Sample Video Widget

Download google chrome

New Post

Rss

Showing posts with label Photos. Show all posts
Showing posts with label Photos. Show all posts
James Asquith Lelaki Termuda Jelajah Semua 196 Negara Didunia

James Asquith Lelaki Termuda Jelajah Semua 196 Negara Didunia



James Asquith adalah lelaki termuda pertama menjelajah setiap negara didunia. Berusia 24 tahun, lelaki yang berasal dari British ini memulakan penjelajahannya keluar negara sejak berumur 16 tahun apabila beliau memulakan kerja part-time-nya yang memerlukan beliau untuk bergerak menjelajah keluar negeri
Beliau telah menghabiskan 125 ribu Paun British atau lebih kurang RM200 ribu ringgit dalam misi jelajah 196 buah negara seluruh dunia, termasuklah negara-negara bergolak seperti Libya, Mesir dan Afganistan.

Kisah menarik anak muda ini mendapat perhatian akhbar terkemuka DailyMail UK yang kemudian telah membuat artikel mengenainya kelmarin disini : http://goo.gl/Lbrvj7.

Kisah ini mampu memberikan inspirasi dan motivasi terutamanya kepada golongan muda.  James Asquith telah membuktikan tiada yang mustahil merealisasikan satu cita-cita atau misi yang belum pernah dicapai oleh orang lain asalkan kita mempunyai tekad dan keazaman yang kental disusuli dengan usaha yang berterusan.
10 Individu Muslim Terkaya Didunia

10 Individu Muslim Terkaya Didunia



10. Mohammed Hussein Ali Al Amoudi

Country of Citizenship: Saudi Arabia/Ethiopia

Ethnicity: Black

Net Worth: $13.5 billion

Industry: Oil, construction, mining, agriculture, hotels, hospitals, finance

Source: Corral Petroleum Holdings, MIDROC

Significance: Ethiopia’s richest man, monopolistic control of nation’s most profitable businesses



9. Sabah IV Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah

Country of Citizenship: Kuwait

Ethnicity: Arab

Official Capacity: Emir of Kuwait

Duration in Power: 7 years

Low Estimate: $0.4 billion

High Estimate: $14 billion

Industry: Politics, resource extraction

Source: Kuwait natural resources

Significance: Political control over the world’s no.4 oil exporter



8. Hamad bin Khalifa Al Thani of Qatar

Country of Citizenship: Qatar

Ethnicity: Arab

Net Worth: $11.1 billion

Industry: Oil, gas & properties

Source:  Oil and Gas reserves, global properties, global investments andinternational family interests.

Significance: Amir of the state of Qatar.





7. Aliko Dangote

Country of Citizenship: Nigeria

Ethnicity: Black

Net Worth: $16.1 billion

Industry: Sugar, cement, flour, salt, steel, oil & gas

Source: Dangote Group

Significance: Africa’s richest man, monopolistic control of essential materials in Nigeria, the continent’s most populous nation.




6. Abdul Taib bin Mahmud

Country of Citizenship: Malaysia

Ethnicity: Melanau

Official Capacity: Chief Minister of Sarawak

Duration in Power: 32 years

Low Estimate: $15 billion

High Estimate: $21 billion

Industry: Politics, resource extraction

Source: Sarawak natural resources

Significance: Long-term head of Malaysia’s biggest and most resourceful state.




5. Prince Alwaleed Bin Talal Al-Saud

Country of Citizenship: Saudi Arabia

Ethnicity: Arab

Official Capacity: Prince of Saudi Arabia

Low Estimate: $20 billion

Self-declared Net Worth: $29 billion

Industry: Politics, investments

Source: Kingdom Holdings

Significance: Nephew of Saudi King Abdullah, Middle East’s most successful investor.




4. Sultan Hassanal Bolkiah

Country of Citizenship: Brunei

Ethnicity: Malay

Official Capacity: Sultan of Brunei

Duration in Power: 46 years

Low Estimate: $20 billion

High Estimate: $38 billion

Industry: Politics, resource extraction

Source: Brunei natural resources

Significance: Political control over Southeast Asia’s no.3 oil producer.




3. Mohammed bin Rashid Al Maktoum

Country of Citizenship: United Arab Emirates

Ethnicity: Arab

Official Capacity: Prime Minister of UAE, Emir of Dubai

Duration in Power: 7 years

Low Estimate: $5 billion

High Estimate: $40 billion

Industry: Politics, resource extraction, investments

Source: Dubai natural resources and commercial assets

Significance: Political control over Middle East most expensive city.




2. Khalifa bin Zayed bin Sultan Al Nahyan

Country of Citizenship: United Arab Emirates

Ethnicity: Arab

Official Capacity: President of UAE, Emir of Abu Dhabi

Duration in Power: 8 years

Low Estimate: $15 billion

High Estimate: $47 billion

Industry: Politics, resource extraction

Source: Abu Dhabi natural resources

Significance: Political control over the world’s no.3 oil exporter.



