Sample Video Widget

Download google chrome

New Post

Rss

Showing posts with label Ustaz Wan Asrul. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Wan Asrul. Show all posts
Cara betul memakan Madu adalah dengan mengunyah?

Cara betul memakan Madu adalah dengan mengunyah?

Sambungan pada tips pemakanan sunnah dengan kaedah yang baik dan betul.

Antara point-point utama ialah :-
- Makan makanan sunnah dari sumber yang bersih, halal dan dengan cara makan serta pada waktu yang betul.
- Minum air putih selepas bangun tidur, cuci patogen.
- Makan Madu, Herbatussauda, minyak Zaitun dan kurma 1/2 jam sebelum sarapan pagi.
- Makan madu, herbatussauda, minyak zaitun yang asli(raw) dengan cara letak atas tangan dan masuk dalam mulut kemudian kunyah bagi bercampur air liur, bagi rasa perisa dan aroma, biar muka kerut-kerut, sebelum telan.
- Minum campuran segelas air putih dan cuka epal sebelum tidur, dapat nyahtoksid dalam badan.

Penjagaan sistem pemakanan:-
1. Pastikan apa yang kita makan sebelum sarapan.
2. Apa yang kita makan waktu sarapan.
Sunnah sebelum sarapan makan herbatussauda, minyak zaitun, 
Herbatussauda makan secara kunyah. Kene lalu nasal cavity. 
Rasulullah saw kunyah bukan telan 7 biji herbatussauda supaya lalu nasal cavity, dapat rasa pedas.
Kalau makan capsul herbatussauda tak lalu nasal cavity dan organ akan bekerja lebih keras untuk cerna capsul.
Bagi ia lalu dan rasa didalam mulut(lidah), lalu ditekak, rasa dihidung, baru otak dan organ terangsang dan bekerjasama dengan makanan tadi bagi mendapatkan khasiat yang sepatutnya, antaranya menjadi ubat penyembuhan kepada penyakit.
Inilah rahsia herbatussauda yang salah satu fungsinya mencerdaskan akal, meningkatkan ingatan.

Minyak zaitun kawal kolestrol, rangsang motabolisma,  memecahkan lemak yang tak diperlukan halang sumbatan pada sistem jantung.

Madu lebah yang ada sengat, paling dekat dengan sunnah dan punya khasiat lebih tinggi dari stingless bee(kelulut).

Minyak zaitun 5ml, Herbatussauda 3ml, Madu 5ml. 5ml (satu sudu besar), Kurma sebiji, 3 biji, 5 biji atau 7biji, makan setengah jam sebelum sarapan.

Cuka buah 15ml campur dengan 150ml air putih minum setengah jam sebelum tidur.


Tonton video dibawah bagi mengetahui isi-isi penting dalam tips pemakanan sunnah dengan cara yang baik dan betul :


Cara betul makan madu adalah dengan mengunyah?

Sambungan kepada tips pemakanan Sunnah.Antara point-point utama ialah :-- Makan makanan sunnah dari sumber yang bersih, halal dan dengan cara makan serta pada waktu yang betul.- Minum air putih selepas bangun tidur, cuci patogen.- Makan Madu, Herbatussauda, minyak Zaitun dan kurma 1/2 jam sebelum sarapan pagi.- Makan madu, herbatussauda, minyak zaitun yang asli(raw) dengan cara letak atas tangan dan masuk dalam mulut kemudian kunyah bagi bercampur air liur, bagi rasa perisa dan aroma, biar muka kerut-kerut, sebelum telan.- Minum campuran segelas air putih dan cuka epal sebelum tidur, dapat nyahtoksid dalam badan.Artikel penuh di http://www.GuaTv.com <3Kredit Utz Wan Asrul dan Uploader Channel Ibdutmvideo (IBD UTM).

Posted by Pencetus Ummah on Monday, August 3, 2015


Kredit Utz Wan Asrul dan Uploader Channel Ibdutmvideo (IBD UTM).
Hikmah sunnah menjilat makanan pada jari dan hirup air bekas makanan

Hikmah sunnah menjilat makanan pada jari dan hirup air bekas makanan

Hikmah menjilat makanan pada jari serta menghirup pada bekas makanan merupakan satu sunnah yang sememangnya sudah dipandang sinis dan "geli" oleh kebanyakan orang hatta orang Islam pada zaman moden hari ini.

Sememangnya jika dikawasan komuniti tempat kita tinggal itu tidak dibiasakan, ianya akan nampak dangkal malah boleh menimbulkan fitnah dalam sesetengah kes. Namun bagi mereka yang hatinya kering, berserah jiwa raga kepada Islam ia seharusnya tidak menjadi penghalang malah jika mereka ini faham hikmah disebalik sunnah ini ia sepatutnya mudah untuk didakwah dan diraikan oleh masyarakat.


Hikmah sunnah jilat jari dan hirup air bekas makanan
Hikmah menjilat memakan makanan dengan tangan(jari) dan menjilat makanan pada jari serta menghirup pada bekas makanan
Posted by Maharaja Lawak Mega on Wednesday, July 15, 2015

Kajian dari segi saintifik telah membuktikan sunnah makan menggunakan tapak tangan/jari, menjilat makanan dijari, dan menghirup air dalam bekas makanan mempunyai impak yang sangat baik kesihatan tubuh badan manusia.

Enzime yang ada pada jari dan tapak tangan kita akan bertindak balas dengan makanan dapat membantu mencerna dan menghasilkan zat-zat yang penting yang diperlukan oleh tubuh badan.

Air pada bekas makanan yang dihirup pula lebih banyak khasiat kerana pada bekas makanan kita itulah banyaknya enzime dari jari dan tapak tangan kita terkumpul.

Selain daripada kaedah pemakanan menggunakan tangan, pemilihan makanan yang baik dari sumber yang baik dan halal, satu perkara yang ramai mungkin masih kurang prihatin ialah dari segi waktu pengambilan makanan.

Selain dari kita kenal makanan sunnah kita juga perlu kenal kaedah pengambilan makanan sunnah. Kurma, Madu, Herbatussauda, dan Minyak Zaitun adalah antara bahan makanan yang memberikan tenaga tambahan dan mengaktifkan organ tubuh badan maka ianya lebih bermanfaat bila diambil ketika perut kosong.

Selain dari waktu pemakanan kaedah pemakanan yang betul seperti makan menggunakan tangan, atau letak ditangan kemudian dijilat (cara memakan madu) dan kemudian dikunyah(cara makan madu, herbatusauda, minyak zaitun) semuanya punya punya hikmah yang antaranya rasa bahan-bahan tadi dapat merangsang saraf diotak melalui deria rasa lidah dan bau aroma hidung/sinus dan rembisan air liur yang terhasil dan bercampur dengan makanan tadi akan menjadi "ubat" dan penawar tubuh badan kita. Bahan yang asalnya pepejal harus dikunyah walaupun ianya telah ditukar bentuk kepada pati cecair(coldpressed ect.).

Banyak lagi input yang boleh diperolehi dari video penuh dibawah :-


Kredit Utz Wan Asrul dan Uploader Channel Ibdutmvideo (IBD UTM).
Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here