Sample Video Widget

Download google chrome

New Post

Rss

Showing posts with label Top Stories. Show all posts
Showing posts with label Top Stories. Show all posts
YikeBike - Basikal letrik mudah alih, tak perlu lesen dan roadtax

YikeBike - Basikal letrik mudah alih, tak perlu lesen dan roadtax

YikeBike - basikal berkuasa elektrik (ada bateri) dah mula popular dibandar. Boleh naik atas jalan raya tanpa lesen dan roadtax tapi digalakkan guna topi keledar/keselamatan.
Hadlaju maksima dihadkan dalam 20km/j. Boleh pergi sejauh 30km setelah dicaj penuh. Harga dalam lingkungan RM7ribu ke 9ribu ringgit Malaysia ikut jenis model atau spesifikasi.


James Asquith Lelaki Termuda Jelajah Semua 196 Negara Didunia

James Asquith Lelaki Termuda Jelajah Semua 196 Negara Didunia



James Asquith adalah lelaki termuda pertama menjelajah setiap negara didunia. Berusia 24 tahun, lelaki yang berasal dari British ini memulakan penjelajahannya keluar negara sejak berumur 16 tahun apabila beliau memulakan kerja part-time-nya yang memerlukan beliau untuk bergerak menjelajah keluar negeri
Beliau telah menghabiskan 125 ribu Paun British atau lebih kurang RM200 ribu ringgit dalam misi jelajah 196 buah negara seluruh dunia, termasuklah negara-negara bergolak seperti Libya, Mesir dan Afganistan.

Kisah menarik anak muda ini mendapat perhatian akhbar terkemuka DailyMail UK yang kemudian telah membuat artikel mengenainya kelmarin disini : http://goo.gl/Lbrvj7.

Kisah ini mampu memberikan inspirasi dan motivasi terutamanya kepada golongan muda.  James Asquith telah membuktikan tiada yang mustahil merealisasikan satu cita-cita atau misi yang belum pernah dicapai oleh orang lain asalkan kita mempunyai tekad dan keazaman yang kental disusuli dengan usaha yang berterusan.
10 Individu Muslim Terkaya Didunia

10 Individu Muslim Terkaya Didunia



10. Mohammed Hussein Ali Al Amoudi

Country of Citizenship: Saudi Arabia/Ethiopia

Ethnicity: Black

Net Worth: $13.5 billion

Industry: Oil, construction, mining, agriculture, hotels, hospitals, finance

Source: Corral Petroleum Holdings, MIDROC

Significance: Ethiopia’s richest man, monopolistic control of nation’s most profitable businesses



9. Sabah IV Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah

Country of Citizenship: Kuwait

Ethnicity: Arab

Official Capacity: Emir of Kuwait

Duration in Power: 7 years

Low Estimate: $0.4 billion

High Estimate: $14 billion

Industry: Politics, resource extraction

Source: Kuwait natural resources

Significance: Political control over the world’s no.4 oil exporter



8. Hamad bin Khalifa Al Thani of Qatar

Country of Citizenship: Qatar

Ethnicity: Arab

Net Worth: $11.1 billion

Industry: Oil, gas & properties

Source:  Oil and Gas reserves, global properties, global investments andinternational family interests.

Significance: Amir of the state of Qatar.





7. Aliko Dangote

Country of Citizenship: Nigeria

Ethnicity: Black

Net Worth: $16.1 billion

Industry: Sugar, cement, flour, salt, steel, oil & gas

Source: Dangote Group

Significance: Africa’s richest man, monopolistic control of essential materials in Nigeria, the continent’s most populous nation.




6. Abdul Taib bin Mahmud

Country of Citizenship: Malaysia

Ethnicity: Melanau

Official Capacity: Chief Minister of Sarawak

Duration in Power: 32 years

Low Estimate: $15 billion

High Estimate: $21 billion

Industry: Politics, resource extraction

Source: Sarawak natural resources

Significance: Long-term head of Malaysia’s biggest and most resourceful state.




