Sample Video Widget

Download google chrome

Awas Alat Godam WiFi dijual berleluasa



Peranti yang berharga serendah RM47 boleh menceroboh talian jalur lebar dan WiFi rumah serta pejabat anda dari sejauh 1 kilometer (km). Lebih buruk lagi, mereka juga membolehkan penggodam (hacker) untuk mencuri data peribadi anda, termasuk kata laluan untuk transaksi dalam talian.

The Star mendapati bahawa "penggodam WiFi", juga dikenali sebagai "adapter WiFi", telah dijual secara terbuka di kedai-kedai menjual gajet, pasar raya dan pusat membeli-belah digital serta dalam talian.

Seorang pakar teknologi maklumat, yang hanya mahu dikenali sebagai Thomas, berkata bahawa peranti itu boleh menggodam sambungan WiFi sejauh 1km dari sumber.

"Apabila peranti dipasang ke dalam komputer riba peribadi atau komputer, antena akan mengesan isyarat WiFi. Ia kemudian akan memanfaatkan rangkaian berdekatan dengan menggodam kata laluan mereka," katanya.

Sumber : TheStar.

p/s : Admin pun dah tau alat ni sejak 2010 lagi yang masa tu dah mula giat dijual di forum-forum tempatan dan jual laman jualan maya lain.

Alat ni ada pro dan kontra, ianya berbalik kepada sikap individu. Dengan adanya akta terbaru dari SKMM, mangsa boleh membuat aduan jika di hack dan suspek boleh didenda sehingga RM500 ribu ringgit jika disabitkan bersalah menggodam mangsa.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here