1. King Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud

Country of Citizenship: Saudi Arabia

Ethnicity: Arab

Official Capacity: King of Saudi Arabia

Duration in Power: 8 years

Low Estimate: $18 billion

High Estimate: $63 billion

Industry: Politics, resource extraction

Source: Saudi natural resources

Significance: Political control over the world’s no.1 oil exporter

Hakikat Kehidupan Fresh Grad di Ibu Kota

Hakikat Kehidupan Fresh Grad di Ibu Kota



Surat Siti Hajar Aladin Kepada Najib Razak (Perdana Menteri). Gaji Bersih RM2032 di KL? Simpanan RM213.40.

Boleh Beli Rumah Apa?


Admin pun perasan dah fasal surat Siti Hajar yang dah tersebar sejak beberapa hari lepas ni. Perasan juga bermacam komen dan reaksi balas dari orang awam.

Admin sendiri pun pernah duduk KL lebih 15 tahun lalu, mula dari jadi pelajar sek men, masuk U, bekerja sampailah berkahwin dan dapat anak kat situ. Admin paham benar kehidupan orang kota ni lagi-lagi yang fresh grad. Titik tolaknya ianya masih berbalik kepada pilihan masing-masing.

Cuma masalahnya mereka yang masih fresh grad ni ramai daripadanya baru nak belajar erti kehidupan. Tak dinafikan terdapatnya diantara mereka tu yang lebih matang punya kemahiran dan pengalaman dapat menyusuri kehidupan lepas grad dengan baik namun secara umumnya majoriti lepasan grad adalah senasib dengan cik Siti Hajar kita ni. Cik Siti Hajar ni kira masih bernasib baik sebab keluar sebagai lulusan Ijazah, bagaimana pula dengan mereka yang berkelulusan Diploma dan Sijil yang rata-rata bergaji basik dibawah RM1500? Sudah tentu hendak memiliki kereta 2nd hand pun mereka perlu pikir 3 ke 4 kali. Apatah lagi nak beli rumah.

Kiranya mereka yang lepasan Diploma dan Sijil ni pun sudah bertaraf rakyat miskin bila duduk dibandar. Mereka ini biasanya akan berhadapan dengan dua pilihan utama, pertamanya sambung belajar dengan berharap keluar nanti dapat kerja dengan gaji seperti Cik Siti Hajar kita yang mana hakikatnya cukup-cukup makan di KL. Atau teruskan bekerja disamping cuba buat part-time bagi menambahkan sedikit pendapatan. Bagi yang perempuan tu masih ada pilihan ketiga iaitu jika ada rezeki boleh kahwin awal dengan pegawai atau bisnesman atau kerabat ke..nanti suami boleh la settlekan ptptn dan boleh jadi SRT je.

Di KL tu sebenarnya kalau kita mahu berusaha dan pandai cari peluang memang boleh jadi lubuk duit. Tapi admin tak fikir majoriti fresh grad boleh nampak atau masuk lubang lubuk-lubuk ni dengan mudah. Kene juga mula dari bawah ikut orang yang lebih berpengalaman. Malah kalau nak ikutkan tak perlu pun Sijil, diploma, ijazah bagai, lepasan SPM pun boleh dapat peluang sama jika mahu berusaha dari bawah.

Apa pun jangan disebabkan kita nak cari duit dan bekerja bagi mendapatkan sekelumit keselesaan dan kesenangan hidup ini kita abaikan tanggungjawab kita sesama manusia(lebih-lebih lagi dengan keluarga) dan juga tanggungjawab kita kepada yang Maha Esa.
Jenis-jenis ciuman suami kepada isteri mengikut kajian pakar psykologi

Jenis-jenis ciuman suami kepada isteri mengikut kajian pakar psykologi



Berikut adalah intepretasi jenis-jenis ciuman suami kepada isteri mengikut tafsiran pakar psykologi :

Suka cium dahi isteri…… ..suami yg romantis.
Suka cium pipi isteri…… ..suami yg penyayang.
Suka cium mulut isteri….....suami yg gelojoh.
Suka cium tengkuk isteri.....suami yg mata keranjang.
Suka cium telinga isteri.......suami yg sensitif.
Suka cium leher isteri..........suami yg penyabar.
Suka cium buah dada isteri......... suami yg suka bermanja.
Suka cium tangan isteri……suami yg hipokrit.
Suka cium ketiak isteri…… .suami yg menerima isterinya seadanya.
Suka cium (tett..<– censored) isteri…… suami yg pemalu.
Suka cium punggung isteri…… suami yg suka bergurau.
Suka cium kaki isteri…… .suami yg terlalu menghormat isteri.
Suami suka cium isteri orang....... suami yg nak mampus, nak kena terajang?!
Hospital peka sedia doktor wanita untuk Isteri Muslimah

Hospital peka sedia doktor wanita untuk Isteri Muslimah



Buat bakal bapa tu boleh print benda ni dan bagi pada misi/doc tempat isteri korang nak bersalin nanti. Senyum tak perlu kata apa-apa~

p/s : Teringat admin akan kata-kata sorang calon adun Bunut Payong di daerah Lundang, Kota Bharu pada PRU13 lalu yang dulunya beliau pernah berhasrat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perbidanan tetapi membatalkan hasrat beliau bagi memberikan laluan kepada kaum yang lebih layak iaitu wanita setelah mengetahui akan hukumnya dari segi syariat Islam. Satu tindakan yang baik lagi benar.
Hisab Harta

Hisab Harta



Alkisah seorang ahli perniagaan telah menulis satu surat wasiat : "Barang siapa yang dapat menjagaku di dalam kubur setelah aku mati nanti akan kuwarisi separuh dari harta peninggalanku". Lalu ditanyakanlah hal itu pada anak-anaknya apakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti. Namun anak-anaknya menjawab, "Mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah karena pada masa itu ayahpun sudah menjadi mayat". Selang keesokan harinya permintaan yang sama diajukan kepada semua adik-beradiknya, namun jawapan mereka juga mengecewakan ahli perniagaan tersebut.
Akhirnya ahli perniagaan tersebut bertekad dengan memanggil pengurus peribadinya bagi membuka tawaran tersebut keseluruh negeri.

