Sample Video Widget

Download google chrome

New Post

Rss

Showing posts with label cuaca sejuk melampau. Show all posts
Showing posts with label cuaca sejuk melampau. Show all posts
Jabatan Meteorologi menyangkal dakwaan Malaysia akan dilanda salji

Jabatan Meteorologi menyangkal dakwaan Malaysia akan dilanda salji


Kuala Lumpur 23hb Januari 2014. Jabatan Meteorologi hari ini menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Malaysia akan dilanda salji seawal tahun 2015.

Sejak berita Negara Timur Tengah dilanda salji, Bandar di Amerika Syarikat terima fenomena polar vorteks sehingga tersebarnya video yang kononnya berlaku salji di Indonesia dikatakan mempunyai kaitan dengan berganjaknya paksi bumi yang menyebabkan perubahan iklim dan cuaca tidak menentu kini.

Bagaimana pun apa yang berlaku kelmarin di sebahagian tempat di Pantai Timur yang menyaksikan rekod cacatan suhu terendah adalah disebabkan oleh tiupan angin kencang yang datang dari arah Tanah Besar China.

Menurut Pegawai Metorologi Bahagian Khidmat Korporat dan Komersial Jabawan Meteorologi Malaysia(JMM) Dr Mohd Hisham Mohd Anip, adalah agak sukar bagi negara beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia dan Filipina mendapat salji ketika ini kerana suhu udara secara umumnya adalah tinggi sepanjang tahun.

Beliau turut menambah agar jangan cepat mempercayai kononnya cuaca sejuk yang berlaku dinegara ini dipengaruhi oleh kejadian salji dinegara jiran.

Sebaliknya beliau berkata secara relatifnya, bulan Januari dan Februari menjadi kelaziman merekodkan suhu minimum terendah berbanding bulan lain dikebanyakan tempat seluruh negara.

Selain itu keadaan cuaca baik tanpa awan seluruh negara sepanjang minggu ini membantu merendahkan suhu pada waktu malam dan sebelah awal pagi.

Mengulas dakwaan itu Mohd Hisham berkata Chuping di Perlis pernah mencatatkan suhu terendah 17.8 darjah Celcius pada Februari 1994, tetapi semalam bacaannya mencatatkan 22 darjah Celcius.

Suhu terendah di Kuala Kerai yang dicatatkan semalam adalah sama bacaannya pada bulan Februari tahun 1993.

Salji hanya boleh terbentuk pada suku takat beku iaitu Kosong darjah Celcius atau setidak-tidaknya satu atau dua darjah Celcius.

Beliau menyarankan orang ramai supaya merujuk pada laman web JMM atau menghubungi agensi berkenaan untuk maklumat yang sahih.

Boleh ikuti perbincangan di facebook GuaTv Dot Com disini :




Air Panas Mendidih dilambung terus menjadi ais, kesan fenomena Polar Vorteks di Amerika

Air Panas Mendidih dilambung terus menjadi ais, kesan fenomena Polar Vorteks di Amerika

Semalam admin up satu berita mengenai fenomena polar vorteks cuaca sejuk melampau yang sedang melanda beberapa buah wilayah di Amerika Syarikat ketika ini disini : http://goo.gl/nDSBcA

Ini pula video yang dihantar ke inbox admin menunjukkan seorang sahabat kita sendiri yang tinggal di Amerika membuat eksperimen melambungkan air panas keudara yang mana ditempatnya ketika ini sedang mengalami fenomena polar vorteks. Apabila dilambung air panas mendidih, dengan pantas ianya bertukar menjadi salji, subhan'Allah.

*Terima kasih pada FB Amar Zaim atas perkongsian.

Tonton videonya dibawah ini :


Amerika diserang Fenomena Polar Vorteks cuaca sejuk melampau bekukan tasik

Amerika diserang Fenomena Polar Vorteks cuaca sejuk melampau bekukan tasik


Fenomena Polar Vorteks telah membawa cuaca sejuk melampau dibeberapa wilayah Amerika menyebabkan hadirnya kabus dan salji tebal.

Dibeberapa tempat menyaksikan air disungai dan tasik telah membeku. Beberapa sekolah dan premis ditutup atas sebab kesihatan memandangkan cuaca sejuk melampau ini adalah antara yang terburuk sejak beberapa tahun lalu.

Video menunjukkan gambar dan rakaman keadaan tasik Michigan di Chicago, Amerika Syarikat yang membeku sejak kelmarin.

Tonton videonya dibawah :

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here