Sample Video Widget

Download google chrome

New Post

Rss

Showing posts with label berita semasa. Show all posts
Showing posts with label berita semasa. Show all posts
Pelabuhan Klang catat Indeks Pencemaran Udara (IPU) Sangat Tidak Sihat

Pelabuhan Klang catat Indeks Pencemaran Udara (IPU) Sangat Tidak Sihat


Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat iaitu 203 setakat 1 tengah hari tadi.

Portal IPU Jabatan Alam Sekitar menunjukkan kawasan 'tidak sihat' antaranya, Banting, Kuala Selangor (162), Nilai (162), Putrajaya (145), Batu Muda, KL (135), Petaling Jaya (135) dan Shah Alam (132).

Penduduk dikawasan terbabit dinasihatkan kurangkan aktiviti diluar dan sebaiknya menggunakan topeng muka apabila berada diluar.

Sidang media terkini siasatan kes kehilangan pesawat MAS MH370 1124 GMT+8 KLIA

Sidang media terkini siasatan kes kehilangan pesawat MAS MH370 1124 GMT+8 KLIA



BeritaSemasa@ www.GuaTv.com

Sidang Media terkini siasatan kes kehilangan pesawat MAS MH320 (11:24GMT +8 Kuala Lumpur time) di KLIA, 09 Mac 2014.

Antara intipati sidang media terbaru :
1. fokus dan tumpuan diberikan kepada kerja mencari pesawat
2. kesan minyak diperiran Vietman telah disahkan.
3. peluasan kawasan pencarian dipertingkatkan.
4. hargai kerjasama pihak keselamatan/kecemasan negara jiran.
5. kerjasama antara jabatan risikan dalam dan luar negara telah dijalankan secara rasmi.
6. lain-lain data dan maklumat yang belum rasmi masih dalam siasatan dan penilaian.

Tonton rakaman sidang media tersebut dibawah :


*kredit video AstroAwani.


Insya'Allah pihak guatv.com akan terus menyalurkan dan memanjangkan laporan-laporan rasmi mengenai kes kehilangan pesawat MAS MH370 dari masa ke semasa.
Jabatan Meteorologi menyangkal dakwaan Malaysia akan dilanda salji

Jabatan Meteorologi menyangkal dakwaan Malaysia akan dilanda salji


Kuala Lumpur 23hb Januari 2014. Jabatan Meteorologi hari ini menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Malaysia akan dilanda salji seawal tahun 2015.

Sejak berita Negara Timur Tengah dilanda salji, Bandar di Amerika Syarikat terima fenomena polar vorteks sehingga tersebarnya video yang kononnya berlaku salji di Indonesia dikatakan mempunyai kaitan dengan berganjaknya paksi bumi yang menyebabkan perubahan iklim dan cuaca tidak menentu kini.

Bagaimana pun apa yang berlaku kelmarin di sebahagian tempat di Pantai Timur yang menyaksikan rekod cacatan suhu terendah adalah disebabkan oleh tiupan angin kencang yang datang dari arah Tanah Besar China.

Menurut Pegawai Metorologi Bahagian Khidmat Korporat dan Komersial Jabawan Meteorologi Malaysia(JMM) Dr Mohd Hisham Mohd Anip, adalah agak sukar bagi negara beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia dan Filipina mendapat salji ketika ini kerana suhu udara secara umumnya adalah tinggi sepanjang tahun.

Beliau turut menambah agar jangan cepat mempercayai kononnya cuaca sejuk yang berlaku dinegara ini dipengaruhi oleh kejadian salji dinegara jiran.

Sebaliknya beliau berkata secara relatifnya, bulan Januari dan Februari menjadi kelaziman merekodkan suhu minimum terendah berbanding bulan lain dikebanyakan tempat seluruh negara.

Selain itu keadaan cuaca baik tanpa awan seluruh negara sepanjang minggu ini membantu merendahkan suhu pada waktu malam dan sebelah awal pagi.

Mengulas dakwaan itu Mohd Hisham berkata Chuping di Perlis pernah mencatatkan suhu terendah 17.8 darjah Celcius pada Februari 1994, tetapi semalam bacaannya mencatatkan 22 darjah Celcius.

Suhu terendah di Kuala Kerai yang dicatatkan semalam adalah sama bacaannya pada bulan Februari tahun 1993.

Salji hanya boleh terbentuk pada suku takat beku iaitu Kosong darjah Celcius atau setidak-tidaknya satu atau dua darjah Celcius.

Beliau menyarankan orang ramai supaya merujuk pada laman web JMM atau menghubungi agensi berkenaan untuk maklumat yang sahih.

Boleh ikuti perbincangan di facebook GuaTv Dot Com disini :




Amerika diserang Fenomena Polar Vorteks cuaca sejuk melampau bekukan tasik

Amerika diserang Fenomena Polar Vorteks cuaca sejuk melampau bekukan tasik


Fenomena Polar Vorteks telah membawa cuaca sejuk melampau dibeberapa wilayah Amerika menyebabkan hadirnya kabus dan salji tebal.

Dibeberapa tempat menyaksikan air disungai dan tasik telah membeku. Beberapa sekolah dan premis ditutup atas sebab kesihatan memandangkan cuaca sejuk melampau ini adalah antara yang terburuk sejak beberapa tahun lalu.

Video menunjukkan gambar dan rakaman keadaan tasik Michigan di Chicago, Amerika Syarikat yang membeku sejak kelmarin.

Tonton videonya dibawah :

Bandar Rawang Banjir Kilat 24hb Disember 2013

Bandar Rawang Banjir Kilat 24hb Disember 2013

Berikutan hujan lebat pagi Selasa, bandar Rawang dinaiki air yang menyebabkan ribuan penduduk di sekitarnya terkandas.

Menurut laporan Bernama, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Rawang berkata hujan lebat pagi tadi menyebabkan air dari anak sungai berhampiran pusat membeli-belah Aeon Rawang melimpah ke kawasan sekitar.

Subhan'Allah fenomena Belalai Air (bukan puting beliung) terlihat dari Johor Bharu petang tadi (18/12/2013)

Subhan'Allah fenomena Belalai Air (bukan puting beliung) terlihat dari Johor Bharu petang tadi (18/12/2013)

Subhan'Allah fenomena Belalai Air (waterspout) yang terbentuk semasa cuaca gelap dan angin kuat di Johor Bharu petang tadi (18/12/2013)

Kelihatan seperti pusaran air(belalai air) berada diatas kawasan Selat Tebrau yang juga boleh dilihat dengan jelas dari arah Johor Bharu.
Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here