5. Prince Alwaleed Bin Talal Al-Saud

Country of Citizenship: Saudi Arabia

Ethnicity: Arab

Official Capacity: Prince of Saudi Arabia

Low Estimate: $20 billion

Self-declared Net Worth: $29 billion

Industry: Politics, investments

Source: Kingdom Holdings

Significance: Nephew of Saudi King Abdullah, Middle East’s most successful investor.




4. Sultan Hassanal Bolkiah

Country of Citizenship: Brunei

Ethnicity: Malay

Official Capacity: Sultan of Brunei

Duration in Power: 46 years

Low Estimate: $20 billion

High Estimate: $38 billion

Industry: Politics, resource extraction

Source: Brunei natural resources

Significance: Political control over Southeast Asia’s no.3 oil producer.




3. Mohammed bin Rashid Al Maktoum

Country of Citizenship: United Arab Emirates

Ethnicity: Arab

Official Capacity: Prime Minister of UAE, Emir of Dubai

Duration in Power: 7 years

Low Estimate: $5 billion

High Estimate: $40 billion

Industry: Politics, resource extraction, investments

Source: Dubai natural resources and commercial assets

Significance: Political control over Middle East most expensive city.




2. Khalifa bin Zayed bin Sultan Al Nahyan

Country of Citizenship: United Arab Emirates

Ethnicity: Arab

Official Capacity: President of UAE, Emir of Abu Dhabi

Duration in Power: 8 years

Low Estimate: $15 billion

High Estimate: $47 billion

Industry: Politics, resource extraction

Source: Abu Dhabi natural resources

Significance: Political control over the world’s no.3 oil exporter.



1. King Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud

Country of Citizenship: Saudi Arabia

Ethnicity: Arab

Official Capacity: King of Saudi Arabia

Duration in Power: 8 years

Low Estimate: $18 billion

High Estimate: $63 billion

Industry: Politics, resource extraction

Source: Saudi natural resources

Significance: Political control over the world’s no.1 oil exporter

Range Rover rempuh konvoi motosikal besar di New York

Range Rover rempuh konvoi motosikal besar di New York

Kejadian yang berlaku semalam di bandar New York, dengar-dengarnya seorang mati tapi masih belum dapat disahkan.

Hakikat Kehidupan Fresh Grad di Ibu Kota

Hakikat Kehidupan Fresh Grad di Ibu Kota



Surat Siti Hajar Aladin Kepada Najib Razak (Perdana Menteri). Gaji Bersih RM2032 di KL? Simpanan RM213.40.

Boleh Beli Rumah Apa?


Admin pun perasan dah fasal surat Siti Hajar yang dah tersebar sejak beberapa hari lepas ni. Perasan juga bermacam komen dan reaksi balas dari orang awam.

Admin sendiri pun pernah duduk KL lebih 15 tahun lalu, mula dari jadi pelajar sek men, masuk U, bekerja sampailah berkahwin dan dapat anak kat situ. Admin paham benar kehidupan orang kota ni lagi-lagi yang fresh grad. Titik tolaknya ianya masih berbalik kepada pilihan masing-masing.

Cuma masalahnya mereka yang masih fresh grad ni ramai daripadanya baru nak belajar erti kehidupan. Tak dinafikan terdapatnya diantara mereka tu yang lebih matang punya kemahiran dan pengalaman dapat menyusuri kehidupan lepas grad dengan baik namun secara umumnya majoriti lepasan grad adalah senasib dengan cik Siti Hajar kita ni. Cik Siti Hajar ni kira masih bernasib baik sebab keluar sebagai lulusan Ijazah, bagaimana pula dengan mereka yang berkelulusan Diploma dan Sijil yang rata-rata bergaji basik dibawah RM1500? Sudah tentu hendak memiliki kereta 2nd hand pun mereka perlu pikir 3 ke 4 kali. Apatah lagi nak beli rumah.