Akhirnya sampai jugalah pada hari di mana ahli perniagaan tersebut kembali ke Rahmatullah. Kuburnya telah dihias dengan megah laksana sebuah bilik istirehat mewah lengkap dengan semua kemudahan asas. Di saat-saat akhir persiapan pengkebumian tersebut seorang tukang kayu yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu diberitahu kepada isterinya apakah dia perlu mengambil peluang ini untuk menjadi kaya. Isterinya berkata, “Wahai suamiku, apalah sukarnya menjaga mayat tersebut selama 40 hari jika dibandingkan dengan sukarnya kerjamu ketika menebang kayu di dalam hutan dan bertemu harimau dan hantu penunggu hutan. Mendengar kata-kata isterinya itu tukang kayu tersebut segera datang ke rumah ahli perniagaan tersebut untuk memberitahu kepada ahli waris ahli perniagaan tersebut akan kesanggupannya. Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah ahli perniagaan dan Si tukang kayu itu pun ikut turun ke dalam liang lahat bersama kapaknya.

Setelah tujuh langkah para pengantar jenazah meninggalkan kawasan pemakaman tersebut, maka datanglah Malaikat Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut. Si Tukang kayu menyadari siapa yang datang maka Ia segera agak menjauhkan diri dari mayat ahli perniagaan tersebut. Terdetik di fikirannya bahwa sudah tiba saatnya Sang Ahli Perniagaan tersebut akan disoal oleh Mungkar dan Nakir. Tetapi yang terjadi sebaliknya, Mungkar dan Nakir malah menuju ke arahnya dan bertanya "Apa yang kau buat di sini" ?. Aku menemani mayat ini selama 40 hari untuk mendapatkan setengah harta wasiatnya" jawab si Tukang kayu. "Apa harta yang ada pada kau sekarang"? Lanjut Mungkar-Nakir. "Aku cuma memiliki sebatang kapak ini saja untuk mencari rezeki" Balas si tukang kayu. Kemudian Mugkar-Nakir bertanya lagi "Dari mana kau dapat kapak ini" ?. "Aku membelinya" balas si tukang kayu. Lalu pergilah Mungkar dan Nakir dihari pertama dari dalam kubur tersebut.

Hari kedua Mereka datang lagi dan bertanya "apa yang kau buat dengan kapak ini"?. "Aku menebang pohon untuk dijadikan kayu bakar untuk dijual" balas tukang kayu. Di hari ketiga di tanya lagi "Pohon siapa yang kau tebang dengan kapak ini?. "pohon itu adanya di hutan belantara maka tidak ada yang punya" timpalnya. "Apakah kau yakin" balas malaikat. Kemudian Mereka menghilang dan datang lagi dihari ke empat. Kemudian Mereka bertanya lagi "Adakah kau potong pohon tersebut dengan kapak ini dengan ukurannya dan beratnya yang sama untuk dijual?. "Aku potong agak-agak saja, mana mungkin ukurannya boleh sama rata" tegas tukang kayu. Begitu terus yg dilakukan malaikat Mungkar Nakir datang dan pergi sampai tak terasa sekarang 39 hari sudah dan yang ditanyakan masih berkisar kepada kapak tersebut.

Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir sekali lagi bertemu dengan Tukang kayu tersebut. Berkata Mungkar dan Nakir "hari ini aku akan kembali bertanya soal kapak ini". Belum sempat Mungkar dan Nakir bertanya, si tukang kayu tersebut dengan segera melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut. Ternyata di luar sudah banyak orang yang menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur tersebut. Namun si Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah semua bagian harta wasiat tersebut oleh kalian karana aku sudah tidak menginginkannya lagi.

Sampai di rumahnya si isteri pun berkata wahai suami ku, di manakah setengah harta peninggalan ahli perniagaan tersebut. Maka si tukang kayu menjawab "Aku tidak menginginkannya lagi, di dunia ini harta yg kumiliki padahal cuma semata kapak ini, tapi malaikat Mungkar dan Nakir sampai 40 hari mereka bertanyakan dan persoalkan mengenai mengenai kapak ini. Bagaimana jadinya kalau hartaku begitu banyak, entah berapa lamanya dan bagaimana aku bakal menjawabnya"

-----------

Dari Ibnu Mas’ud ra dari Nabi Muhammad SAW bahwa beliau bersabda, "Tidak akan bergerak tapak kaki anak Adam pada hari kiamat, hingga ia ditanya tentang 5 perkara yaitu umurnya untuk apa dihabiskannya, masa mudanya, kemana dipergunakannya, hartanya darimana ia memperolehnya & kemana dibelanjakannya & ilmunya sejauh mana diamalkan?" (HR. Turmidzi)

p/s : Semoga kita istiqomah dalam pencarian harta didunia kerana didunia ini apa yang sepatutnya kita cari dan amalkan adalah perkara yang diredhoiNYA semata. Wallahualam.

