Sample Video Widget

Download google chrome

New Post

Rss

Showing posts with label Technology. Show all posts
Showing posts with label Technology. Show all posts
YikeBike - Basikal letrik mudah alih, tak perlu lesen dan roadtax

YikeBike - Basikal letrik mudah alih, tak perlu lesen dan roadtax

YikeBike - basikal berkuasa elektrik (ada bateri) dah mula popular dibandar. Boleh naik atas jalan raya tanpa lesen dan roadtax tapi digalakkan guna topi keledar/keselamatan.
Hadlaju maksima dihadkan dalam 20km/j. Boleh pergi sejauh 30km setelah dicaj penuh. Harga dalam lingkungan RM7ribu ke 9ribu ringgit Malaysia ikut jenis model atau spesifikasi.


Awas Alat Godam WiFi dijual berleluasa

Awas Alat Godam WiFi dijual berleluasa



Peranti yang berharga serendah RM47 boleh menceroboh talian jalur lebar dan WiFi rumah serta pejabat anda dari sejauh 1 kilometer (km). Lebih buruk lagi, mereka juga membolehkan penggodam (hacker) untuk mencuri data peribadi anda, termasuk kata laluan untuk transaksi dalam talian.

The Star mendapati bahawa "penggodam WiFi", juga dikenali sebagai "adapter WiFi", telah dijual secara terbuka di kedai-kedai menjual gajet, pasar raya dan pusat membeli-belah digital serta dalam talian.

Seorang pakar teknologi maklumat, yang hanya mahu dikenali sebagai Thomas, berkata bahawa peranti itu boleh menggodam sambungan WiFi sejauh 1km dari sumber.

"Apabila peranti dipasang ke dalam komputer riba peribadi atau komputer, antena akan mengesan isyarat WiFi. Ia kemudian akan memanfaatkan rangkaian berdekatan dengan menggodam kata laluan mereka," katanya.

Sumber : TheStar.

p/s : Admin pun dah tau alat ni sejak 2010 lagi yang masa tu dah mula giat dijual di forum-forum tempatan dan jual laman jualan maya lain.

Alat ni ada pro dan kontra, ianya berbalik kepada sikap individu. Dengan adanya akta terbaru dari SKMM, mangsa boleh membuat aduan jika di hack dan suspek boleh didenda sehingga RM500 ribu ringgit jika disabitkan bersalah menggodam mangsa.
Kereta mudah U-Turn dan Side Parking v2

Kereta mudah U-Turn dan Side Parking v2


Dari bulan lepas lagi admin perasan video Kereta Letrik Prototype yang mudah buat U-Turn dan Side Parking gabungan student China, Taiwan dan New Zealand.


Sebenarnya kereta konsep ni sudah pun dibuat oleh pereka Nissan sejak lebih 6 tahun yang lalu, ianya dinamakan Pivo. Sekarang ni dah ada pivo v3.

Apa yang pasti kalau china dapat keluarkan kereta Clone Pivo gerenti harga dia jauh lebih murah daripada yang orie :P
no image

Die-hard/RC fans mesti suke gadget ni - B go beyond



'B' go Beyond, prototype (patent pending) adalah hasil ciptaan seorang pereka produk Witold Mielniczek.

Ideanya ialah hasil gabungan 'quadcopter' dan 'all terrain mobile', atau secara ringkasnya dipanggil 'quadcopter-car hybrid'.

Serbaguna dan tahan lasak.
Boleh dipandu sebagai kereta samada di tarmac mahupun off-road.
Boleh juga dipandu sebagai quadcopter terbang diudara.
Cuma yang admin tak nampak dia boleh masuk dalam air, mungkin kemudian akan ada versi waterproof body yang bolehkan B ini menyelam dan bergerak dalam air :)

Details mengenai 'B' boleh tengok dipage kickstarter ni : http://www.kickstarter.com/projects/2017062404/b-go-beyond
Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here