Sample Video Widget

Download google chrome

New Post

Rss

Showing posts with label Raja Nusantara Langkasuka. Show all posts
Showing posts with label Raja Nusantara Langkasuka. Show all posts
Katanya Sultan Kedah sudah serah takhta kepada Raja Nusantara Langkasuka

Katanya Sultan Kedah sudah serah takhta kepada Raja Nusantara Langkasuka


Sebelum ini admin sudah beberapa kali membuat blog posting berkenaan kisah seorang lelaki yang mengaku dirinya waris sah Raja Nusantara Langkasuka merangkap Sultan Kedah yang sebenar dan juga Yang Dipertuan Agong semasa Tanah Melayu.

Kali terakhir admin buat post mengenainya ialah sejurus penampakan penampilan barunya setelah dibebaskan daripada tangkapan pihak polis akibat cubaan menceroboh Istana.

Boleh lihat disini : http://goo.gl/8lOJKL

Hari ini admin dapat tahu lelaki yang sama telah membuat pengumuman bahawa Sultan Kedah telah pun menyerahkan takhtanya kepada lelaki ini secara rahsia@sulit kerana tindakan Sultan Kedah mahu menyerahkan takhta ini ditentang oleh Perdana Menteri dan lain-lain pihak tertinggi negara.

Makin menarik jalan ceritanya. Admin nak tengok juga apa riaksi balas dari mereka yang berkaitan.

p/s : Kelmarin kecoh juga apabila berita mengenai kemusnahan tapak candi tertua di Kedah yang berumur ribuan tahun yang dikatakan ada kene mengena dengan sejarah Merong Mahawangsa. Dikatakan tapak candi ini lebih kepada binaan Greek berbanding candi hindu, maka ianya menjadi bukti kepada kewujudan kerajaan Langkasuka seperti yang terdapat didalam hikayat Merong Mahawangsa.
Penampilan Baru Raja Nusantara Langkasuka (Raja Merongmahawangsa II)

Penampilan Baru Raja Nusantara Langkasuka (Raja Merongmahawangsa II)



Nampaknya Raja Nusantara Langkasuka sudah dibebaskan dan kini berpenampilan baru berserban dan berjubah putih.

Daripada yang admin tahu serban hitam adalah antara sunnah Rasulullah s.a.w. ketika sedang berjihad, ada juga warna serban lain tapi serban hitam lebih senonim kepada pergi berjihad.

Memandangkan Raja Nusantara sudah menanggalkan serban hitam dan bertukar ke putih ini menunjukkan dia sudah tidak berada dalam 'mode' jihad.

Ini berkemungkinan ada kene mengena dengan apa yang berlaku ketika dia ditahan polis tempoh hari.

Sebelum ini admin pernah tiga kali post berkenaan Raja Nusantara Langkasuka ini sebelum dia ditahan polis ketika cuba untuk masuk kedalam Istana Negara dalam cubaan mengambil kembali haknya sebagai Raja Nusantara Langkasuka, Raja Merongmahawangsa II, Sultan Kedah yang sah merangkap Agong Malaysia.

Admin fikir Raja Nusantara ini sudah pun mendapat perhatian yang dia nak yang mana satu Malaya sudah pun kenal bila berita mengenai tangkapannya tersiar di berita televisyen untuk beberapa hari. Mungkin masa ini adalah fasa bertenangnya setelah cubaan pertamanya untuk menaiki takhta gagal.

Post yang lalu :-

Post no.1 : http://goo.gl/WMyvE

Post no.2 : http://goo.gl/IZz0d

Post no.3 : http://goo.gl/IhKVVt



Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here