*article translated to Bahasa by www.Guatv.com
FENOMENA TV DI AKHIR ZAMAN

FENOMENA TV DI AKHIR ZAMAN



Hampir setiap rumah ada TV.

Dianggap keperluan hidup terkini, seolah-olah manusia tak boleh hidup tanpa TV.

Sebenarnya ia lebih banyak keburukan daripada kebaikan....

Antara keburukannya:

1. Hampir 90 % rancangan TV adalah maksiat.

Pendedahan aurat wanita, rancangan muzik, hiburan, lawak cukup untuk melalaikan manusia.

Adegan berpelukan dan bercium antara lelaki perempuan kerap ditonjolkan sehingga sudah menjadi sesuatu yang lumrah dan diterima masyarakat sedangkan ia adalah MAKSIAT ZINA yang terkutuk!

2. TV akan memendekkan umur anda.

Anda leka menonton, setiap hari berapa jam yang kita bazirkan untuk menghadapnya, sedangkan kita sangat berkira-kira dengan imam yang membaca surah panjang ketika solat Maghrib dan Isyak.

Tiba ajal, kita tidak sempat bersedia untuk menemui Tuhan Yg Maha Esa.

Lainlah kalau rancangan yang ditonton itu "Tanyalah Ustaz" dan yang seangkatan dengannya.

3. TV adalah Dajjal.

Suaranya sampai diseluruh pelusuk bumi.

Dia bercakap dengan sesiapa yang menontonnya.

Macam-macam (tipu daya) ada.

Bukankah filem itu suatu cerita rekaan semata-mata dalam bahasa mudah ia adalah tipu daya.

Pelakon menipu penonton dengan melakonkan watak orang alim dan lain-lain lagi.

Betapa kita semua telah tertipu!

4. TV adalah agen sihir Dajjal yang sangat halus.

Walaupun dia menipu dengan filem, berita, drama, iklan dll, manusia tetap percaya dengan kata-katanya.

Kalau dibongkarkan bahawa tv adalah agen sihir dajjal, nescaya ramai yang tidak percaya kerana telah termakan sihir dajjal.

Kecuali orang yang istiqomah dengan Al-Quran dan masjid.

5. TV menyebabkan ramai manusia meninggalkan masjid.

Ramai yang tak kisah dengan masjid, tidak datang solat jemaah 5 waktu disebabkan sibuk menonton TV.

Tambahan pula drama bersiri yang bermula jam 7.00 malam hingga 8.00 malam.

Disebabkan terlalu ghairah mengikuti jalan cerita drama bersiri sehingga tidak mahu ketinggalan walau pun satu episod, maka lupuslah solat jemaah Maghrib di masjid.

Begitu sekali pengaruh TV!

6. TV sebenarnya alat mind control ala YURI (game red alert).

Sesiapa yang lihatnya pasti akan berpaling dari ulama.

Kalau tak banyak, sikit pun kira berjaya lah dajjal yahudi yang control media TV.

Setengah ibubapa akan potong wayar TV bila anak-anaknya malas ulangkaji pelajaran.

Akhir kata, hidup kita akan rasa lebih panjang, masa akan terasa banyak tanpa TV.

Hari yang panjang adalah hari tanpa tv.

Semoga kita tidak mensia-sia dan menghabiskan umur di depan kaca tv kerana setiap saat dari umur kita adalah ibarat permata berharga yang mana sepatutnya kita gunakan demi mencari keredhaan Allah dan kebahagiaan hidup kita di akhirat kelak.

Wallahu A'lam.

Sumber FB Ustaz Nasir.

---------

p/s : Agak-agak lepas ni ada tak yang nak tulis atikel dengan tajuk "Fenomena internet di akhir zaman"? Tapi internet ni rasanya baik sikit la dari Tv kan? sebab di internet ni kita ada 2-way communication, kalau tv tu satu hala je. ke guane?
Awas Alat Godam WiFi dijual berleluasa

Awas Alat Godam WiFi dijual berleluasa



Peranti yang berharga serendah RM47 boleh menceroboh talian jalur lebar dan WiFi rumah serta pejabat anda dari sejauh 1 kilometer (km). Lebih buruk lagi, mereka juga membolehkan penggodam (hacker) untuk mencuri data peribadi anda, termasuk kata laluan untuk transaksi dalam talian.

The Star mendapati bahawa "penggodam WiFi", juga dikenali sebagai "adapter WiFi", telah dijual secara terbuka di kedai-kedai menjual gajet, pasar raya dan pusat membeli-belah digital serta dalam talian.

Seorang pakar teknologi maklumat, yang hanya mahu dikenali sebagai Thomas, berkata bahawa peranti itu boleh menggodam sambungan WiFi sejauh 1km dari sumber.

"Apabila peranti dipasang ke dalam komputer riba peribadi atau komputer, antena akan mengesan isyarat WiFi. Ia kemudian akan memanfaatkan rangkaian berdekatan dengan menggodam kata laluan mereka," katanya.