Kiranya mereka yang lepasan Diploma dan Sijil ni pun sudah bertaraf rakyat miskin bila duduk dibandar. Mereka ini biasanya akan berhadapan dengan dua pilihan utama, pertamanya sambung belajar dengan berharap keluar nanti dapat kerja dengan gaji seperti Cik Siti Hajar kita yang mana hakikatnya cukup-cukup makan di KL. Atau teruskan bekerja disamping cuba buat part-time bagi menambahkan sedikit pendapatan. Bagi yang perempuan tu masih ada pilihan ketiga iaitu jika ada rezeki boleh kahwin awal dengan pegawai atau bisnesman atau kerabat ke..nanti suami boleh la settlekan ptptn dan boleh jadi SRT je.

Di KL tu sebenarnya kalau kita mahu berusaha dan pandai cari peluang memang boleh jadi lubuk duit. Tapi admin tak fikir majoriti fresh grad boleh nampak atau masuk lubang lubuk-lubuk ni dengan mudah. Kene juga mula dari bawah ikut orang yang lebih berpengalaman. Malah kalau nak ikutkan tak perlu pun Sijil, diploma, ijazah bagai, lepasan SPM pun boleh dapat peluang sama jika mahu berusaha dari bawah.

Apa pun jangan disebabkan kita nak cari duit dan bekerja bagi mendapatkan sekelumit keselesaan dan kesenangan hidup ini kita abaikan tanggungjawab kita sesama manusia(lebih-lebih lagi dengan keluarga) dan juga tanggungjawab kita kepada yang Maha Esa.
Warga Johor Jaya dinasihatkan berjaga-jaga risiko samun

Warga Johor Jaya dinasihatkan berjaga-jaga risiko samun



Kes samun/ragut yang berlaku semalam bertempat di Jalan Rosmerah 2/17, Johor Jaya. Warga Johor Jaya khususnya diminta lebih berhati-hati. Tempat lain pun kene berjaga-jaga juga lebih-lebih lagi kepada kaum hawa yang keluar seorang diri.
Misteri Sebuah Pulau timbul selepas Gempa 7.8 di Pakistan

Misteri Sebuah Pulau timbul selepas Gempa 7.8 di Pakistan


Gempa bumi 7.8 skala richter di Pakistan menyebabkan lebih 50 orang terkorban setakat ini dan lebih 200 cedera. Apa yang lebih mengejutkan pada gempa ini ialah timbulnya sebuah pulau dikawasan laut arabia disebelah selatan pakistan.



Sangat misteri dan sangat jarang berlaku atau mungkin belum pernah terjadi dalam sejarah moden apabila dataran atau pulau yang timbul boleh tahan besarnya(berkemungkinan beratus kaki tinggi dan lebar) untuk gempa berukuran 7.8 skala richter.
Tanda-tanda dekatnya Kiamat - Bukit-bukit dimusnahkan, Maksiat ditempatawam, Wanita Bekerjaya

Tanda-tanda dekatnya Kiamat - Bukit-bukit dimusnahkan, Maksiat ditempatawam, Wanita Bekerjaya



Semakin hari semakin banyak tanda-tanda kiamat itu semakin jelas kelihatan.

Antaranya ialah bukit-bukit ditarah dan dimusnahkan. Paling nyata ialah satu bukit berhampiran Kaabah di Mekah yang dulunya wujud ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w. kini sudah tiada.

Wujudnya golongan yang kononnya bertamadun tetapi tidak menutup aurat memenuhi pasar-pasar dan merata tempat.

Manusia sudah tidak malu melakukan maksiat ditempat awam dan fenomena ini sudah pun berlaku hatta di semenanjung Arab.

Ramainya golongan wanita sudah bekerjaya. Dikatakan diakhir zaman nanti golongan wanitalah yang paling banyak pergi kepada Dajjal. Hari ini golongan wanita sudah semakin ramai bekerjaya, tidak mustahil satu hari nanti akan semakin jelas wanita bekerjaya lebih ramai daripada lelaki.

