Sample Video Widget

Download google chrome

FENOMENA TV DI AKHIR ZAMAN



Hampir setiap rumah ada TV.

Dianggap keperluan hidup terkini, seolah-olah manusia tak boleh hidup tanpa TV.

Sebenarnya ia lebih banyak keburukan daripada kebaikan....

Antara keburukannya:

1. Hampir 90 % rancangan TV adalah maksiat.

Pendedahan aurat wanita, rancangan muzik, hiburan, lawak cukup untuk melalaikan manusia.

Adegan berpelukan dan bercium antara lelaki perempuan kerap ditonjolkan sehingga sudah menjadi sesuatu yang lumrah dan diterima masyarakat sedangkan ia adalah MAKSIAT ZINA yang terkutuk!

2. TV akan memendekkan umur anda.

Anda leka menonton, setiap hari berapa jam yang kita bazirkan untuk menghadapnya, sedangkan kita sangat berkira-kira dengan imam yang membaca surah panjang ketika solat Maghrib dan Isyak.

Tiba ajal, kita tidak sempat bersedia untuk menemui Tuhan Yg Maha Esa.

Lainlah kalau rancangan yang ditonton itu "Tanyalah Ustaz" dan yang seangkatan dengannya.

3. TV adalah Dajjal.

Suaranya sampai diseluruh pelusuk bumi.

Dia bercakap dengan sesiapa yang menontonnya.

Macam-macam (tipu daya) ada.

Bukankah filem itu suatu cerita rekaan semata-mata dalam bahasa mudah ia adalah tipu daya.

Pelakon menipu penonton dengan melakonkan watak orang alim dan lain-lain lagi.

Betapa kita semua telah tertipu!

4. TV adalah agen sihir Dajjal yang sangat halus.

Walaupun dia menipu dengan filem, berita, drama, iklan dll, manusia tetap percaya dengan kata-katanya.

Kalau dibongkarkan bahawa tv adalah agen sihir dajjal, nescaya ramai yang tidak percaya kerana telah termakan sihir dajjal.

Kecuali orang yang istiqomah dengan Al-Quran dan masjid.

5. TV menyebabkan ramai manusia meninggalkan masjid.

Ramai yang tak kisah dengan masjid, tidak datang solat jemaah 5 waktu disebabkan sibuk menonton TV.

Tambahan pula drama bersiri yang bermula jam 7.00 malam hingga 8.00 malam.

Disebabkan terlalu ghairah mengikuti jalan cerita drama bersiri sehingga tidak mahu ketinggalan walau pun satu episod, maka lupuslah solat jemaah Maghrib di masjid.

Begitu sekali pengaruh TV!

6. TV sebenarnya alat mind control ala YURI (game red alert).

Sesiapa yang lihatnya pasti akan berpaling dari ulama.

Kalau tak banyak, sikit pun kira berjaya lah dajjal yahudi yang control media TV.

Setengah ibubapa akan potong wayar TV bila anak-anaknya malas ulangkaji pelajaran.

Akhir kata, hidup kita akan rasa lebih panjang, masa akan terasa banyak tanpa TV.

Hari yang panjang adalah hari tanpa tv.

Semoga kita tidak mensia-sia dan menghabiskan umur di depan kaca tv kerana setiap saat dari umur kita adalah ibarat permata berharga yang mana sepatutnya kita gunakan demi mencari keredhaan Allah dan kebahagiaan hidup kita di akhirat kelak.

Wallahu A'lam.

Sumber FB Ustaz Nasir.

---------

p/s : Agak-agak lepas ni ada tak yang nak tulis atikel dengan tajuk "Fenomena internet di akhir zaman"? Tapi internet ni rasanya baik sikit la dari Tv kan? sebab di internet ni kita ada 2-way communication, kalau tv tu satu hala je. ke guane?

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here