Sumber : TheStar.

p/s : Admin pun dah tau alat ni sejak 2010 lagi yang masa tu dah mula giat dijual di forum-forum tempatan dan jual laman jualan maya lain.

Alat ni ada pro dan kontra, ianya berbalik kepada sikap individu. Dengan adanya akta terbaru dari SKMM, mangsa boleh membuat aduan jika di hack dan suspek boleh didenda sehingga RM500 ribu ringgit jika disabitkan bersalah menggodam mangsa.
Kisah Sebuah Keluarga di Kuala Lumpur dan Nick Vujicic

Kisah Sebuah Keluarga di Kuala Lumpur dan Nick Vujicic




Apabila mereka tahu saya datang ke Kuala Lumpur bagi mengadakan seminar mereka sanggup memandu selama 7 jam untuk berjumpa dengan saya.

Selepas menunggu lebih dari 4 jam pada sesi seminar tersebut mereka dapat mengesan saya keluar dan menaiki van. Bukan mudah bagi mengesan dimana saya berada sebab pada ketika itu keadaan disana agak sesak dan konvoi kami punya tiga buah van yang membawa kumpulan kami dan peralatan berkaitan.

Mereka mengekori kami dengan harapan dapat bertegur apabila van kami berhenti rehat. Sampai masa kami berhenti di pam minyak mereka terus keluar daripada kereta dan datang kepada kami.

Joshua, hos yang bersama kami berkata kepada saya "Wow, kamu takkan percaya apa yang saya lihat. Ada keluarga dengan anak perempuannya yang kudung tangan dan kaki, dan mereka mahu berjumpa dengan awak".

Kami semua terus teruja dan mengenali peristiwa tersebut sememangnya sudah ditakdirkan.

Ibu anak perempuan itu menangis, wajah bapanya kelihatan puas dan gembira. Hati saya begitu tersentuh melihat mereka.

Selepas pertemuan yang ringkas itu, kami sama-sama berpelukan, dan saya telah menjemput mereka untuk datang ke tempat kami menginap agar kami dapat mengenali lebih dekat antara satu sama lain.

Disana saya baru tahu nama timangan adik yang bertuah itu dipanggil Nik, ayahnya seorang doktor dan ibunya seorang jururawat. Seperti keluarga saya mereka tidak menyangka Nik dilahirkan kudung sehinggalah dia dilahirkan.

Kami begitu asyik berbicara pada sesi pertemuan ringkas tersebut dan saya berharap kami akan dapat terus berhubung dan saya secara peribadi akan terus menyokong dan memberi mereka semangat.

Pertemuan sebegini yang mengingatkan dan menyakinkan saya bahawasanya kasih sayang itu tidak mengenal sempadan.

-----

Nukilan asal oleh Nick Vujicic (www.facebook.com/NickVujicicFans)
Terjemahan www.GuaTv.com
[Gambar] Pam Stesen Minyak Shell "digempur" gara-gara kenaikan hargaminyak RON95 20sen?

[Gambar] Pam Stesen Minyak Shell "digempur" gara-gara kenaikan hargaminyak RON95 20sen?



Kecoh bila berita kenaikan minyak RON95 tersebar sejak petang semalam. Berbaris panjang sebelum detik 12malam hari kenaikan itu dah jadi trend, tapi bukan itu yang menjadi perhatian.

Apa yang lebih menarik perhatian malam semalam ialah tersebarnya gambar sebuah pam minyak Shell yang "digempur", seperti ada kejadian amuk disitu.

[Update]
Lokasi kejadian dikatakan berlaku di Durian Tunggal, Melaka. [terima kasih Paul Hassan atas maklumat]

Khabarnya ada berlaku sedikit kemalangan (bukan sebab amuk), driver tersalah tekan pedal minyak bukan brek. Jika ada sesiapa ada lagi maklumat sahih berkaitan sila pos dibahagian komen dibawah.
Salasilah 25 Rasul yang Wajib diketahui

Salasilah 25 Rasul yang Wajib diketahui

Salasilah 25 Nabi dan Rasul yang Wajib diketahui.


Salasilah Rasulullah

1. Nabi Adam Alaihissalaam.
Asal keturunan semua manusia. Isterinya bernama Hawa yang dicipta daripada tulang rusuk baginda. Mulanya tinggal di Syurga, kemudian Allah swt turunkan mereka ke Dunia.

2. Nabi Idris Alaihissalaam.
Penduduk Babil Iraq, terima 30 suhuf untuk umatnya keturunan Qabil. Orang pertama pandai menulis, membaca, ilmu falak dan jahit menjahit.

3. Nabi Nuh Alaihissalaam.
Allah utus baginda ke negeri Arminia. Allah swt telah menurunkan bala dengan banjir besar kepada kaumnya yang ingkar. Baginda digelar’ Najiyullah.

4. Nabi Hud Alaihissalaam.
Berketurunan Sam bin Nuh. Diutuskan kepada kaum ‘Ad di utara Hadhra Maut, Yaman. Allah swt membinasakan kaumnya yang ingkar dengan angin kencang yang sangat sejuk 8 hari 7 malam.