Wallahualam.

FENOMENA TV DI AKHIR ZAMAN

FENOMENA TV DI AKHIR ZAMAN



Hampir setiap rumah ada TV.

Dianggap keperluan hidup terkini, seolah-olah manusia tak boleh hidup tanpa TV.

Sebenarnya ia lebih banyak keburukan daripada kebaikan....

Antara keburukannya:

1. Hampir 90 % rancangan TV adalah maksiat.

Pendedahan aurat wanita, rancangan muzik, hiburan, lawak cukup untuk melalaikan manusia.

Adegan berpelukan dan bercium antara lelaki perempuan kerap ditonjolkan sehingga sudah menjadi sesuatu yang lumrah dan diterima masyarakat sedangkan ia adalah MAKSIAT ZINA yang terkutuk!

2. TV akan memendekkan umur anda.

Anda leka menonton, setiap hari berapa jam yang kita bazirkan untuk menghadapnya, sedangkan kita sangat berkira-kira dengan imam yang membaca surah panjang ketika solat Maghrib dan Isyak.

Tiba ajal, kita tidak sempat bersedia untuk menemui Tuhan Yg Maha Esa.

Lainlah kalau rancangan yang ditonton itu "Tanyalah Ustaz" dan yang seangkatan dengannya.

3. TV adalah Dajjal.

Suaranya sampai diseluruh pelusuk bumi.

Dia bercakap dengan sesiapa yang menontonnya.

Macam-macam (tipu daya) ada.

Bukankah filem itu suatu cerita rekaan semata-mata dalam bahasa mudah ia adalah tipu daya.

Pelakon menipu penonton dengan melakonkan watak orang alim dan lain-lain lagi.

Betapa kita semua telah tertipu!

4. TV adalah agen sihir Dajjal yang sangat halus.

Walaupun dia menipu dengan filem, berita, drama, iklan dll, manusia tetap percaya dengan kata-katanya.

Kalau dibongkarkan bahawa tv adalah agen sihir dajjal, nescaya ramai yang tidak percaya kerana telah termakan sihir dajjal.

Kecuali orang yang istiqomah dengan Al-Quran dan masjid.

5. TV menyebabkan ramai manusia meninggalkan masjid.

Ramai yang tak kisah dengan masjid, tidak datang solat jemaah 5 waktu disebabkan sibuk menonton TV.

Tambahan pula drama bersiri yang bermula jam 7.00 malam hingga 8.00 malam.

Disebabkan terlalu ghairah mengikuti jalan cerita drama bersiri sehingga tidak mahu ketinggalan walau pun satu episod, maka lupuslah solat jemaah Maghrib di masjid.

Begitu sekali pengaruh TV!

6. TV sebenarnya alat mind control ala YURI (game red alert).

Sesiapa yang lihatnya pasti akan berpaling dari ulama.

Kalau tak banyak, sikit pun kira berjaya lah dajjal yahudi yang control media TV.

Setengah ibubapa akan potong wayar TV bila anak-anaknya malas ulangkaji pelajaran.

Akhir kata, hidup kita akan rasa lebih panjang, masa akan terasa banyak tanpa TV.

Hari yang panjang adalah hari tanpa tv.

Semoga kita tidak mensia-sia dan menghabiskan umur di depan kaca tv kerana setiap saat dari umur kita adalah ibarat permata berharga yang mana sepatutnya kita gunakan demi mencari keredhaan Allah dan kebahagiaan hidup kita di akhirat kelak.

Wallahu A'lam.

Sumber FB Ustaz Nasir.

---------

p/s : Agak-agak lepas ni ada tak yang nak tulis atikel dengan tajuk "Fenomena internet di akhir zaman"? Tapi internet ni rasanya baik sikit la dari Tv kan? sebab di internet ni kita ada 2-way communication, kalau tv tu satu hala je. ke guane?
Tepung di Malaysia rendah kualiti, beracun dan mengandungi vitamin daribabi?

