Sample Video Widget

Download google chrome

Hakikat Kehidupan Fresh Grad di Ibu Kota



Surat Siti Hajar Aladin Kepada Najib Razak (Perdana Menteri). Gaji Bersih RM2032 di KL? Simpanan RM213.40.

Boleh Beli Rumah Apa?


Admin pun perasan dah fasal surat Siti Hajar yang dah tersebar sejak beberapa hari lepas ni. Perasan juga bermacam komen dan reaksi balas dari orang awam.

Admin sendiri pun pernah duduk KL lebih 15 tahun lalu, mula dari jadi pelajar sek men, masuk U, bekerja sampailah berkahwin dan dapat anak kat situ. Admin paham benar kehidupan orang kota ni lagi-lagi yang fresh grad. Titik tolaknya ianya masih berbalik kepada pilihan masing-masing.

Cuma masalahnya mereka yang masih fresh grad ni ramai daripadanya baru nak belajar erti kehidupan. Tak dinafikan terdapatnya diantara mereka tu yang lebih matang punya kemahiran dan pengalaman dapat menyusuri kehidupan lepas grad dengan baik namun secara umumnya majoriti lepasan grad adalah senasib dengan cik Siti Hajar kita ni. Cik Siti Hajar ni kira masih bernasib baik sebab keluar sebagai lulusan Ijazah, bagaimana pula dengan mereka yang berkelulusan Diploma dan Sijil yang rata-rata bergaji basik dibawah RM1500? Sudah tentu hendak memiliki kereta 2nd hand pun mereka perlu pikir 3 ke 4 kali. Apatah lagi nak beli rumah.

Kiranya mereka yang lepasan Diploma dan Sijil ni pun sudah bertaraf rakyat miskin bila duduk dibandar. Mereka ini biasanya akan berhadapan dengan dua pilihan utama, pertamanya sambung belajar dengan berharap keluar nanti dapat kerja dengan gaji seperti Cik Siti Hajar kita yang mana hakikatnya cukup-cukup makan di KL. Atau teruskan bekerja disamping cuba buat part-time bagi menambahkan sedikit pendapatan. Bagi yang perempuan tu masih ada pilihan ketiga iaitu jika ada rezeki boleh kahwin awal dengan pegawai atau bisnesman atau kerabat ke..nanti suami boleh la settlekan ptptn dan boleh jadi SRT je.

Di KL tu sebenarnya kalau kita mahu berusaha dan pandai cari peluang memang boleh jadi lubuk duit. Tapi admin tak fikir majoriti fresh grad boleh nampak atau masuk lubang lubuk-lubuk ni dengan mudah. Kene juga mula dari bawah ikut orang yang lebih berpengalaman. Malah kalau nak ikutkan tak perlu pun Sijil, diploma, ijazah bagai, lepasan SPM pun boleh dapat peluang sama jika mahu berusaha dari bawah.

Apa pun jangan disebabkan kita nak cari duit dan bekerja bagi mendapatkan sekelumit keselesaan dan kesenangan hidup ini kita abaikan tanggungjawab kita sesama manusia(lebih-lebih lagi dengan keluarga) dan juga tanggungjawab kita kepada yang Maha Esa.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here