5. Nabi Soleh Alaihissalaam.
Berketurunan Sam bin Nuh daripada generasi ke 6. Diutuskan kepada kaum Thamut, di antara Hijaz dan Syam. Allah memusnahkan kaumnya yang ingkar dengan pekikan suara yang kuat dari langit.

6. Nabi Ibrahim Alaihissalaam.
Juga berketurunan Sam bin Nuh. Dilahirkan di Musol, Iraq ketika pemerintahan raja Namrud. Di gelar dengan ‘Khalilullah’. Seorang yang bijak dan berfikir.

7. Nabi Luth Alaihissalaam
Anak saudara Nabi Ibrahim Alaihissalaam. Diutuskan kepada penduduk negeri Sadum (Laut Mati, Jordan). Allah swt menurunkan bala kepada penduduk yang derhaka dengan menurunkan hujan batu yang membinasakan mereka.

8. Nabi Ismail Alaihissalaam.
Putera nabi Ibrahim Alaihissalaam dengan Hajar. Baginda dan ibunya orang pertama yang mendiami Mekah. Baginda membantu bapanya membina ka’bah. Digelar sebagai ‘Zabhihullah’.

9. Nabi Ishak Alaihissalaam.
Putera Nabi Ibrahim Alaihissalaam dengan Sarah. Daripadanya lahir berketurunan Bani Israel. Dimakamkan di Hibrun, Palestin.

10. Nabi Ya’kub Alaihissalaam.
Putera Nabi Ishak Alaihissalaam. Juga dikenali dengan nama Israil (hamba Allah). Diutuskan kepada penduduk negeri Kan’an. Dikurniakan 12 orang anak lelaki, antaranya ialah Nabi Yusuf Alaihissalaam. Dimakamkan di Hibrun bersebelah bapanya.

11. Nabi Yusuf Alaihissalaam.
Putera Nabi Ya’kub Alaihissalaam yang paling disayangi. Seorang yang sabar, tabah, pemaaf, penyayang, dan sangat menghormati orang tuanya. Keistimewaannya ialah sangat kacak, pandai mentadbir mimpi dan bijaksana.

12. Nabi Ayub Alaihissalaam.
Keturunan nabi Ishak Alaihissalaam. Di kurniakan harta yang banyak dan anak yang ramai. Seorang yang bertaqwa dan suka membantu. Diuji dengan kemusnahan harta, kematian anak dan mengidap penyakit yang berat bertahun-tahun. Baginda sabar dan mempunyai iman yang teguh.

13. Nabi Zulkifli Alaihissalaam
Putera Nabi Ayub Alaihissalaam. Seorang nabi dan raja kepada penduduk di Dmsyik dan sekitarnya. Asal nama baginda ialah Bashar, dan maksud Zulkifli ialah bersanggupan kerana baginda banyak berpuasa di siang hari dan beribadat pada waktu malam.

14. Nabi Syuib Alaihissalaam
Berketurunan Nabi Luth Alaihissalaam. Diutuskan ke negeri Madyan, Jordan. Kaumnya mengamalkan sikap mengurangkan timbangan dan sukatan dalam jual beli. Allah binasakan mereka dengan gempa bumi dan petir yang sangat dasyat.

15. Nabi Musa Alaihissalaam
Keturunan Nabi Ya’kub Alaihissalaam. Putera Imran, saudara Nabi Harun. Dipelihara oleh Asiah isteri Firaun. Firaun menentang dakwah Nabi Musa akibatnya mati lemas tenggelam dalam Laut Merah.

16. Nabi Harun Alaihissalaam
Saudara Nabi Musa Alaihissalaam. Seorang yang fasih berbicara merupakan teman dakwah Nabi Musa.

17. Nabi Daud Alaihissalaam
Berketurunan Nabi Ishak. Baginda memiliki suara yang merdu, dan boleh melembutkan besi dengan tangan. Seorang yang kuat beribadat, raja yang adil dan bijaksana. Telah membina kota BaitulMaqdis bersama-sam puteranya Nabi Sulaiman

18. Nabi Sulaiman Alaihissalaam
Putera Nabi Daud. Seorang rasul dan raja yang bijaksana. Keistimewaan baginda ialah boleh memahami bahasa binatang, boleh memerintah angin dan jin. Berjaya mengislamkan ratu Balqis, kemudian berkahwin dengannya.

19. Nabi Ilyas Alaihissalaam
Keturunan Nabi Harun. Diutuskan kepada Bani Israel yang ketika itu menyembah berhala, Ba’l. Baginda berdakwah kepada mereka, tetapi gagal. Allah menurunkan bala dengan kemarau selama 3 tahun.

20. Nabi Ilyasa’ Alaihissalaam
Anak angkat Nabi Ilyas. Diutuskan kepada Bani Israel. Baginda berjaya didalam dakwahnya. Tetapi setelah baginda meninggal, Bani Israel kembali kufur. Allah menurunkan bala dengan melenyapkan segala kesenangan yang dinikmati.

21. Nabi Yunus Alaihissalaam
Diutuskan kepada kaum yang menyembah berhala di Ninawa, Iraq. Apabila mereka enggan menerima dakwahnya, baginda meninggalkan mereka dan menumpang sebuah kapal. Kapal tersebut mengalami masalah, dan baginda terpilih untuk dibuang ke dalam laut bagi mengatasi masalah kapal tersebut daripada karam. Baginda di telan ikan nun (paus).