Tepung di Malaysia rendah kualiti, beracun dan mengandungi vitamin daribabi?



Kegilaan apakah ini?
Datuk Nadim Johan dari PPIM menerima aduan berkenaan produk tepung di Malaysia yang dikatakan bukan sahaja rendah kualiti, tetapi mengandungi bahan berbahaya serta mengandungi bahan vitamin yang diambil dari babi.
[Video] Orang Minyak - Lelaki separuh bogel mengganas cari anak dara

[Video] Orang Minyak - Lelaki separuh bogel mengganas cari anak dara

MARANG - "Sebaik sahaja tersedar daripada tidur, saya lihat ada lelaki separuh bogel memakai topeng ‘Zorro’ berada atas badan. Saya cuba menjerit namun mulut saya penuh dengan cecair seperti minyak dan ditutup,” kata mangsa, seorang pelajar berumur 17 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, pelajar terbabit mendakwa lelaki separuh bogel itu telah memasukkan cecair seperti minyak dipercayai telah dicampur bahan lain ke dalam mulutnya agar dia tidak sedarkan diri.




Bagaimanapun lelaki yang tidak memakai seluar itu tidak sempat berbuat apa-apa apabila bapa pelajar terbabit juga tersedar daripada tidur lalu memeriksa bilik anak perempuannya sebelum menyergah lelaki itu yang kemudiannya melarikan diri.

Menurut mangsa, lelaki terbabit hanya sempat mengambil telefon bimbit miliknya dan bersyukur kerana tidak diapa-apakan.

Namun mangsa yang tinggal di Kampung Tok Renek itu masih trauma dan tidak dapat melupakan kejadian menimpanya.

“Nasib baik lelaki itu tidak sempat bertindak ganas dan saya bersyukur kerana kejadian disedari bapa, namun saya tidak akan dapat melupakan kejadian itu sampai bila-bila, malah masih berasa takut seolah-olah dia akan datang semula.

“Keluarga juga risau kejadian berulang dan mereka sudah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payung di Marang dan kami berharap lelaki itu akan dapat diberkas dengan segera” katanya ketika menghubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan dan menurutnya, kes berkenaan masih dalam siasatan serta disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, difahamkan lelaki separuh bogel dipercayai mengalami masalah mental itu juga digelar sebagai ‘orang minyak’ oleh penduduk kampung kerana sering berkeliaran di sekitar Bukit Payung dan Padang Midin, Kuala Terengganu.

Malah, kelibat lelaki tanpa seluar itu berjaya dirakam penduduk di kawasan berkenaan dan diedarkan kepada umum melalui laman facebook, whatsApp dan media baru lain termasuk gambarnya ditampal di tiang lampu isyarat di kawasan Bukit Payung, di sini.

Kejadian itu juga menyebabkan JKKK Padang Midin dan Belia Bestari (BBest) Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu menubuhkan satu pasukan rondaan di kawasan kampung berkenaan.

Menurut Pengerusi JKKK Padang Midin, Razali Shahul Hamid, rondaan di kawasan kampung bermula pada jam 12 malam hingga 6 pagi setiap hari dan disertai ahli jawatankuasa belia BBest serta penduduk kampung tersebut.

“Rondaan ini telah dijalankan sejak dua tahun lalu dan kita adakan dengan lebih giat selepas beberapa siri kejadian membabitkan lelaki dipercayai kurang siuman yang digelar sebagai orang minyak itu dikatakan mula berkeliaran termasuk di Tok Renek.

“Tok Renek masih di bawah pentadbiran JKKK Padang Midin. Kampung ini terletak di sempadan kawasan polis Kuala Terengganu dan Marang, jadi kami akan memberikan kerjasama penuh dalam membantu dua pihak berkuasa itu memberkas lelaki terbabit,” katanya.

