. Lebih kurang jarak 51 km dari sempadan Russia, MH17 dikatakan mula mengurangkan kelajuan.
4. Pada kawasan terhempasnya MH17, pihak pegawai air traffic Russia dpt mengesan sebuah lagi kapal terbang tapi sukar dikesan oleh radar tentera kerana kapal tersebut ketiadaan alat pengesan secondary.
5. Kapal terbang tersebut juga dikesan masih berlegar-legar di udara sebaik kejadian berlaku.

Gambar 10:
1. Pihak Russia mengatakan kononnya pihak US mempunyai gambar bukti Russia atau PRS yg melancarkan missile dari BUK tapi sehingga sekarang tidak ada pihak pernah melihat gambar bukti tersebut.
2. Ukraine berkata tidak ada sebarang jet fighter mereka di kawasan kejadian telah disangkal oleh pihak Russia.
3. Pihak Russia menyangkal video youtube yang menunjukkan kononnya kenderaan BUK-M1 melalui sebuah kawasan di Ukraine memasuki sempadan Russia.
4. Terdapat sebuah papan iklan kenderaan dalam video dan tarikh pengiklanan iklan tersebut adalah 15 Mei 2014 dan pada tarikh ini, pihak Ukraine masih menguasai kawasan ini.
5. Jadi sekarang ni, pihak Russia pula yg bertanya pada Ukraine iaitu apakah jenis pelancar tersebut, ke mana ia dihantar dan dari mana asalnya, kenapa ia diisi dengan misil dan bila kali terakhir ia diisi dengan misil?
6. Pihak Russia bertegas tidak pernah beri sebarang anti anticraft missile kpd pihak PRS.

Russia akan menghantar kesemua laporan pada kesatuan Eropah dan Malaysia.

Akhir kata: Terasa seperti di ambang WW3.

p/s: Maaf, ulasan artikel ni remain dalam FB dulu. Kalo nak share, share dlm FB je.

Sekian ulasan video dari,

Cz Fab
-Kelindan Lori cum Office Boy-
Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here