22. Nabi Zakaria Alaihissalaam
Keturunan Nabi Sulaiman. Diutuskan kepada Bani Israel, Palestin. Baginda sentiasa berdoa supaya dikurniakan zuriat. Pada usianya 100 tahun dan isterinya mandul, baginda dikurniakan anak yang dinamakan Yahya (hidup). Baginda juga telah membesar Maryam, ibu Nabi Isa.

23. Nabi Yahya Alaihissalaam
Putera Nabi Zakaria. Dikurniakan kepada baginda ilmu yang luas sejak kecil. Seorang yang bertaqwa, berbudi bahasa, rajin, dan tidak sombong. Mati syahid dibunuh oleh raja yang kejam demi mempertahankan hukum Allah.

24. Nabi Isa Alaihissalaam
Putera Maryam bt. Imran. Jibril telah meniupkan ruh suci ke dalam rahim ibunya. Baginda boleh bercakap ketika masih bayi. Diutuskan kepada Bani Israel, dan diberikan kitab Injil. Bani Israel yang ingkar dengan dakwahnya cuba untuk membunuh baginda, namun Allah mengangkatnya ke langit dan akan turun ke bumi untuk menegakkan kebenaran.

25. Nabi Muhammad S.A.W.
Berketurunan Bani Ismail. Dilahirkan di kota Mekah. Di gelar ‘al-Amin’. Dilantik sebagai rasul ketika berusia 40 tahun. Merupakan nabi dan rasul yang terakhir. Baginda menerima ujian yang dasyat daripada kaum Musyrikin Mekah. Baginda wafat di kota Madinah.

Lima Nabi / Rasul yang mendapat gelaran Ulul Azmi disebabkan oleh tentangan dan ujian yang diterima lebih hebat berbanding nabi-nabi lain dalam menyampaikan agama Allah ialah:

1. Nuh Alaihissalaam
2. Ibrahim Alaihissalaam
3. Musa Alaihissalaam
4. Isa Alaihissalaam
5. Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam.
no image

Gangguan Bekalan Air Syabas di Lembah Kelang 30 Ogos 2013

gangguanair

Gangguan Bekalan Air Syabas di Selangor.

"Hentitugas sementara Loji Rawatan Air Sg Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang berikutan tumpahan minyak diesel di Hulu Sungai Selangor.
Kejadian tersebut memgakibatkan gangguan bekalan air ke 7 kawasan iaitu K.L, Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, , Kuala Langat, Hulu Selangor dan Kuala Selangor."

Proses pembersihan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya 12jam.
Senarai Rasmi Kongsi Gelap dan Pertubuhan Haram di Malaysia

Senarai Rasmi Kongsi Gelap dan Pertubuhan Haram di Malaysia



Kementerian Dalam Negeri hari ini mengisytiharkan 49 pertubuhan tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 dalam tindakan kerajaan memerangi jenayah dan keganasan dalam negara.

Senarai dikeluarkan hari ini atas arahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan membabitkan pertubuhan terkemuka seperti Geng 04, Geng 08 dan Geng 36, lapor The Star. – 29 Ogos, 2013.

Senarai penuh pertubuhan kongsi gelap haram adalah seperti berikut:
1) Geng 04
2) Geng 08
3) Double 7
4) Tiga Line
5) Geng 30
6) Geng 38
7) Geng 24
8)Geng 18
9) Geng 36
10) Geng 21
11) Ang Soon Thong
12) Wah Kee
13) Sio Sam Ong
14) PNEH
15) Hong Hong San
16) Hai San
17) Sin Ang Bin
18) New Cell 20
19) Jit It Hai
20) Sio Koon Tong
21) Gee Lam Kor
22) Gee Ah Eng
23) Loh Kuan
24) Tiang Yee Tong
25) Geng Leng Hor
26) Geng 35
27) Geng 303
28) Geng Satu Hati
29) ATAP
30) Hung Ann
31) Sui Yup
32) Otai
33) Borneo Red EMP
34) Ah Ngau
35) Batu Tiga
36) Ah Feng
37) Batu 10
38) Sibu Ti
39) Ah Seng
40) Ah Chin
41) Lee Lung
42) Lo Han
43) Sg Merah
44) Sg Badut
45) Ting Ching Lee
46) Tua Cak Lee
47) Teksi Station
48) Pintu Merah
49) Krokop
Serangan Amerika di Syria - Kunci kepada Pintu Peperangan Dunia Ke-3

Serangan Amerika di Syria - Kunci kepada Pintu Peperangan Dunia Ke-3





Jika berita ini benar maka hari ini, Khamis 29hb Ogos 2013 akan menjadi satu tarikh bersejarah dunia apabila Amerika dan sekutunya memulakan kempen ketenteraan keatas Syria. Bila ini terjadi maka bermulalah episod Perang Dunia Ketiga.