Gambar seorang lelaki tanpa seluar dipercayai suspek diedarkan kepada orang ramai di sekitar Bukit Payung dan Alor Limbat melalui pelbagai media baru termasuk gambarnya ditampal di tiang lampu isyarat di Marang.

Artikel oleh MOHD AZLIM ZAINURY | Sumber : Sinar Harian Edisi Terengganu.
Gadis Berniqab dari Malaysia ditemuramah Stesyen Tv CityNews

Gadis Berniqab dari Malaysia ditemuramah Stesyen Tv CityNews

"Masih ramai orang diluar sana menganggap memakai niqab merupakan satu penindasan(terhadap wanita), tetapi dia(gadis Malaysia) ini berkata tidak, sebaliknya dia berkata wanita dari barat terutamanya adalah wanita yang lebih tertindas dan menjadi hamba kepada seksualiti", lapor wartawan CityNews.

Nasib Iraq, As-Sham & Mesir dalam Hadis Soheh

Nasib Iraq, As-Sham & Mesir dalam Hadis Soheh

Dugaan yang lebih besar buat rakyat di Syria dan Mesir. Hadis ini memberitahu Iraq, As-Sham(dari Palestin, Lubnan, Jordan, Syria dan sebahagian Turki) dan Mesir akan jatuh dan dijajah oleh campurtangan asing.


Ianya sudah pun berlaku di Iraq.
Syria dan Mesir akan menyusul kemudian.

Maka dari situ kita dapat mengenali apa yang berlaku di Syira dan Mesir ketika ini belum lagi kemuncak kepada ujian besar yang akan melanda umat muslim disana.

Ya Allah, Engkau Berkatlah As-Sham kami, Engkau berikanlah kekuatan dan ketabahan saudara kami di Iraq, As-Sham dan Mesir dalam menghadapi ujian berat ini. Semoga ianya lekas habis dan berlalu dan digantikan dengan perkara yang baik-baik. Aamiin ya Rabbal A'laamiin.
Isu Wanita Pakai tudung cari kerja di KLCC

Isu Wanita Pakai tudung cari kerja di KLCC

Admin perasan dah kisah ni tersebar dalam bebehari lepas. Tuptup dah kecoh siap masuk paper lagi hari ni dan siap buat penyamaran sume.




Isu ni bukan isu baru, sejak admin duk KL dari sebelumnya KLCC tu wujud sampai la ni itulah kenyataanya.

Admin cakap direct je tempat tu kat KLCC, kat sini memang kurang sesuai untuk mereka yang bertudung bekerja. Apa yang diorang buat tu dah kira betul bagi diorang. Bila diorang tak bagi wanita bertudung kerja kat situ bermakna sudah ada rasa respek diorang kepada wanita bertudung kerana diorang tahu bila dah kerja disitu berat dugaannya bagi mereka yang beragama Islam dan bertudung. Kita yang bertudung tu yang sepatutnya peka dan boleh pikir sendiri akan perkara ni. Ada banyak lagi tempat lain boleh kita cari rezeki halal mengikut syariat Islam.
no image

24 maut dalam satu kemalangan ngeri di Pinetown, Durban


Video yang dapat dirakam ketika kejadian kemalangan maut di Pinetown, Durban melibatkan sebuah lori trak, basmini dan taksi. 24 dilaporkan mati dan lebih 80 cedera.

Awas-awas la ketika lampu baru bertukar hijau sebab admin sendiri masa bujang dulu dah pernah kena rempuh lori yang cuba kejar lampu kuning. Dia tak sempat brek sebab bawak laju dan kalau kita cuai sikit tak tengok kiri kanan memang boleh panjang ceritanya nanti.
Mujahidin di Syria guna Proton SAGA sebagai Bom Kawalan jauh

Mujahidin di Syria guna Proton SAGA sebagai Bom Kawalan jauh


Naik kejap saham Proton SAGA BLM bila pejuang di Syira yang ultra-kreatif ni guna sebagai bom kawalan jauh.


Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here