-------

DAMASKUS - Salah satu surat kabar Arab, Al-Quds Al Arabiya memberitakan bahwa dalam waktu 48 jam akan datang (berakhir malam Khamis waktu tempatan @ Malam Jumaat) akan terjadinya perang dunia ketiga di abad ke-21. Hal ini dianalisa ketika Amerika Syarikat(AS) telah menyiapkan pasukan melalui angkatan laut dan udaranya tanpa menunggu konferens antarabangsa Dewan Keamanan PBB.

AS telah melabuhkan empat kapal perang ke Laut Mediteranian timur. Namun, belum ada perintah dari Obama untuk melakukan serangan.

Mendengar hal ini, Mujahidin Daulah Islam Iraq dan Syam (ISIS) bergerak menghimpunkan kumpulan Mujahidin di Syria bersiap-siap untuk merapatkan barisan di bawah bendera Islam dan Syariah. Komando berada ditangan ISIS. Mereka mengarahkan setiap markas dirahsiakan daripada umum, termasuk tempat latihan dan perakitan senjata.

Mujahidin akan melindungi bangunan mahkamah Syria yang telah ditawan dan markas Mujahidin Media, karana AS telah merancang untuk menyerang kedua tempat penting ini.

Seorang wartawan bernama Bari Atwan mengatakan bahwa dalam jangka waktu 48 jam akan ada peristiwa yang sangat menggemparkan dalam sejarah modern Timur Tengah dan dunia.

Persiapan serangan Amerika adalah hasil daripada pertemuan antara pemimpin ketenteraan Amerika, Perancis, UK, Arab Saudi dan Qatar pada 26hb Ogos di Amman.

AS sudah bersedia untuk menyerang bandar dan pangkalan tentera Assad, selain itu AS juga bakalmenyerang markas-markas Mujahidin dan bangunan mahkamah Syariah. Terutama Kelompok-kelompok Mujahidin yang punya rangkaian dengan Al-Qaeda.

Rusia, Iran dan China sebagai sekutu Bashar Al Assad tidak akan berdiam diri jika AS menyerang tentara Syiah Assad. Jika benar AS masuk campur dalam konflik Syria, maka negara-negara sekutu Bashar Al Assad akan turut ambil bahagian.

Basyar dalam responnya terhadap persediaan ketenteraan AS ini membalas yang dia akan menyerang Israel dengan senjata cruise missles-nya. Ini menyebabkan Israel turut menempatkan kelengkapan anti-missle disempadanan Syria.

Kini tentera AS dan sekutunya hanya menunggu arahan daripada Obama. Jika lampu hijau diterima lewat hari ini waktu Malaysia maka secara rasminya Obama telah membuka kunci kepada pintu peperangan dunia ke-3.
Israel sudah kuasai sepenuhnya Al-Aqsa/Jurusalem?

Israel sudah kuasai sepenuhnya Al-Aqsa/Jurusalem?


Siapa boleh sah-kan berita ini benar?
Betul ke Masjidil Aqsa ini sudah dikuasai sepenuhnya oleh Israel?

Admin ada buat carian pantas dan jumpe sumber berita ini(presstv ni dari Iran, jgn pulak korang cop admin shiah/taqqiyah plak) : http://www.presstv.ir/detail/2013/08/24/320299/israel-to-turn-mosque-into-synagogue/

Dari website tu diorang cakap tentera Israel dah pun ambil alih sepenuhnya Al-Quds (Al-Aqsa) dan akan ditukarkan kepada kuil/temple/tempat sembahyang mereka :
"The Israeli army has taken full control of a historic mosque in al-Quds (Jerusalem) to turn it into a synagogue, in what has been considered the latest measures by Tel Aviv to Judaize the Muslim city. "
Penampilan Baru Raja Nusantara Langkasuka (Raja Merongmahawangsa II)

Penampilan Baru Raja Nusantara Langkasuka (Raja Merongmahawangsa II)



Nampaknya Raja Nusantara Langkasuka sudah dibebaskan dan kini berpenampilan baru berserban dan berjubah putih.

Daripada yang admin tahu serban hitam adalah antara sunnah Rasulullah s.a.w. ketika sedang berjihad, ada juga warna serban lain tapi serban hitam lebih senonim kepada pergi berjihad.

Memandangkan Raja Nusantara sudah menanggalkan serban hitam dan bertukar ke putih ini menunjukkan dia sudah tidak berada dalam 'mode' jihad.

Ini berkemungkinan ada kene mengena dengan apa yang berlaku ketika dia ditahan polis tempoh hari.

Sebelum ini admin pernah tiga kali post berkenaan Raja Nusantara Langkasuka ini sebelum dia ditahan polis ketika cuba untuk masuk kedalam Istana Negara dalam cubaan mengambil kembali haknya sebagai Raja Nusantara Langkasuka, Raja Merongmahawangsa II, Sultan Kedah yang sah merangkap Agong Malaysia.

Admin fikir Raja Nusantara ini sudah pun mendapat perhatian yang dia nak yang mana satu Malaya sudah pun kenal bila berita mengenai tangkapannya tersiar di berita televisyen untuk beberapa hari. Mungkin masa ini adalah fasa bertenangnya setelah cubaan pertamanya untuk menaiki takhta gagal.

Post yang lalu :-

Post no.1 : http://goo.gl/WMyvE

Post no.2 : http://goo.gl/IZz0d

Post no.3 : http://goo.gl/IhKVVt



Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here